Jawi juga agen perpaduan kaum

PUCHONG, 6 Jan- Baru-baru ini media telah melaporkan tentang sebuah bengkel mempelajari seni kaligrafi Cina kepada rakyat Malaysia yang dilihat sebagai salah satu cara untuk memupuk perpaduan kaum.

Perkara ini mendapat perhatian daripada Ketua Wanita Berjasa, Azizah Che Awang yang menyifatkan sebagai laporan berat sebelah.

“Mual rasanya tekak ni apabila media melaporkan yang kaligrafi cina ini sebagai salah satu daripada cara untuk memupuk perpaduan, sedangkan jawi juga mempunyai peranan yang sama tetapi tidak dihebahkan, “katanya.

Ujarnya, sekiranya rakyat Malaysia khususnya masyarakat Cina dan India boleh menerima tulisan kaligrafi Cina ini sebagai satu seni budaya masyarakat Cina yang boleh dipelajari, mengapa tidak dengan tulisan jawi.

“Tulisan Jawi juga merupakan sebahagian daripada sejarah Malaysia. Tidak salah untuk mempelajari tulisan jawi kerana kita adalah rakyat Malaysia.

“Pada masa yang sama tulisan jawi merupakan warisan negara yang sepatutnya dihormati individu yang mengaku diri rakyat Malaysia,” katanya yang merupakan bekas guru.

Satu negara satu sistem pendidikan

Pendidikan adalah elemen terpenting dalam pembinaan identiti sesebuah negara. Jika perpaduan adalah kunci kepada keamanan dan keharmonian sesebuah negara, maka pendidikan harus menjadi wahana untuk mencapai objektif tersebut. Apatahlagi untuk negara yang berbilang bangsa.

Malaysia secara umumnya memiliki tiga komposisi kaum yang utama; bangsa Melayu, kaum Cina dan kaum India. Untuk mencapai perpaduan, elemen terpenting iaitu pendidikan harus disatukan dan diselarikan, tidak perlu ada perbezaan.

Perkara paling asas, adalah menyatukan bahasa untuk semua. Sebab itu antara matlamat Dasar Pendidikan Kebangsaan adalah menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar yang utama selari seperti apa yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan Perkara 152.

Dasar sudah cantik, namun pelaksanaannya tempang. Pelaksanaan dasar ini sememangnya memerlukan keberanian dan kejujuran, selain semangat patriotisme dan taat setia yang tinggi terhadap negara.

Sudah tiba masanya untuk kita bertanya kembali di atas semangat taat setia pada tanah air tercinta ini, sampai bila kita harus memisah-misahkan anak-anak kita di bawah bumbung-bumbung yang berbeza, di sebalik dinding-dinding yang terpisah?

Sedarkah kita sedang kita mengharap Malaysia yang lebih harmoni, dalam masa yang sama, kita sedang mengajar generasi masa hadapan sejak umur mereka 7 tahun untuk belajar dan bermain di kelas dan padang yang berbeza-beza.

Wahai Abu, Ah Chong & Ravi, mengapa kita tidak boleh bersetuju untuk kita satukan anak-anak kita di bawah bumbung yang sama? Berkongsi dinding yang rapat bersatu? Bermain di padang yang sama?

Wahai Siti, Yin Yen & Rani, boleh kan jika kita letakkan anak-anak di sekolah yang sama? Siti dan Rani boleh belajar Mandarin dalam kelas Mandarin dan Yin Yen juga boleh belajar Tamil.

PIBG akan lebih diperkasa. Tan Sri Chong boleh bantu beri komputer yang kurang di sekolah, Datuk Samy boleh beri peruntukan untuk cat bangunan dan Pak Cik Talib boleh bantu beri wang untuk jamuan makan.

Saya hanya bebelkan beberapa situasi contoh yang berlaku dalam sekolah idaman buat generasi masa hadapan. Saya hanya bermimpikan sebuah negara tanpa ada pemisahan dalam sistem pendidikannya. Sama seperti negara jiran kita Singapura, Indonesia, Thailand, dan juga seluruh negara lain yang hanya punya satu sistem pendidikan, untuk semua.

