Penjenamaan Semula Parti: Langkah Strategik Berjasa Menangi Hati Pengundi Muda

Parti BERJASA yang berusia 42 tahun melakar sejarah yang tersendiri apabila Mesyuarat Agung Luar Biasa berjalan dengan lancar semalam.

Mesyuarat Agung Luar Biasa ini telah berjaya meluluskan usul pindaan terhadap beberapa Fasal dalam Perlembagaan parti berusia lebih empat dekad ini.

Pindaan perlembagaan parti yang diluluskan hari ini adalah bertitik tolak daripada aspirasi Jawatankuasa Pusat BERJASA yang komited mahu memastikan proses peremajaan parti berjalan dengan segera demi menarik minat masyarakat Melayu Islam terutamanya generasi muda yang semakin lelah dengan suasana politik hari ini.

BERJASA bertekad untuk menjadi parti politik pilihan utama rakyat Malaysia dengan menampilkan barisan kepimpinan yang segar, profesional, berintegriti dan kompeten.

Sudah tiba masanya, untuk generasi Malaysia berani beralih untuk memilih sebuah parti politik yang baharu, jujur dan berprinsip demi mempertahankan serta memperkasa identiti sebenar negara Malaysia yang kita semua cintai.

Salah satu pindaan Perlembagaan yang diluluskan hari ini adalah penjenamaan semula bendera dan logo parti yang akan tampil lebih unggul, menarik dan terkehadapan.

Bendera dan logo baharu parti yang telah diluluskan bakal dilancarkan dalam satu majlis penjenamaan semula BERJASA akan datang.

Semoga Allah memberkati perjuangan Parti BERJASA.

Hazwan Mohamad,
Ketua Penerangan BERJASA.
8 September 2019.

Sekolah Vernakular Liabiliti Pendidikan Negara

Isu tulisan khat jawi ini tidak akan timbul sekiranya kita menghapuskan sekolah vernakular serta-merta dan menggantikannya dengan sekolah kebangsaan.

Alasan tulisan khat jawi yang akan membebankan pelajar merupakan alasan yang tidak boleh diterima dan jelas membuktikan pejuang sekolah vernakular membenci identiti negara yang berasaskan bahasa Melayu dan tulisan jawi ini.

Sepatutnya bebanan pelajar dapat dikurangkan sekiranya pelajar tidak perlu lagi belajar bahasa mandarin dan hanya fokus pada bahasa Melayu dan Inggeris.

Setelah lebih 60 tahun kita merdeka, kerajaan dibebani dengan ribuan warganegara yang tidak boleh bertutur dalam bahasa Melayu dengan baik sehinggakan di mahkamah atau pejabat kerajaan kita terpaksa mengupah jurubahasa yang mana dapat dijimatkan sekiranya semua warganegara fasih berbahasa Melayu.

Agenda perpaduan negara juga terus terbantut dengan sikap sebilangan warganegara yang tidak ingin belajar dan bertutur bahasa Melayu.

Perkara ini bertambah terus apabila parti politik seperti DAP dan Gerakan terus bersikap rasis dengan memperjuangkan agenda vernakular yang terus mewujudkan jurang antara kaum.

Muhammad Thalhah Bin Kamarol Zaman
AJKP Berjasa

Dong Zong & DAP musuh identiti negara

Saya tidak pernah merasa hairan jika Dong Jiau Zong dan DAP begitu bersungguh menentang cadangan untuk dimasukkan silibus khat jawi dalam sistem pendidikan.
 
Kerana umum mengetahui, bahawasanya Dong Zong dan DAP amat memusuhi segala agenda pemerkasaan terhadap identiti sebuah negara berdaulat bernama Malaysia.
 
Bukan ceritera baharu Dong Zong yang didokong hebatparti-parti cina seperti DAP, Gerakan dan MCA (kini) ini menentang dan bersikap prejudis terhadap identiti negara ini.
 
Izinkan untuk saya mengingatkan kalian tentang objektif awal penubuhan Dong Jiau Zong ini.
 
Dong Jiau Zong ini ditubuhkan oleh generasi pertama orang Cina yang berhijrah dari Tanah Besar China ke Tanah Melayu suatu ketika dahulu. Kebanyakkan mereka adalah ahli-ahli perniagaan dan golongan pendidik yang tegar memperjuangkan bahasa ibunda dan juga kebudayaan dari negara Tembok Besar itu.
 
