Orang Islam mesti dominan

Pokok pangkalnya ialah orang Islam mesti dominan.

Kuasa mesti ada pada orang Islam, demi menjaga maruah mereka. Kuasa bagi menjaga agama adalah ibarat wuduk bagi solat, menurut Qaedah Kulliyah Syar’iyah.

Oleh kerana negara kita mengamalkan sistem demokrasi, melibatkan rakyat pelbagai agama, maka kehendak Allah Taala di sebalik perintah agar tidak mengambil orang kafir sebagai pemimpin itu terlaksana apabila kita jadikan dominasi muslim sebagai prinsip yang tidak boleh dikompromikan dalam apa jua keadaan.

Kita tidak boleh berkuasa mutlak dalam situasi sistem demokrasi, tetapi kita boleh usahakan dominasi. Situasi tidak dominan adalah menyamai situasi dijajah.

Sehubungan itu, dalam mana-mana pakatan politik, orang Islam mesti dominan.

Ukuran dominan bukan sekadar bilangan. Apa gunanya ramai, jika macam buih atau lalang.

Dominan juga boleh diukur pada keputusan yang dibuat. Adakah keputusan orang bukan Islam boleh dipaksakan ke atas kita? Jika jawapannya ya, bermakna kita tidak dominan.

Jika semasa jadi pembangkang pun kita tidak dominan, bermakna kita tidak akan dominan semasa jadi kerajaan.

Manakah maslahah yang lebih utama; menunjukkan imej toleransi antara kaum dan agama dengan memberikan kawasan majoriti muslim kepada wakil bukan muslim, atau maslahah memastikan kita kekal dominan dan orang lain mesti tunduk pada dominasi kita?

Menariknya ialah DAP kata akan lantik Liew Chin Tong sebagai wakil masyarakat Cina jika calon Hj Karmaine menang, manakala calon MCA pula mengharapkan DAP tidak akur pada PPBM.

Mereka tidak kisah pun pasal imej toleran kita.

Mereka pandai politik berpakat merentasi blok kepartian untuk ambil posisi dominan, kita pula tidak faham-faham topik dominasi.

Ayat larangan lantik orang kafir sebagai pemimpin itu dipulas-pulas ikut situasi semasa PRK mahupun PRU, tanpa difahami dalam konsep dominasi yang lebih luas, mendalam dan menepati kehendak Allah Taala / Maqasid Syariah dalam bab pemerintahan.

Belajarlah wahai umatku. Ikut dengan ilmu pengetahuan, bukan dengan ketaksuban.

Ustaz Mohd Hazizi Ab Rahman,

Naib Presiden BERJASA.

Warkah buat 57% Pengundi Tg Piai

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh,

Ya benar duhai ibu ayah abang kakak yang membentuk 57% komposisi penduduk di kawasan majoriti orang Melayu Islam, Tg Piai. Izinkan untuk saya berkongsi sedikit catatan.

Saya masih teringat ketika mana detik kekecewaan ummat tatkala pengumuman oleh Barisan Nasional yang meletakkan calon yang ditolak akar umbi Umno Tg Piai sendiri.

Sebelum itu, BERJASA sudah beberapa kali menggesa pimpinan UMNO & Pas memberi peluang kepada orang Melayu Islam untuk diangkat menjadi calon di kawasan yang majoritinya adalah orang Melayu.

Namun, dek keran tertunduknya dengan ‘ugutan’ MCA yang setiap suara mereka tidak ubah sama persis parti DAP.

Belumpun menang undi, calon BN sudah menunjukkan taringnya, apabila mengeluarkan kenyataan yang mengguris hati orang Melayu dan khusus orang Johor yang begitu sinonim dengan tulisan Jawi. Jeck Seng sekali lagi, jelas tidak senang dengan tulisan Jawi. Dahulu terang-terangan berikrar menentang hudud, kini jawi pula.

Maka, duhai ayah ibu abang kakak di Tg Piai, kali ini BERJASA merayu kita ubah bagaimana cara kita berpolitik. Tolong satukan undi orang Melayu Islam kepada seorang calon Melayu Islam berwibawa yang soleh, professional & merdeka.