 

Hazwan Mohamad

Ketua Penerangan Berjasa Pusat

5 Januari 2020

Pengecualian visa pelancong China dan India undang risiko

PUCHONG, 31 Dis- Langkah kerajaan memberi pengecualian visa selama setahun mulai tahun depan kepada pelancong dari China dan India dilihat akan memberikan banyak risiko kepada negara berbanding kelebihan.

Menurut Timbalan Presiden Berjasa, Ustaz Hamidi bin Abu Hassan,  perkara ini akan memberi risiko keselamatan dalam negara seperti pelancong akan tinggal lebih lama (overstay), jenayah domestik dan risiko jenayah cross-border (penyeludupan).

Bahkan, katanya risiko yang paling besar adalah, pelancong yang tak balik ke negara mereka dan guna pelbagai helah untuk menetap di Malaysia, dengan perlindungan atau kerjasama daripada Cina di Malaysia.

Beliau juga mempersoalkan langkah-langkah keselamatan yang diambil oleh kerajaan bagi menangi risiko yang bakal berlaku ini.

“Saya ingin bertanya kepada kerajaan apakah ada langkah-langkah yang dibuat untuk mengatasi semua risiko yang ada ini?

“Memandangkan sistem yang dibuat juga sangat mudah bagi pelacong India dan Cina ini untuk masuk ke dalam negara kita,” katanya ketika dihubungi.

Mengikut laporan media, pelancong dari China dan India hanya perlu berdaftar dalam sistem pendaftaran dan maklumat perjalanan elektronik, secara sendiri atau melalui agensi pelancongan yang berdaftar dengan pejabat perwakilan Malaysia di China atau India.

PERUTUSAN TAHUN BARU 2020 PRESIDEN BERJASA

1. Alhamdulillah, kita telah memasuki tahun baru 2020 dan kita berdoa semoga Allah swt merahmati dan memberi pertunjuk kepada kita semua untuk menempuh kehidupan ini dengan iman dan taqwa serta membawa kebahagiaan dan kemakmuran.

2. Kepada semua orang Islam, marilah kita menanam azam yang kuat untuk membangunkan peradaban kita sendiri yang berasaskan tauhid sebagai alternatif menggantikan tamadun materialistik dan atheism. Dengan terbentuknya peradaban sebegini, ia akan membawa kemakmuran dan kebahagiaan kepada semua.

3. Walaupun kita faham dan sedar wujudnya musuh dan anasir-anasir yang sentiasa berusaha melemah dan memecahkan kesatuan kita, kita tidak ada pilihan melainkan dengan memperkuatkan jati diri, membangunkan ekonomi dan menumpukan pendidikan anak bangsa kita sebagai persiapan bagi menghadapi apa jua kemungkinan.

4. Memasuki gerbang tahun 2020 sepatutnya menjadikan kita lebih bersemangat, berusaha untuk mengembalikan kekuatan dan dominasi politik dan pemerintahan orang Islam demi kelangsungan agenda besar umat Islam sebagai khalifah yang diamanahkan oleh Allah swt. Keadaan umat di tanahair selepas PRU14 yang berdepan dengan cabaran dan ancaman yang menggugat keutuhan identiti negara, memerlukan kita untuk bangkit dan membina kesepakatan dalam semangat ukhuwah atau persaudaraan yang sebenar.

5. Kepada semua rakyat Malaysia, marilah kita semua berusaha membangunkan negara dengan bersungguh-sungguh ke arah sebuah negara yang aman, damai dan harmoni. Ini dapat dicapai jika kita semua memahami sejarah tanahair, menghormati, mengiktiraf hak dan kepentingan masing-masing berlandaskan perlembagaan negara kita.

6. Akhir sekali, kepada kerajaan yang memerintah sekarang, kotakanlah segala janji-janji yang telah dibuat demi kesejahteraan dan kebahagiaan rakyat. Bertindaklah sebagai sebuah kerajaan yang berintegriti dan kompeten; bukan bercakaran sesama sendiri dan sentiasa berdalih dengan menyalahkan pemerintahan kerajaan sebelum ini. Sekiranya ini tidak dapat dilakukan, lebih baik bubarkan parlimen dan kembalikan mandat kepada rakyat.