Sejak sebelum merdeka lagi, pertubuhan inilah yang menjadi penghalang kepada sebuah dasar pendidikan yang menekankan perpaduan dalam kalangan rakyat berbilang bangsa di Tanah Melayu ketika itu.
 
Desakan daripada mereka inilah antara penyebab wujudnya dua sistem pendidikan iaitu Sekolah Kebangsaan yang menggunapakai bahasa kebangsaan sebagai bahasa pengantar, manakala sekolah jenis kebangsaan masing-masing dengan bahasa pengantar Cina dan Tamil melalui Laporan Razak 1956.
 
Tidak cukup dengan itu, mereka tidak bersetuju pula untuk berada dibawah dasar pendidikan negara. Lantaran itu, mereka memperjuangkan Sekolah Menengah Persendirian Cina sebuah sekolah swasta dan tidak terikat dengan kementerian serta dasar-dasarnya.
 
Walaupun tegar mahu bersendiri, namun desakan untuk mereka terima bantuan duit kerajaan amat lantang kedengaran. Jika dihitung hingga kini, sudah ratusan juta kerajaan habiskan pada SMPC ini hasil desakan mereka walaupun pada hakikatnya, ianya amat bertentangan dengan semangat Perlembagaan.
 
UEC. Satu lagi perjuangan yang tidak pernah padam. Sukatan pelajaran dan peperiksaan yang dicedok dari pecahan tembok besar China, iaitu Taiwan, kini akhirnya diterima juga hasil desakan dari pertubuhan rasis dan cauvanis ini.
 
Ya. Satu demi satu. Sedikit demi sedikit. Orang Melayu, masih lagi bersabar. Kini, sekali lagi, Dong Jiau Zong menunjukkan ‘taring’ nya, apabila kerajaan berhasrat untuk memperkasa identiti pertiwi melalui tulisan bahasanya yang telah lama dibunuh, pertubuhan ini bersuara menentang. 
 
Jika difikir-fikirkan, apa kena mengena Dong Jiau Zong dengan agenda Kementerian Pendidikan ini? Bukan mereka memang tidak ada kena mengena? 
 
Saya ingin memberitahu anda semua, bahawasanya Dong Zong ini bukan sekadar mahu menjaga identiti asal mereka sahaja, tetapi juga turut mahu memastikan sebarang usaha untuk mengembalikan identiti tanah air yang sebenar, GAGAL!
 
Mereka adalah musuh identiti negara. 
 
Hazwan Mohamad
Ahli Jawatankuasa Pusat BERJASA,
3 OGOS 2019.
 
 

Tun M silap. Negara lemah kerana pemimpin tidak amal Islam sebenar.

Tun M kata negara Islam lemah berpunca dari mengamalkan ajaran Islam yang salah.

Tetapi sebenarnya ia berpunca dari pemimpin-pemimpin negara Islam yang tidak mengamalkan ajaran Islam dengan sempurna.

Tindakan Tun M bersekongkol dan menguasakan DAP yang jelas memperjuangkan sekularisme adalah melanggar ajaran Islam yang sebenar.

Bahkan persepakatan PH jelas sekali menghilangkan dominasi kuasa politik orang Islam di negara ini, satu lagi kesalahan yang memberi implikasi fenomena Islam “dibuli” di negara ini.

Satu dunia maklum pemimpin negara Arab adalah proksi kepada kuasa besar dunia, dan kuasa besar dunia berkehendak menyekat penghayatan ajaran Islam yang sebenar dalam kalangan rakyat mereka.

Kita semua juga maklum, bukan masalah tidak diajar dengan ajaran Islam yang sebenar, bukan tidak diterangkan dengan hukum hakam Tuhan, tetapi pemimpin sendiri yang enggan akur dan patuh pada arahan Allah Taala.

