DAP biadap naikkan lagi papan tanda tulisan cina, ini bukan negara China !

DAPsekali lagi biadap menaikkan papan tanda tulisan cina di dalam negara Malaysia ini. Ini bukan negara China, rakyat sepatutnya faham bahasa kebangsaan yang telah dipasangkan.

Kali ini, Pemuda DAP mahu mencetuskan lagi provokasi dengan menaikkan lagi papan tanda tulisan cina di tiga jalan utama di Sarawak iaitu Jalan Jalan Main Bazaar, Wayang Street, dan Jalan Greenhill. Tujuan papan tanda tulisan cina ini di pasangkan adalah kerana masih ramai lagi golongan cina chauvanis yang masih lagi gagal memahami bahasa kebangsaan walaupun sudah lebih setengah abad kita merdeka. Inilah barah yang merosakkan perpaduan negara apabila mereka tidak mahu berasimilasi dengan penduduk tempatan.

Rakyat masih ingat, beberapa bulan yang lepas DAP juga bangun untuk membantah papan tanda tulisan jawi di Pahang. Mereka mencabar arahan Majlis Raja-Raja yang mahu jawi disuburkan kembali. Walaupun jawi adalah identiti teras negara, mereka tetap berdegil mahu mencabarnya.

Selang beberapa minggu kemudian, mereka menaikkan papan tanda tulisan cina pula di Pulau Pinang sebagai reaksi balas terhadap tindakan kerajaan Pahang.

Bersempena dengan hari kemerdekaan ini, semua rakyat Malaysia wajib menghormati identiti negara ini. Orang Cina wajib berasimilasi dengan penduduk tempat untuk terus mewujudkan penyatuan nasional yang lebih utuh demi kestabilan negara yang kita cintai ini.

Kerajaan Sarawak digesa untuk segera mengambil tindakan dan menurunkan semula tulisan cina ini segera. Hormati teras negara ini, jangan melepasi garisan merah yang boleh mencetuskan perpaduan nasional yang sedang dibina.

Aysraf Badhrulhisham
Ketua Penerangan ANGKASA

 

 

My response to ‘Kakak Kondom’ – ANGKASA

My response to ‘Kakak Kondom’.

I am giving you a question to ponder. Are you actually promoting safe sex or educating on sexual education?

I am very much sure that both of you are clearly aware the usage of condom. Hence it is actually confusing if the objective of your video is about sex education when the direction of your video is actually promoting safe sex.

First of let me get this straight, the whole idea of sex education is about abstinence, how you are comfortable about yourself and how to take care of personal hygiene. What we are supposed to teach the youngsters is abstinence not safe sex.

This is because first, the ultimatum to decrease the percentage of sexually transmitted disease or HIV or unwanted pregnancies be it among the teenagers or unmarried adults is abstinence. Safe sex doesn’t guarantee that one self will not get infected by the STD’s or HIV or being pregnant. We need to teach the youngsters on how to defend themselves if ever there were to be an attack to rape.
Second, in country like Malaysia whereby most of the religion agrees to the moral values that it is immoral to involve in premarital sex, and sexual promiscuity, hence advocating the freedom of using condom is far from acceptable. Advocating on the correct way to wear condom indirectly promoting the culture of Zina.

In the Qur’an,

وَلَا تَقْرَبُوا۟ ٱلزِّنَىٰٓ ۖ إِنَّهُۥ كَانَ فَٰحِشَةً وَسَآءَ سَبِيلًا

(And do not come near to adultery, it is a shameful deed and an evil, and opening the road to other evils.)

Surah al-Isra’, 17:32

This verse clearly says that abstinence is the key to solve problem of Sexually Transmitted Diseases/HIV or unwanted pregnancies be it among unmarried adult and what more to the youngsters. Easy excess to condom, which it is sold in convenient store makes opens door to more unwanted pregnancies STD’s and HIV.

Third, I must address that the education of proper use of condom shall not be taught among the youngsters. It mut be taught in manner which the couple is married. Because I do understand that it is a mechanism to family planning. Teaching it to the youngster is as if you are teaching them to not practice abstinence and practice sexually active lifestyle.

Abstinence is the key!

ANGKASA Johor

Penganjuran “TikTok Contest” Sangat Memalukan, Batalkan Segera

Baru-baru ini tular berkaitan sebuah video “Tiktok Contest” yang mana kelihatan kelibat seorang menteri dan bersama dua orang “influencer”. Video tersebut mempromosi pertandingan yang dianjurkan.