Dato’ Ir Dr Badhrulhisham Abdul Aziz
Presiden Parti Berjasa
1 hb Januari, 2020

Parti Melayu perlu bentuk kerjasama lebih utuh

Saya merujuk kenyataan yang dikeluarkan oleh Nasruddin Hassan At Tantawi melalui hantaran Facebook & Twitter beliau yang melontarkan cadangan agar Muafakat Nasional (MN), menggantikan MCA dengan Parti Cina Malaysia.

Pertama sekali saya ingin mengucapkan jutaan tahniah kepada kakanda saya daripada parti PAS yang berjiwa besar untuk mengeluarkan kenyataan dan pandangan terhadap kelancangan parti MCA dalam isu yang mencengkam mutakhir ini.

Melalui hantaran itu, terzahir sedikit kekesalan terhadap tindak tanduk parti MCA yang mendapat sokongan padu pimpinan PAS ketika PRK Tanjung Piai yang lalu. Saya yakin, kekesalan itu turut dirasai segenap lapisan masyarakat Melayu yang melihat pendirian parti MCA yang lebih cenderung kepada pendirian parti rasis dan cauvinis DAP.

Tambah kekesalan lagi tatkala pendirian parti MCA ini tampak jelas kelihatan lagi setelah parti itu memenangi kerusi Parlimen Tanjung Piai yang merupakan hasil undian majoriti pengundi Melayu. Penambahan satu kerusi Parlimen buat MCA menjadi lebih kuat, diharapkan dapat mewakili majoriti pengundi Melayu, namun yang berlaku adalah sebaliknya.

BERJASA berpendapat, dalam menghadapi Pilihanraya Umum ke-15 nanti, adalah lebih baik sekiranya parti-parti Melayu membentuk kerjasama yang lebih utuh terlebih dahulu. Manakala kerjasama dengan parti-parti kaum lain diadakan selepasnya bagi memastikan dominasi politik Melayu dalam kerajaan baharu terbentuk selepas PRU-15.

BERJASA ingin menegaskan bahawa kemampanan ekonomi dan pembaikan sosial Malaysia bergantung kepada kestabilan politik orang Melayu & Islam yang menjadi tunjang kepada identiti sebuah negara bernama Malaysia sejak sekian lama.

BERJASA juga ingin menyeru agar seluruh rakyat Malaysia agar memberi peluang kepada pemimpin-pemimpin baru dan segar untuk mengemudi bahtera kepimpinan Malaysia. Sudah tiba masanya, Malaysia tidak lagi berpaut pada tokoh-tokoh politik lama yang memikul beban kecurangan integriti.

Yang Ikhlas,
Hazwan Mohamad,
Ketua Penerangan BERJASA
28 Disember 2019

MCA pijak kepala orang Melayu sebagai tangga ke Parlimen

Apa tidaknya, MCA tidak akan berjaya ke parlimen kalau calon mereka bertanding dikawasan majoriti bukan melayu. Awal awal lagi calon mca akan dibaham oleh calon DAP dan nasib baik ada pengundi Melayu dikawasan tersebut dapat juga jumlah undi yang banyak walaupun tetap kalah.

PRK Tg. Piai merupakan bukti yang masih panas lagi. Baru saja melangkah ke parlimen tetapi sudah berani melaungkan bantahan agenda dakwah di ipt, membantah tulisan jawi dan macam macam lagi yang disuarakannya senada dengan DAP parti tamak haloba. Langsung tidak segan silu kepada UMNO dan PAS yang telah membantu bermati matian semasa PRK Tg. Piai baru baru ini.

Agaknya MCA ni sengaja nak jadi hero kepada bangsa cina supaya pengundi cina dikawasan majoriti melayu tempat dia bertanding akan menyokong MCA. Apa nak dirisaukan dengan undi orang Melayu walaupun orang Melayu adalah majoriti, nanti apabila sudah sampai masa hendak PRU15 buatlah janji janji manis, umrah percuma atau sekurang kurangnya buat program mengecat pintu pagar masjid, maka berduyun duyunlah orang Melayu pakat mengundi calon MCA.