 

Mohd Hazizi Abd Rahman

Naib Presiden Berjasa

SMJKT rosakkan perpaduan nasional

Tujuan pendidikan adalah untuk menjayakan wawasan negara demi mencapai taraf negara maju dalam aspek kemajuan ekonomi, keadilan sosial, kekuatan rohani dan moral dalam mewujudkan masyarakat yang bersatu padu. Sehubungan itu, Kementerian Pendidikan telah melaksanakan dasar melalui satu sistem pendidikan Kebangsaan berlandaskan Falsafah Pendidikan Negara; menggunakan bahasa Kebangsaan sebagai bahasa pengantar utama, kurikulum kebangsaan yang pelbagai dan komprehensif serta peperiksaan yang sama dalam memenuhi keperluan negara dan memupuk perpaduan negara selaras dengan prinsip-prinsip Rukun Negara (merujuk Akta Pendidikan 1996). Oleh itu, dapat kita lihat bahawa perpaduan kaum adalah satu matlamat besar dalam sistem pendidikan negara berdasarkan Penyata Razak 1956 dan Ordinan Pelajaran 1957.

Sepatutnya yang dilaksanakan di Malaysia adalah sekolah satu aliran sahaja bagi mencapai aspirasi perpaduan negara tetapi Laporan Razak telah bertolak ansur di antara Laporan Barnes 1950 dan Laporan Fenn-wu dengan mencadangkan untuk mewujudkan dua jenis sekolah rendah (SK dan SJK) serta menggunakan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar utama dan dalam masa yang sama membenarkan pengekalan bahasa lain di sekolah. Oleh sebab itu, sekolah vernakular dikekalkan hingga kini.

Apabila menamatkan pembelajaran di peringkat rendah sama ada di SK atau SKJC dan SJKT, pelajar – pelajar sepatutnya meneruskan pendidikan di SMK. Walaubagaimanapun sebahagian besar pelajar di SKJC telah meneruskan persekolahan di SMC (sekolah persendirian). Sejak kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu, kebanyakan sekolah menengah Cina ditukar menjadi Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan dan menggunakan bahasa Inggeris. Pada 1970-an, kerajaan mula menukarkan bahasa pengantara Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan daripada bahasa Inggeris kepada bahasa Melayu. Sukatan pelajaran dan gaji guru di Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan dibiayai oleh kerajaan. Kurikulum dan bahasa pengantara sekolah ini juga sama dengan Sekolah Menengah Kebangsaan. Jadi tidak hairanlah sekiranya kaum India juga berhasrat perkara yang sama ditunaikan seperti yang dimohon oleh Senator T Mohan.

Walaubagaimanapun Wanita Berjasa menolak sekerasnya kerasnya cadangan tersebut kerana Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) telah menyediakan kursus pendidikan menengah (pelbagai subjek dan kemahiran)selama lima tahun yang sesuai bagi murid yang baru sahaja tamat mengikuti pendidikan rendah, menggunakan bahasa kebangsaan sebagai bahasa pengantar, menjadikan bahasa Inggeris sebagai matapelajaran wajib dan Bahasa Cina atau Tamil hendaklah diadakan jika ibu bapa sekurang – kurangnya 15 orang murid di sekolah itu memintanya.

Aktiviti kokurikulum turut diadakan serta pelbagai bantuan seperti Skim Pinjaman Buku Teks (SPBT). Dengan kemudahan dan infrastruktur yang lengkap di SMK, mengapa masih perlu kepada pembinaan SMJKT? Tidakkah itu akan menggagalkan lagi hasrat nasional iaitu perpaduan antara kaum. Wanita Berjasa juga meminta Kerajaan Hari Ini menghentikan penambahan SMJKC dan saluran dana ke SKJC dan Sekolah Persendirian terutama melalui Timbalan Menteri Pendidikan, YB Teo Ni Ching.

Jadi KPM hendaklah menarik balik penubuhan Jawatankuasa Penasihat berhubung pembinaan SMJKT di Malaysia

 

Azizah Che Awang

Ketua Wanita Berjasa

BERJASA MENERUSKAN KESINAMBUNGAN SERUAN KESEPAKATAN DAN PERPADUAN MELAYU ISLAM

1. BERJASA sebagai parti yang meletakkan agenda perpaduan ummah sebagai salah satu agenda utama perjuangannya, menyambut baik usaha PAS-UMNO yang serius dalam menyatupadukan orang Melayu Islam di negara ini.

2. Sejak 10 tahun yang lalu sehingga kemuncaknya pada PRU13, BERJASA telah membawa agenda ini di bawah slogan ‘Melayu Sepakat Islam Berdaulat’ dan ‘Pilih Calon Muslim Berwibawa’ yang berdasarkan kesedaran pada masa itu, kuasa Melayu Islam semakin hilang disebabkan pertelingkahan yang berpanjangan.