Rakan-rakan sahabat-sahabat Umno Pas, tenangkan hati kalian, ingat pesan Allah untuk kita angkat pemimpin dari kalangan orang yang beriman untuk dijadikan pemimpin. Apatah lagi, kita mahu mengundi seorang yang perlu untuk mengisi sebuah jawatan ‘lawmaker’ dalam Parlimen Malaysia. Di mana setiap perkiraan undi untuk apa-apa sahaja usul undang-undang dan polisi kerajaan terletak ditangan ‘lawmaker’ ini.

Maka, melihat begitu pentingnya undi-undi kalian semua untuk esok, maka ayuh kita hantar mesej dari penghujung selatan benua asia ke seluruh Malaysia, bahawa orang Melayu sudah matang dalam berpolitik. Kita undi calon, bukan sekadar undi bendera parti semata-mata.

Undi Tok Badh
Pangkah Kotak Nombor 5.
Kita Hantar Muslim Berwibawa Ke Parlimen!

Anakanda Hazwan Mohamad
15 November 2019

PRK Tg Piai: Orang Melayu rebut kembali kerusi kita!

Kawasan Parlimen Tg Piai asalnya adalah milik orang Melayu kerana majoriti populasi di Pontian adalah orang Melayu. Kerana MCA mahu kerusi, BN melakukan persempadan semula pada tahun 2003 dan mengeluarkan Tanjung Piai daripda Parlimen Pontian. Langkah ini meningkatkan majoriti pengundi Cina di Tanjung Piai sehingga 48% pada PRU 13 yang lalu.

Walaupun Tg Piai mempunyai pengundi majoriti Melayu sehingga 57% yang dicatatkan sehingga kini, namun mereka tidak mampu berbuat apa-apa untuk mendapatkan seorang wakil rakyat Melayu yang bersih dan merdeka daripada sebarang pengaruh luar seperti dari DAP dan MCA untuk diundi semasa PRK Tg Piai 2019 ini.

Tentunya hal ini menjadikan orang Melayu di Tanjung Piai berasa sangat kecewa kerana seperti rasa dikhianati. MCA berterusan dengan agenda rasis mereka, apabila Wee Jeck Seng mengatakan bahawa beliau tidak akan sesekali bersetuju akan tulisan jawi dikembalikan ke sekolah-sekolah.

Begitu juga di belah Pakatan Harapan. Apabila DAP dikatakan akan melantik Liew Chin Tong membantu masyarakat Cina di Tanjung Piai. Jadi apa gunanya Hj Karmanie?

Orang Melayu harus bangkit. Bangkit daripada terus dibuli sebegini. Tunjukkan bahawa orang Melayu punya maruah. Jangan sesekali mengangkat pemimpin yang terang-terang bersepakat melawan agenda Melayu dan Islam. Lantiklah calon yang bersih, merdeka dan profesional.

Berjasa (simbol bintang) tampil dengan calon yang segar bagi orang Melayu. 

Dato’ Ir. Ts. Dr. Badhrulhisham membawa agenda persepakatan Melayu dan pembangunan jati diri Melayu. Sesuatu yang tidak pernah lagi dilakukan oleh calon-calon yang hanya menjanjikan pembangunan material bersifat gula-gula.

Harapan saya ingin melihat , kawasan Tg Piai dikembalikan haknya yang sebenar. Hak orang Melayu untuk memilih pemimpin yang akan membela nasib dan masa depan mereka! Kerusi yang sepatutnya menjadi milik orang Melayu, tidak sepatutnya jatuh ke tangan pihak lain.

 

Hazwan Mohamad

Ketua Penerangan Berjasa

Kestabilan Melayu Islam manfaat semua kaum

Saya tinggal di satu daerah kecil di Johor. Sejak dari kecil saya diajar oleh ayah dan emak untuk menghormati setiap manusia. Baik daripada agama dan bangsa apa pun. Emak saya adalah seorang yang berbangsa Cina dan ayah saya pula seorang guru.

Majoriti pelajarnya adalah daripada kaum Cina dan India. Setiap kali ayah saya pergi ke pekan, beliau pasti akan disapa oleh anak-anak murid beliau dari kaum-kaum lain. Ada di antara mereka memberikan diskaun setiap kali ayah saya pergi ke pasar dan membeli peralatan kebun di pekan.