Cukup cukuplah MCA pijak kepala orang melayu. Selepas ini jangan sanggup lagi mana mana parti memberikan laluan kepada MCA untuk bertanding dikawasan majoriti melayu, minta saja dia bertanding di kawasan majoriti bukan melayu kerana disitu sebenarnya tempat mca untuk jatuh bangun dalam arena politik.

Selama ini orang Melayulah yang bermatian memenangkan calon MCA untuk ke parlimen, tetapi lihatlah selamba sahaja MCA pijak kepala orang melayu setelah bergelar YB, satupun tidak ada suaranya dalam mempertahankan hak orang Melayu pabila dap parti tamak haloba mempertikaikan hak orang Melayu.

Ustaz Hj. Zamani Ibrahim

Pengerusi Badan Perhubungan Berjasa Negeri Sembilan

Ketua Wanita Berjasa –Aplikasi Sugarbooks bakal datangkan implikasi buruk

PUCHONG, 19 Dis –Ketua Wanita Berjasa, Azizah Binti Che Awang hari ini mendesak supaya kerajaan mengharamkan terus aplikasi  Sugarbook kerana dikuatiri mendatangkan implikasi buruk pada masa akan datang.

Ujarnya aplikasi tersebut bakal memberi kesan  seperti penceraian, perbalahan suami isteri bahkan berlakunya zina berleluasa.

Hal ini disebabkan, boleh berlakunya perhubungan antara suami orang dan juga janda.

Dalam satu kenyataan pengasas Sugarbook, Darren Chan mempertahankan  aplikasi tersebut yang disifatkan sebagai platform untuk memperkasakan wanita yang bercerai, janda, surirumah dan ibu tunggal untuk ‘memilih’ hubungan yang ideal tanpa perlu menelitinya.

“Walaupun pemilik kepada aplikasi ini menafikan ianya bukan untuk tujuan pelacuran tetapi , secara tidak langsung ianya akan menjurus kepada perbuatan maksiat dikemudian hari.

“Justeru itu sebelum perkara buruk berlaku, lebih baiklah ianya diharamkan terus,” katanya ketika dihubungi.

Semalam, Pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) telah mengarahkan sruktur papan iklan luar LED Sugarbook di Bangsar dan Bukit Kiara diturunkan serta-merta kerana kandungan iklan yang bersifat sensitif dan bersifat lucah.

KENYATAAN MEDIA BERJASA : HIMPUNAN DONG JIAO ZONG MEMUSUHI IDENTITI NEGARA

Pertubuhan rasis dan cauvinis Dong Zong telah mengumumkan sebuah himpunan membantah silibus buku teks Bahasa Melayu yang memasukkan 3 muka surat memperkenalkan Tulisan Jawi untuk diajar di sekolah-sekolah yang dijadualkan berlangsung pada 28 Disember 2019 nanti.

BERJASA memandang serius objektif penganjuran ini. Himpunan ini bersifat memusuhi identiti tanah air tercinta Malaysia.

Tulisan Jawi merupakan tulisan yang diiktiraf Akta Bahasa Kebangsaan 1963 pindaan 1967 yang jelas memperuntukkan bahawa tulisan bagi bahasa kebangsaan adalah tulisan rumi dan tidak melarang sama sekali tulisan Jawi untuk digunakan.

Tindakan bersifat memusuhi identiti negara merupakan satu tindakan yang tidak boleh diterima majoriti rakyat Malaysia. Kerajaan seharusnya bertindak tegas dengan menghalang segala usaha yang cuba mempromosi kebiadapan terhadap identiti negara seterusnya mencacatkan semangat patriotisme dalam kalangan rakyat Malaysia.

BERJASA menyeru semua rakyat Malaysia untuk memahami dengan lebih mendalam citra identiti negara Malaysia yang mencerminkan watan tanah air yang merdeka. Kembalilah mendukung semangat Perlembagaan Persekutuan yang sebenar.

Hazwan Mohamad,
Ketua Penerangan BERJASA Pusat.
22 Disember 2019

Pilihanraya PBT adalah agenda DAP mengecilkan kuasa Melayu

Setelah kuasa ekonomi semakin kukuh dalam genggaman cina, kini DAP ingin melangkah setapak lagi untuk menguasai tanah kita. Kepuasan melalui kekuatan ekonomi ditangan cina belum lagi nampak, maka sebab itu DAP semakin rakus dan buat apa sahaja demi agenda bangsa cina di tanah kita.