3. Walaupun usaha dan niat BERJASA ketika itu dipandang serong dan menerima kritikan hebat dari banyak pihak (baik dari Pakatan Rakyat mahupun Barisan Nasional) ,BERJASA terus istiqamah dalam pendiriannya dan tidak menoleh ke belakang untuk merealisasikan matlamat kesatuan itu.

4. Alhamdulillah, dengan kesedaran semua pihak yang ingin melihat perpaduan Melayu Islam menjadi kenyataan dan seterusnya mengembalikan dominasi pemerintahan dan politik Melayu Islam yang akan membawa kestabilan negara tercinta ini, BERJASA yakin perkara ini akan mendapat sokongan majoriti rakyat terutama sekali orang Melayu.

5. BERJASA menyeru semua pihak yang akan menggabungkan diri dalam kesepakatan ini, meletakkan agenda ini di depan dengan mengenepikan kepentingan diri sendiri, dan menjadikan perkara yang lepas sebagai pengajaran berguna agar apa yang berlaku sejak PRU14 tidak akan berulang lagi.

6. Penampilan manifesto yang mantap, menarik tetapi realistik; dan penampilan calon-calon yang berwibawa dan bersih, mesti dirancang dan diketengahkan dalam menghadapi PRU15 nanti. Rakyat menanti satu kesatuan yang berupaya memerintah negara dengan pemimpin-pemimpinnya yang mempunyai akhlak mulia, berintegriti dan ikhlas.

7. Selain itu, bukan sahaja usaha-usaha penyatuan ini diberi perhatian, malah perancangan pembangunan dan keutuhan kekuatan bangsa Melayu dengan berteraskan Islam, pasca PRU15 dan seterusnya, perlu dibangunkan secara holistik. Ini perlu dilakukan dengan melihat kepada paksi-paksi kuasa dalam bidang politik, ekonomi, pendidikan, teknologi, sosial, perundangan, pertahanan dan lain-lain agar penguasaan orang Melayu Islam dapat diteruskan dan dimantapkan.

DATO’ Ir. Ts. Dr BADHRULHISHAM ABDUL AZIZ, F.A.Sc
Presiden BERJASA

Tangani Segera Isu Pengangguran Siswazah

Laporan yang dikeluarkan oleh Berita Harian semalam hanyalah simptom kepada masalah ekonomi yang semakin membarah menimpa rakyat Malaysia.

Siswazah daripada golongan B40 sememangnya merupakan golongan paling terkesan dan perlu diberikan perhatian oleh pihak kerajaan. Golongan siswazah ini telah berusaha keras dalam arus pendidikan perdana untuk membaiki nasib mereka dan keluarga.

Namun harapan mereka punah apabila menginjakkan kaki ke alam pekerjaan. Masalah-masalah seperti kurang peluang pekerjaan yang setimpal, ketiadaan peluang pekerjaan di luar bandar, diskriminasi kaum di tempat kerja merupakan antara faktor lain yang menjadi penyumbang kepada golongan ini terus menganggur.

Peluang pekerjaan yang hanya tertumpu di bandar sahaja menyukarkan lepasan siswazah ini untuk berpindah ke bandar atas faktor kos sara hidup yang terlalu tinggi di bandar, tanggungjawab mereka untuk menyara ahli keluarga di kampung sehingga menyebabkan mereka terpaksa mengambil keputusan untuk terus berada di kawasan luar bandar.

Keengganan kerajaan membangunkan kawasan luar bandar dan membantu golongan miskin memburukkan lagi keadaan. Elaun petani dan nelayan yang dipotong, keengganan kerajaan menyuntik dana tambahan kepada Felda, kegagalan mengawal harga sawit serta getah telah membantutkan pembangunan ekonomi di luar bandar. Perkara ini menyebabkan peluang pekerjaan di luar bandar semakin berkurang.

Kerajan perlu serius menangani masalah ini dan membantu golongan siswazah ini untuk keluar daripada kitaran kemiskinan yang terus menghantui mereka. Mereka telah beruasaha keras dan kini peranan kerajaan pula membantu untuk mengubah nasib mereka kepada yang lebih baik.