Kalimah “Cikgu cikgu” masih terngiang-ngiang lagi di telinga saya. Ibu saya pula walaupun telah memeluk agama Islam, namun beliau tetap memelihara hubungan yang baik dengan keluarganya.

Tapi itu situasi hampir 20 tahun lepas. Ayah dan emak saya berkata kini suasana itu tidak lagi berlaku seperti itu. Seakan wujud satu jurang yang besar antara kaum di Johor. Kehidupan tidak lagi seharmoni dulu. Dahulu ketika semuanya berada dalam keadaan ekonomi yang hampir serupa, suasana harmoni itu ada.

Namun kini, apabila jurang ekonomi semakin melebar, jurang antara kaum juga semakin lebar. Paling mendukacitakan, apabila keadaan politik, ekonomi dan sosial orang Melayu semakin lemah, kaum-kaum lain mula tidak percaya dan hormat pada orang Melayu lagi.

Parti politik orang Melayu dilihat sebagai parti picisan yang kelihatan bodoh dan tidak berwibawa. Belum ditambah lagi dengan isu-isu seperti korupsi dan sebagainya. Jika dahulu kaum lain boleh merasa aman orang Melayu kuat dan dominan dalam politik, sehingga kehidupan mereka menjadi terjamin, mereka boleh berekonomi dengan baik. Tetapi kini tidak lagi, orang Cina dan India tidak lagi percayakan orang Melayu.

Apabila tidak percaya kepada orang Melayu, kaum-kaum lain juga menuntut hak pemerintahan dan bermacam-macam hak daripada kerajaan. Kerana mereka merasakan diri mereka ditipu selama ini.

Kini, bagaimana orang Melayu boleh kuatkan kembali keadaan politik, ekonomi dan sosial mereka, supaya bangsa lain boleh kembali hormat kepada mereka dan kesatuan negara pulih seperti sedia kala?

Syarat pertama orang Melayu sendiri kena mencari parti yang benar-benar ikhlas dalam usaha untuk menyatu padukan orang Melayu. Dan bukannya fikir soal kemenangan parti mereka semata-mata.

Kewujudan sebuah parti baru dinamakan Berjasa menarik perhatian ramai. Saya menantikan apakah yang mampu dilakukan oleh Berjasa. Parti ini bukan dari parti yang berpaksikan kepada parti komponen dalam kerajaan mahupun pembangkang. Parti ini punya idealisme tersendiri dan tidak terikat kepada mana-mana komponen politik kepartian.

Calon-calon mereka juga sangat profesional dari sudut kelayakan dan baik sakhsiah serta agamanya. Saya percaya jika rakyat memilih mereka, bukan sahaja nasib orang Melayu akan terbela, tetapi kaum lain juga akan merasakan kemakmuran seperti apa yang mereka rasa puluhan tahun dahulu.
Asyraf  Wong,
Anak Jati Johor

KENYATAAN MEDIA : BERHUBUNG ARAHAN SPR MEMINTA SEMULA PARTI MEMOHON PERMIT UNTUK KEMPEN RUMAH KE RUMAH

KENYATAAN MEDIA

BERHUBUNG ARAHAN SPR MEMINTA SEMULA PARTI MEMOHON PERMIT UNTUK KEMPEN RUMAH KE RUMAH

1. Berhubung dengan satu kenyataan media oleh Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) berkenaan peringatan tentang permohonan permit dan pematuhan undang-undang oleh parti yang bertanding, Berjasa secara jelas (dan pada dasarnya) tidak membantah arahan tersebut, malahan akur dengan segala arahan daripada pihak berkuasa.

2. Namun berkenaan permohonan permit kempen dari rumah ke rumah, Berjasa melihat perkara itu merumitkan malahan arahan yang diterima adalah pada saat akhir tarikh berkempen iaitu berbaki dua hari lagi.

3. Selain itu juga, permohonan permit bagi kempen dari rumah ke rumah tidak dinyatakan di dalam mana-mana peruntukan undang-undang (berkaitan) Pilihan Raya.

4. Arahan tersebut seakan-akan meremehkan dan memandang kecil terhadap kematangan calon-calon dan parti-parti politik dalam berkempen ketika pilihanraya.