MP melayu pula tidak terasa tidak bermaruah pabila masih terhegeh hegeh mengharapkan sokongan dan dokongan bukan melayu untuk kelangsungan periuk nasi politik mereka. Tidak kiralah samada MP dipihak kerajaan mahupun pembangkang.

Saya Pengerusi Badan Perhubungan BERJASA N. Sembilan berpandangan bahawa semua MP melayu muslim mesti sedar akan strategi DAP ini, walaupun kalian semua dibelah dua satunya menjadi pihak kerajaan dan yang satu lagi pembangkang, namun demi maruah bangsa, tanah air lebih lebih lagi untuk agama, maka sedarlah kalian MP semua bahawa kuasa bangsa melayu sedang dihakis oleh agenda DAP melalui agenda pilihanraya PBT.

Tanah adalah kuasa, tergadainya tanah maka tergadainya kuasa. Kini kuasa membeli tanah adalah sangat tinggi oleh bangsa cina, ditambah lagi kecenderungan yang tinggi dari bangsa melayu untuk menjual tanah kepada bukan melayu.

Akhirnya, kuasa ekonomi bukan dalam tangan orang melayu, semua bandar dikuasai nanti oleh bukan melayu. MP2 melayu pula terlalu yakin dengan parti2 dari kaum cina untuk kelangsungan politik periuk nasi mereka dan keinginan orang melayu untuk menjual tanah kepada cina semakin tinggi seolah olah biar kuasa hilang asalkan duit dapat digenggam. Kalaulah ini sudah berlaku apa lagi makna maruah bangsa melayu di tanah melayu ini.

Oleh :

Ustaz Hj. Zamani Ibrahim

Pengerusi Badan Perhubungan Berjasa Negeri Sembilan

KENYATAAN MEDIA BERJASA : PERGERAKAN PEMUDA BERJASA MENYELAR PERBUATAN MENGAJAR NYANYIAN LAGU NEGARAKU DALAM BAHASA MANDARIN

KENYATAAN MEDIA

PERGERAKAN PEMUDA BERJASA MENYELAR PERBUATAN MENGAJAR NYANYIAN LAGU NEGARAKU DALAM BAHASA MANDARIN

1. Pergerakan Pemuda BERJASA menyelar perbuatan mengajar pelajar-pelajar di sekolah rendah menyanyikan lagu kebangsaan lagu Negaraku dengan menggunakan bahasa asing bukan menggunakan bahasa kebangsaan bahasa Melayu.

2. Perbuatan menyanyikan lagu Negaraku dengan alih bahasa sepenuhnya dalam bahasa Mandarin adalah satu perbuatan yang tidak wajar dan mencalar maruah Lagu Kebangsaan.

3. Seperti yang tertulis di dalam Akta Lagu Kebangsaan 1968, lagu kebangsaan versi penuh ataupun versi Diraja yang boleh dinyanyikan di sekolah atas tujuan pembelajaran kepada para pelajar.

4. Pergerakan Pemuda BERJASA menggesa agar pihak berkuasa membuat siasatan terhadap sebaran video tersebut dan mengenakan tindakan undang-undang ke atas pelaku yang bertanggungjawab mengajar para pelajar menyanyikan lagu kebangsaan dalam alih bahasa mandarin sepenuhnya dengan kadar segera.

5. Pergerakan Pemuda BERJASA menyeru kepada seluruh rakyat Malaysia agar menghormati lagu kebangsaan dan menghormati sensitiviti rakyat Malaysia yang cintakan keamanan. Segala kegiatan yang mencabar keabsahan dan juga martabat lagu kebangsaan dan apa-apa peruntukan dalam Perlembagaan tentang keistimewaan orang Melayu dan bumiputera, kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan Islam sebagai Agama Persekutuan perlembagaan perlu dihentikan dengan serta merta.

Iqbal Hakim bin Abdul Razak
Ketua pemuda
Pergerakan Pemuda berjasa