Muhammad Thalhah Bin Kamarol Zaman
AJKP Berjasa

Krisis Keyakinan Terhadap Kemampuan dan Kebolehan Anak Tempatan

Sejak mencapai kemerdekaan, ramai rakyat Malaysia telah melanjutkan pelajaran di dalam dan luar negara sehingga meraih pelbagai ijazah dari sarjana muda hingga ke ijazah kedoktoran.

Kemudian mereka mula membina kerjaya mereka dengan membangunkan kemahiran dan kemampuan masing-masing hingga ke peringkat professional.

Kehebatan dan kepakaran anak tempatan ini dalam pelbagai bidang telah mendapat pengiktirafan dari luar dan dalam negara. Bukan itu sahaja, ada diantara mereka yang dipanggil berkhidmat untuk agensi ternama di luar negara.

Malangnya, di dalam negara ini, kehebatan anak-anak tempatan ini tidak diiktiraf oleh sebahagian masyarakat dan yang paling menyedihkan oleh sebahagian pemimpin negara.

Dari bidang teknologi hingga ke pengurusan perniagaan, anak-anak tempatan tidak diberi tempat dan peluang yang sewajarnya.

Ada diantara orang kita yang menyakini orang dari luar negara mempunyai kepakaran dan kemampuan yang tidak boleh ditandingi oleh anak tempatan.

Apabila seorang sarjana Barat atau luar mengeluarkan pandangan, ada yang meyakini sepenuhnya berbanding kenyataan yang dikeluarkan oleh anak tempatan.

Bila ini berlaku, beberapa kedudukan strategik diserahkan kepada orang luar dan juga ada yang menjadi ketua jabatan atau CEO dalam pelbagai syarikat.

Malahan di universiti tempatan, ada pensyarah muda tempatan yang memilikki PhD tidak diberi peluang sewajarnya sebagai pemeriksa luar dan penyelia utama dalam pengajian siswazah. Jadi bagaimana mereka boleh menimba pengalaman jika tidak diberi peluang?

Pengalaman saya sendiri yang terlibat dalam beberapa jawatankuasa yang ditubuhkan oleh agensi kerajaan dan tempatan, bila kita memberi pandangan yang berasaskan fakta, pengalaman dan lain-lain, kita disindir dengan kata-kata seperti ‘Betul ke Prof?’.

Tapi bila seorang pakar luar memberi pandangan, diterima bulat-bulat dengan rasa hormat dan tanpa kesangsian, walhal ada pandangannya yang tidak tepat atau betul!

Sudah sampai masanya, terutama dalam hal-hal kritikal yang menentukan masadepan negara, berilah peluang dan keyakinan anak tempatan untuk membuktikan kebolehan dan kepakaran mereka baik dalam akademik, GLC, dan lain-lain, termasuk dalam mendudukki kerusi lembaga pengarah agensi-agensi utama dan penting negara.

Saya percaya anak tempatan lebih patriotik, setia dan bertanggungjawab disamping kebolehannya dalam bidang kepakarannya; baik dalam memberi pandangan atau mengurus organisasi dan sebagainya.

Kenapa kita mempercayai orang luar yang mungkin hebat kepakarannya, tetapi mungkin ada agenda tersendiri dan tidak patriotik dan setia seperti anak tempatan?

Bacalah sejarah kejatuhan kerajaan Uthmaniah dan kerajaan Islam Andalusia dimana salah satu dari punca kejatuhannya, adalah mempercayai dan meminta pertologan orang luar, yang akhirnya mengkhianati kerajaan Islam itu sendiri.

Dato’ Dr Ir Ts Badhrulhisham Abd Aziz

Presiden BERJASA

Tragedi Pasir Gudang: Tangani punca sebenar

Berbagai jalan penyelesaian telah diutarakan oleh banyak pihak dalam menangani tragedi pencemaran udara di Pasir Gudang baru-baru ini yang disebabkan oleh pelepasan gas beracun ke udara. Antaranya cadangan-cadangan bernas yang diutarakan oleh Dr Hafidz Yusoff dari SALAM (Komuniti Penyelidik Sumber Asli dan Alam Sekitar) dan pakar kejuruteraan kimia, Dato Prof Dr Wan Ramli dari UKM.