5. Oleh itu Berjasa meminta agar pihak SPR (dan pihak PDRM) (dapat mengkaji semula) arahan permohonan permit dari rumah ke rumah tersebut agar tidak merumitkan suasana berkempen oleh parti-parti yang bertanding.

6. Pada masa yang sama SPR haruslah bersikap telus dan amanah dalam melaksanakan tugas tanpa dipengaruhi oleh mana-mana pihak. Ini bagi mengelakkan badan bebas ini dari menerima tohmahan masyarakat.

7. Walau bagaimana pun, Berjasa tetap dengan pendiriannya dan akan terus mematuhi segala peraturan yang ditetapkan oleh SPR dalam kempen PRK kali ini.

Sekian Terima Kasih.

Dato Dr. Ir. Ts. Badhrulhisham Abdul Aziz
13 November 2019
Tg. Piai

Matlamat politik MCA dan DAP tiada beza

Seni berpolitik sesetengah orang Cina jauh ‘lebih baik’ berbanding Melayu. Makna ‘lebih baik’ ini dilihat dalam konteks untuk kepentingan kaum yang melampau. Walaupun berada dalam dua parti yang secara zahirnya bertentangan ideologi tetapi kedua-duanya mendokong idealisme untuk mengangkat orang Cina daripada segi kebudayaan, pendidikan dan ekonomi.

Berbeza parti bukan satu masalah bagi orang Cina kerana mereka memberikan fokus pada tujuan politik itu sendiri iaitu memperjuangkan kaum Cina. Ini jugalah antara pemangkin kekuatan diaspora (tebaran) Cina di seluruh dunia.

Di negara ini antara parti Cina yang dominan ialah MCA dan DAP.

MCA sebuah parti Cina yang total tetapi DAP membuka keahlian kepada pelbagai kaum. Bagaimanapun yang mendominasi DAP adalah orang Cina. Kaum lain hanya sekadar memberikan wajah DAP sebagai parti pelbagai kaum. Melayu juga ada menganggotai DAP tetapi mereka tidak ke mana walaupun penting untuk jawatan-jawatan khusus untuk Melayu Islam.

Dalam berpolitik, antara MCA dan DAP banyak persamaan dan mereka akan bersetuju atas kepentingan kaum. Kedua-dua parti ini telah menolak hudud yang dirancang oleh Pas. Malah hingga saat ini, ketika MCA berada dalam nyawa-nyawa ikan pada pasca PRU14, MCA konsisten menolak hudud.

Dalam isu pendidikan, dua parti ini menjadi satu sejak dulu hingga sekarang dalam isu pendidikan dan budaya. Ketika DAP berada dalam blok pembangkang dan MCA di blok kerajaan, agenda pendidikan Cina diperjuangkan secara bersama di mana MCA seolah-olah bukan bersama-sama UMNO dalam Barisan Nasional.

Kedua-dua parti ini begitu lantang memperjuangkan pendidikan Cina seperti sekolah vernakular. Kita menjadi begitu sukar untuk membezakan antara suara DAP dan MCA yang berbeza ideologi politik apabila tercetus isu sekolah vernakular. Kedua-dua bangkit mempertahankan sekolah vernakular.

Begitu juga dalam isu menuntut dan mendesak kerajaan dulu dan sekarang mengiktirafkan Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC ). Menuntut pengiktirafan UEC adalah satu perjuangan politik dan budaya MCA dan DAP.

Ini bukan soal kualiti sistem pendidikan kebangsaan yang lemah. Sebaliknya ini sebagai satu peluang untuk memastikan sistem pendidikan, budaya dan bahasa Cina mengatasi kaum lain di negara ini.

UEC diambil dari Taiwan kemudian mereka menuntut (memaksa) supaya kerajaan mengiktirafkan sistem yang menafikan kedudukan bahasa Melayu.

Pada peringkat awalnya memang tidak kelihatan agenda politik. Ini kerana yang tampil di depan khalayak adalah pertubuhan bukan kerajaan, Gabungan Persekutuan Pertubuhan Lembaga Sekolah Cina Malaysia (UCSCAM) tetapi lebih dikenali dalam bahasa Cina sebagai Dong Zong.