 

Dalam tempoh PKP yang dihadapi oleh rakyat ketika ini yang seharusnya dimanfaatkan sebaik mungkin, timbul pula suatu idea yang sangat memalukan daripada wakil kerajaan.

 

Adakah serendah itu pemikiran seorang menteri? Adakah tidak ada pertandingan lain yang boleh dianjurkan oleh kementerian? Apakah kementerian berbangga dengan usaha menarik minat anak muda dengan TikTok?

Generasi muda perlu diisi dengan perkara yang bermanfaat. Banyak perkara atau pertandingan yang bermanfaat yang boleh dilakukan oleh pihak kerajaan seperti berikut:

  1. Pertandingan menulis cerpen.
  2. Pertandingan menulis novel.
  3. Pertandingan menulis puisi.
  4. Pertandingan menulis rencana sempena Covid-19.
  5. Pertandingan menghasilkan poster.
  6. Pertandingan menghasilkan video yang bertemakan Covid-19.
  7. Pertandingan mencipta lirik lagu raya, lagu puasa, lagu kemerdekaan dan pelbagai lagi.
  8. Pertandingan inovasi dan reka cipta.
  9. Pertandingan individu yang paling banyak menghasilkan kit bantuan.

 

Hakikatnya pelbagai lagi pertandingan yang bermanfaat yang boleh dianjurkan untuk menarik minat anak muda untuk terus kekal di rumah. Mahu atau tidak mahu sahaja atau lebih memilih maksiat daripada kebenaran.

 

Oleh itu, saya mencadangkan agar menteri menarik semula dan membatalkan pertandingan yang memalukan itu. Bahkan bukan hanya membatalkan pertandingan tersebut tetapi mengharamkan terus aplikasi TikTok yang semakin menghancurkan anak muda.

 

Akhir sekali, saya mengharapkan para agamawan dalam kerajaan Perikatan Nasional bersuara dan menegakkan kebenaran dan tentanglah kebatilan yang ada.

Sekian.

 

“Sesungguhnya setiap agama memiliki akhlah, dan akhlak Islam adalah malu.” (Hadis Riwayat Ibnu Majah)

 

Sdr. Firdaus Hamdan

Setiausaha ANGKASA

ANGKASA: PATUHI GARIS PANDUAN KKM, JANGAN BUAT AKSI GIMIK

Merujuk kepada kenyataan Ketua Pengarah Kesihatan pada 31 Mac, beliau menyatakan bahawa terdapat sesetengah operasi nyah cemar yang tidak mengikut prosedur operasi piawai (SOP) yang digariskan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Walaupun tidak dinyatakan secara khusus oleh beliau, terdapat beberapa aktiviti dan operasi tertentu yang tular dan menjadi pertikaian orang ramai. Antaranya ialah aktiviti sanitasi awam oleh Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Zuraida Kamaruddin dan juga demonstrasi penggunaan dron bagi tujuan sanitasi bandaraya yang dikongsikan oleh Menteri Wilayah, Datuk Seri Annuar Musa di laman Twitter beliau.

Justeru, Angkatan Pemuda-Pemudi BERJASA (ANGKASA) menggesa supaya mana-mana pihak samada di peringkat kementerian atau mana-mana agensi di bawahnya yang terlibat secara langsung dalam menangani COVID-19 samada dalam aspek perancangan, pencegahan atau penguatkuasaan supaya mematuhi prosedur operasi piawai yang digariskan oleh KKM atau pihak berautoriti yang lain. Ini supaya sebarang usaha dan sumber yang digunakan benar-benar membawa manfaat bagi menghapuskan rantaian wabak COVID-19 dan tidak menjadi satu pembaziran khususnya di waktu-waktu getir ini.

ANGKASA juga mendesak supaya mana-mana pemimpin kerajaan, khususnya ahli politik agar jangan sesekali mengambil kesempatan dalam waktu ini untuk melakukan aktiviti-aktiviti yang bersifat gimik yang tidak betul-betul membawa manfaat kepada negara. Haruslah diingat bahawa rakyat sedang meneliti dengan rapat tindak tanduk kepimpinan baharu negara, dan sebarang salah laku akan diterjemah dalam bentuk protes rakyat di kertas undi.

Sekian, terima kasih.

Asyraf Badhrul
Ketua Penerangan
Angkatan Pemuda-Pemudi BERJASA (ANGKASA

Tahniah Pelajar SPM

ANGKASA mengucapkan jutaan tahniah kepada semua calon peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bagi tahun 2019 di atas pencapaian anda.

Selamat melangkah ke alam baru. Kejar peluang menimba ilmu dan membina kemahiran diri supaya anda dapat meneruskan agenda pembangunan negara.