Di sini, saya ingin menyarankan agar kita menyelesaikan masalah ini dengan pergi terus kepada puncanya iaitu di kilang mana bahan-bahan kimia digunakan, di proses, atau dihasilkan produk dan produk sampingan.

Menyelesaikan masalah ini dengan memasang alat pengesan gas, mengujudkan pusat kawalan kualiti udara dan sebagainya adalah baik tetapi ianya hanya untuk memantau dan memberi amaran selepas pencemaran berlaku.

Sebelum pencemaran berlaku, maka jalan yang terbaik adalah sebagaimana yang juga disarankan oleh Dato Dr Prof Wan Ramli, ialah dengan menutup sementara kilang-kilang yang beroperasi dan menjalankan siasatan terperinci dengan menyemak rekod dan maklumat bahan-bahan kima yang digunakan.

Kerajaan juga perlu mengambil tindakan tegas kepada kilang-kilang yang beroperasi secara haram (tanpa permit) dan juga yang tidak mematuhi peraturan-peraturan DOSH yang berkaitan dalam pengurusan bahan kimia seperti Peraturan USECHH [Peraturan-peraturan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (Penggunaan dan Standard Pendedahan Bahan Kimia Berbahaya kepada Kesihatan] dan CLASS [Peraturan-Peraturan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (Pengelasan, Pelabelan dan Helaian Data Keselamatan Bahan Kimia Berbahaya)].

Kemudian, pastikan penguatkuasaan berdasarkan peraturan-peraturan yang sedia-ada, dilakukan dan diperkasakan. Disamping itu, pemantauan berkala, berterusan dan dengan penguatkuasaan tersebut perlu dibuat dalam memastikan pengurusan bahan kimia dan sisanya; penyimpanan dan pelupusan dilakukan secara professional dengan amalan terbaik.

Dato’ Dr Ir Ts Badhrulhisham Abd Aziz

Presiden BERJASA

Pencemaran Udara Pasir Gudang: Kerajaan Perlu Bertegas

Setelah 3 bulan berlalu dalam peristiwa pencemaran alam berpunca dari Sungai Kim-Kim yang membawa kesan buruk kepada penduduk sekitarnya, kita dikejutkan sekali lagi dengan tragedi pelajar-pelajar dari beberapa buah sekolah di Pasir Gudang yang mengalami sesak nafas dan muntah-muntah.

Menurut kenyataan Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Johor, Azman Adnan, disebabkan kejadian tersebut, sebanyak 475 institusi pendidikan diarah tutup sehingga 27 Jun nanti yang membabitkan 111 buah sekolah rendah dan menengah kerajaan, tiga institusi pendidikan tinggi, 14 buah sekolah swasta dan antarabangsa serta 347 tadika swasta.

Walaupun terdapat kenyataan dari kementerian terlibat, bahawa kes kali ini adalah tidak sama dengan peristiwa 3 bulan lepas, amat menghairankan sekali simptomnya adalah sama dan sekolah-sekolah yang terkesan 3 bulan sebelum ini juga adalah sebahagiannya adalah sekolah yang sama.

berharap pihak kerajaan mengambil sikap profesional dalam hal ini dengan memberi penerangan yang jujur dan betul agar kekeliruan tidak berlaku, dan yang paling kritikal adalah kesihatan rakyat

Situasi ini amat serius dan sebelum berlaku kemalangan jiwa dimasa akan datang, adalah amat wajar pihak berkuasa seperti JAS, JKKP, majlis perbandaran/tempatan dan lain-lain mengambil tindakan drastik dan tegas dalam menghalang perkara ini dari berulang kembali.

Ketua Persuruhjaya SPRM yang baru dilantik, Latheefa Koya juga diseru supaya menyiasat, jika ada bukti berlakunya penyelewengan kuasa dan rasuah yang menyebabkan peristiwa buruk ini berlaku kembali dalam masa yang tidak sampai tiga bulan. Kita semua difahamkan bahawa pembersihan sisa toksik telah dilaksanakan sepenuhnya dan tindakan undang-undang juga telah diambil susulan dari tragedi bulan Mac lepas. Mengapa pencemaran udara masih berlaku lagi di kawasan yang sama?

Dato’ Ir Ts Dr Badhrulhisham Abdul Aziz, F.A.Sc
Presiden BERJASA