Tetapi yang berada di belakang Dong Zong adalah DAP, MCA dan Gerakan, mereka bersepakat tanpa mengira ideologi politik.

Oleh yang demikian, sama ada Barisan Nasional (BN) atau Pakatan Harapan yang menang dalam PRU14, kedua-dua belah pihak berjanji akan mengiktirafkan UEC. Ketika itu dalam BN ada MCA dan Gerakan, dalam Pakatan Harapan ada DAP.

Oleh kerana itu jangan menganggap MCA keseorangan tambahan pula tidak banyak kerusi yang dimenangi dalam PRU14. MCA tidak keseorangan dalam memperjuangkan kepentingan Cina di negara ini kerana DAP ada dalam kerajaan.

Orang Melayu mesti bijak membuat pilihan kerana parti politik di negara ini sudah tidak dinafikan lagi berteraskan kaum. Maka kepentingan kaum menjadi agenda utama untuk diperjuangkan. Suara kaum yang calon mereka menang dalam PRU akan bergema di Parlimen.

Jangan terlalu percaya dengan retorik bahawa wakil rakyat bukan Melayu akan turut memperjuangkan kepentingan orang Melayu. Kalau begitu, untuk apa ditubuhkan parti berteraskan kaum. Dalam situasi politik negara hari ini, suara Melayu sudah semakin perlahan.
Dalam Pakatan Harapan, suara DAP jauh lebih besar sebagai penentu dasar-dasar kerajaan secara tidak langsungnya.

Suara Melayu hanya datang daripada PBBM yang jumlah kerusi Parlimennya kecil berbanding DAP. Suara parti Amanah hampir selari dengan DAP yang mendokong politik liberal.

Lim Kit Siang ketika menghadiri hari Penamaan Calon PRK Tg. Piai 2 November lepas

PKR pula bukan semuanya Melayu, ini parti pelbagai kaum di mana agenda pemerkasaan Melayu tidak boleh begitu ketara. Dalam Pakatan Harapan kekuatannya ada pada DAP, PBBM dalam banyak segi tidak punya kekuatan dan pengaruh sehebat DAP.

Dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Tanjung Piai pada 16 Novenber ini, Pakatan Harapan diwakili oleh calon Melayu, Karmaine Sardini (PBBM), Wee Jeck Seng dari MCA mewakili Barisan Nasional, Dr Badhrulhisham Abd Aziz (Berjasa), Wendy Subramaniam (Gerakan), Dr Ang Chuan Lock (calon Bebas) dan Faridah Aryani Abd Ghaffar (calon Bebas).

Banyak pihak kecewa apabila Barisan Nasional memberi laluan kepada MCA untuk PRK Parlimen Tanjung Piai. Dalam PRU14, telah terbukti calon Melayu (PBBM) telah memecah status quo kerana selama ini Tanjung Piai kawasan tradisi MCA. Barisan Nasional telah mengembalikan status quo itu apabila memilih MCA bukan UMNO atau Pas.

Dalam suasana politik semasa yang menyaksikan keretakan parah dalam Pakatan Harapan, pengundi yang komposisi kaumnya 57 peratus Melayu, 42 peratus Cina dan satu peratus India memerlukan calon Melayu yang kuat. Penyertaan Berjasa yang meletakkan Presidennya, Dr Badhrulhisham Abd Aziz menjadi pertaruhan pengundi Melayu.

Hazwan Mohamad

Ketua Penerangan Berjasa

Kaum Cina kesal dengan MCA dan DAP, tak dapat pembelaan

Dalam satu artikel di akhbar Kwong Wah Yit, DAP keluarkan kenyataan mengatakan MCA sebagai tidak layak dapat sokongan kerana talam dua muka, tidak mampu bela bangsa Cina.

Saya tertarik untuk melihat apa reaksi kaum Cina. Rata-rata memberikan respon yang juga turut sama. Mereka melihat DAP juga sebagai 2 x 5 dengan MCA. Dua-dua dipandang sebagai talam dua muka dan tidak mampu membela nasib bangsa Cina.

DAP dan MCA cuba menakut-nakutkan bangsa Cina sekiranya mereka tidak diundi, nasib bangsa Cina akan tertindas. Perniagaan mereka akan ditekan, mereka tidak lagi boleh ada wakil di Parlimen, bahasa dan budaya mereka dihapuskan, mereka tidak lagi bebas mengamalkan agama masing-masing.

Kenapa pengundi Cina, DAP dan MCA tidak mencuba untuk meletakkan harapan baru kepada Parti Berjasa?

Apa lagi boleh diharapkan kepada DAP dan MCA jika kedua parti itu sibuk menipu dan memperalatkan pengundi Cina?

Berjasa walaupun secara jelas menzahirkan slogan kesatuan Melayu, namun calonnya Datok Badhrulhisam bertegas tidak akan mengenepikan bangsa lain.

Menipu untuk undi bukan dari genetik parti Berjasa. Saya yakin jika pengundi Cina mengundi pemimpin yang profesional dan amanah sebegini, nasih mereka bukan sahaja akan terbela, malahan akan jadi lebih baik. Tanpa perlu diapi-apikan sentimen dan mengugat keharmonian antara kaum.

 

Iqbal Hakim bin Abdul Razak

Ketua Pemuda Berjasa

PRK Tg Piai, Melayu rugi besar undi MCA & Bersatu

Dalam ceramah kempen MCA dan DAP-Bersatu di Tanjong Piai dua-dua pihak nampaknya sedaya upaya cuba meraih undi orang Cina di sana. MCA tidak mengapalah, sudah parti Cina. Namun Bersatu ini pula lebih sudu daripada kuah. Semata-mata mahu dapat undi Cina mereka terpaksa menjadi sesumpah. Rela bertukar wajah dan menumpukan tenaga pada pengundi Cina.

Barangkali Bersatu lupa, majoriti pengundi di Tg Piai adalah orang Melayu. Mungkin mereka agak yakin. Di blok pembangkang Barisan Nasional ingat orang Melayu suka akan strategi mereka letak calon MCA anti hudud? Dan di blok kerajaan pula mereka ingat orang Melayu suka Bersatu jadi tunggangan DAP dan menjadi parti berwajah Cina?

Orang Melayu perlu ingat andai dua blok ini mereka undi nanti, rugi besarlah mereka. Sewaktu berkempen pun kita sudah tahu niat dan wajah sebenar masing-masing. Kata hendak angkat suara Melayu tapi sebaliknya yang berlaku.

Orang Melayu Tg Piai perlu bangkit! Jika dahulu semasa PRU 14 kita boleh berubah tumbangkan Barisan Nasional dengan harapan Pakatan Harapan lebih baik. Kini apabila Pakatan Harapan menipu, kenapa kali ini kita perlu berpatah balik kepada Barisan Nasional?

Kita sudah ada alternatif baru calon dari Berjasa. Berwibawa, bersih, kuat agama, profesional dan amanah. Tidak mahukah kita akan perubahan paling besar dalam sejarah PRK Malaysia? Orang Melayu Tg Piai, tunjukkan “kuasa” anda. Jangan biar parti politik membuli kita orang Melayu. Tunjukkan siapa berkuasa! Sekarang bukan lagi pilihan binari Dacing dan Roket? (PH), kita ada pilihan ketiga Bintang. 100% Melayu Islam. Anda pasti tidak akan rugi wahai pengundi Tg Piai!

Ini kalilah kita hantar suara Melayu Islam ke Parlimen! Undi Calon Muslim Berwibawa!

 

Mohamad Ad bin Satiman

Ketua Pemuda Berjasa Johor

KENYATAAN MEDIA BERJASA PUSAT PRK P.165 TANJUNG PIAI

1. Barisan Jemaah Islamiah Se-Malaysia (BERJASA) mengikuti rapat perkembangan pengumuman calon parti-parti yang bertanding dalam PRK P.165 Tanjung Piai.

2. BERJASA mendengar dan memahami isi hati serta hasrat pengundi Melayu Islam di Tanjung Piai dalam suasana politik tanahair yang penuh cabaran hari ini.

3. Justeru atas dasar prinsip serta memeriahkan sistem demokrasi di Malaysia dan menimbang peri pentingnya memberi pilihan kepada pengundi Melayu Islam mengundi calon Muslim berwibawa untuk dihantar ke Parlimen, BERJASA dengan ini mengumumkan akan bertanding di P.165 PRK Tanjung Piai.

4. BERJASA telah pun membuat pembayaran deposit kepada kepada Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) pada pagi ini.

5. BERJASA akan mengadakan sidang media pengumuman rasmi calon pada hari esok, Jumaat 1 November 2019, jam 3 petang bertempat di Ibu Pejabat Rasmi BERJASA. Semua rakan media dan penyokong dijemput hadir. Untuk makluman lanjut berkenaan sidang media boleh hubungi Pegawai Media BERJASA ditalian +601328175904 atau +60125553435.

Salam Juang | Undi Calon Muslim Berwibawa

Hazwan Mohamad,
Ketua Penerangan BERJASA Pusat
31 Oktober 2019

 

PRK Tanjung Piai: Budaya pertahan kerusi tradisi dah lapuk

BANGI, 30 Okt – MCA nampaknya masih angkuh dengan pendirian sendiri apabila masih mahu mengetengahkan calon dari partinya untuk Pilihan Raya Kecil (PRK) Tanjung Piai, tanpa mengambil kira kemahuan rakyat tempatan yang lebih cenderung kepada calon Melayu.

Ketua Pemuda Barisan Jemaah Islam SeMalaysia (Berjasa), Iqbal Hakim Abdul Razak menegaskan, budaya mempertahankan kerusi tradisi pada hari ini sudah lapuk dan perlu kepada pendekatan lebih segar. 

“Kali pertama kerusi Tanjung Piai dipertandingkan menyaksikan pertembungan antara calon bukan Melayu. PRU 2008 dan PRU 2013 pula menyaksikan pertembungan calon MCA dgn Calon Melayu daripada DAP. 

“Kecenderungan pengundi Tanjung Piai berubah dengan BN-MCA menang kerusi tersebut dengan majoriti semakin berkurang. PRU14 calon Melayu daripada Bersatu melawan calon MCA dan natijahnya kerusi ini jatuh ke tangan PH,” katanya kepada Ismaweb.net.

Beliau turut mempersoalkan apa salahnya MCA menunjukkan semangat mereka menyokong usaha murni Muafakat Nasional dengan memberi laluan kepada UMNO untuk bertanding di Tanjung Piai.

“Rakyat Malaysia tidak pernah lupa peristiwa PRK Balakong yang menyaksikan betapa angkuh MCA mencampak ke tepi semangat politik muafakat dengan bertanding menggunakan lambang parti sendiri, tidak menggunakan lambang Barisan Nasional. Akhirnya, MCA malu sendiri,” katanya.

Mengulas lanjut, beliau berkata, MCA tidak boleh menafikan pengundi Melayu mulai mengubah kecenderungan untuk menyokong calon Melayu di tempat mereka. 

“Dan adakah perkara itu sesuatu yang pelik? Tidak. Yang pelik adalah bila nampak nyata pola pengundi mulai berubah, namun, orang yang nak bertanding degil dan tidak mahu berubah. Itu pelik.

“MCA selayaknya menunjukkan sikap boleh bertolak ansur dengan kehendak rakyat, terutama kehendak penduduk Tanjung Piai.

“Bukan sedikit yang menyuarakan kemahuan mereka untuk mendapat wakil daripada orang Melayu, bersesuaian dengan komposisi majoriti masyarakat Melayu di Tanjung Piai,” katanya.

Apa yang lebih perlu diutamakan, katanya, adalah kesepakatan dalam blok pembangkang berbanding mementingkan diri, semata-mata ingin mendapat kerusi dalam parlimen dan kononnya mempertahankan kerusi tradisi.

“Berubahlah kepada gaya berpolitik yang lebih sihat dan matang, bukan kekal di takuk lama,” katanya.

PRK Tanjung Piai diadakan berikutan kematian penyandang kerusi itu, Datuk Dr Md Farid Md Rafik, 42, yang juga Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri 21 September lalu akibat komplikasi jantung.

Barisan Nasional (BN) dilaporkan akan mengumumkan calon pilihan raya kecil (PRK) Parlimen Tanjung Piai hari ini.

Presiden MCA, Datuk Seri Wee Ka Siong berkata, pengumuman akan dibuat di Pusat Gerakan BN selepas solat Isyak.-Ismaweb