KENYATAAN MEDIA BERJASA : BERJASA DESAK KDN SIASAT SEGERA HIMPUNAN PENYOKONG KOMUNIS

BERJASA memandang serius sebuah perhimpunan terbuka yang diadakan di Kolej Universiti New Era yang menghimpunkan lebih kurang 300 orang penyokong ideologi komunis.

Berselindung disebalik nama ‘Memperingati Ulang Tahun ke-30 Penandatangan Perjanjian Damai Hatyai’ namun objektif disebalik himpunan itu adalah jelas untuk mengangkat naratif salah komunis dalam sejarah kemerdekaan negara.

Kementerian Dalam Negeri (KDN) perlu segera menjalankan siasatan dengan tegas dan berani terhadap bekas pengganas komunis Tan Yi Yu yang menyatakan bahawa para pengganas komunis adalah pejuang kemerdekaan, demokrasi, kebebasan dan keamanan.

Kehadiran Ahli Jawatankuasa Pusat DAP, Ronnie Liu juga adalah sesuatu yang menjengkelkan. Kehadiran Liu mengesahkan wujud saki baki pemimpin yang berideologi komunis dalam DAP.

BERJASA mendesak Menteri KDN, TS Muhyiddin Mohd Yassin agar segera menyiasat dan mengambil tindakan terhadap penganjur himpunan ini termasuklah menyiasat kewujudan gerakan kebangkitan ideologi komunis di negara ini.

Sekian.

Hazwan Mohamad,
Ketua Penerangan BERJASA Pusat.
1 Disember 2019

DAP, MCA & Gerakan hormatilah Perlembagaan Persekutuan

September lalu, parti Gerakan telah memfailkan saman terhadap kerajaan Pusat untuk mencabar keputusan kerajaan yang mahu melaksanakan pembelajaran tulisan Jawi di sekolah vernakular.

Keputusann Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi Amarjit Serjit Singh menegaskan bahawa pelaksanaan kelas Jawi di sekolah Cina dan Tamil di seluruh negara adalah tidak bertentangan dengan semangat Akta Bahasa Kebangsaan 1963/1967 dan peruntukan di bawah Perlembagaan Persekutuan.

Jawi, adalah sebahagian daripada Bahasa Malaysia yang merupakan bahasa kebangsaan negara Malaysia.

Walaubagaimanapun, seperti kebiasaanya, DAP, MCA & Gerakan tidak berdiam diri. Semakin hari, semakin kuat usaha mereka dalam memastikan agenda mereka tercapai. DAP mendesak dari dalam kerajaan, MCA mendesak dari dalam blok pembangkang, begitu juga dengan parti Gerakan.

Tampak senada, seia dan sekata dalam isu yang menyentuh agenda kepentingan kaum Cina sekalipun agenda tersebut bertentangan dengan isi dan semangat Perlembagaan Persekutuan itu sendiri. Sampai bila parti-parti ini mahu memainkan sentimen anti semangat Perlembagaan?

Justeru itu, dengan penuh ketegasan dan prinsip, parti BERJASA menyeru agar DAP, MCA & Gerakan, agar menghentikan segera tindakan rasis melampau ini.

Kembalilah kepada kefahaman sebenar tentang kontrak sosial yang pernah nenek moyang kalian persetujui dan tandatangani.

Hormatilah Perlembagaan Persekutuan yang menjadi tunjang kepada negara yang sedang kita bangunkan bersama ini.

Hazwan Mohamad,

Ketua Penerangan BERJASA Pusat.

DAP, Peguam Negara jangan kacau siasatan kes abu mayat Chin Peng !

BANGI, 2 Rabiulakhir 1441H, Jumaat – Pemuda Parti Barisan Jemaah Islamiah Se-Malaysia (Berjasa) menggesa Peguam Negara, Tan Sri Tommy Thomas tidak melibatkan diri dalam siasatan kes abu mayat bekas pemimpin Parti Komunis Malaya (PKM), Chin Peng.

Ketuanya, Iqbal Hakim Abdul Razak berkata, perkara ini bagi menjamin integriti dan kewibawaan Pejabat Peguam Negara yang saban hari menerima imej buruk akibat kepincangan Tommy melaksanakan tanggungjawabnya.

Beliau berkata, sekiranya Tommy enggan berbuat demikian maka Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad wajar mengambil tindakan menasihati Yang di-Pertuan Agong supaya digantikan jawatan beliau kepada individu yang lebih berwibawa.

Pada masa sama, beliau turut menggesa pihak berwajib supaya berjaga-jaga dan membuat siasatan terhadap kumpulan yang menyeludup masuk abu mayat Chin Peng serta pihak yang menyokong mereka.

“Tahniah diucapkan kepada PDRM (Polis Diraja Malaysia) atas usaha tangkas mereka mengambil tindakan selepas terdedahnya kes penyeludupan abu mayat Chin Peng. Semoga pihak PDRM dapat melaksanakan tugas mereka dengan saksama.

“Selain itu, tangan-tangan luar terutamanya dari ahli politik khususnya DAP yang menguasai kerajaan wajar dijauhkan daripada mempengaruhi siasatan pihak polis. Berikan ruang kepada pihak berwajib melaksanakan tanggungjawab mereka untuk keamanan negara,” katanya ketika dihubungi Ismaweb, hari ini.

Media sebelum ini melaporkan abu mayat Chin Peng atau nama sebenarnya Ong Boon Hua telah dibawa masuk ke Malaysia pada 16 September lalu dan ditabur ke laut berhampiran Lumut, Perak dan di hutan banjaran Titiwangsa tanpa sebarang tugu atau jirat.

Abu mayat bekas pemimpin PKM itu dilaporkan dibawa ke Ipoh, Perak pada 16 September lalu dan satu majlis peringatan dihadiri 150 individu diadakan pada hari sama.

Dalam perkembangan sama, Iqbal Hakim hairan, apabila ada pihak yang memandang remeh abu mayat bekas pemimpin komunis itu dibawa masuk ke Malaysia.

Katanya, isu yang cuba dipandang remeh oleh sesetengah pihak ini perlu dinilai kembali kerana dengan kejayaan menyeludup masuk abu mayat ke dalam negara, tidak mustahil perkara ini membawa bersama agenda perjuangan Chin Peng suatu ketika dahulu.

“Ada yang mengatakan abu mayat itu sekadar abu mayat. Maka, tidak perlu diperbesarkan isunya. Maka, mengapa perlu sehingga ada usaha gigih untuk membawa masuk abu tersebut ke dalam negara?

“Apa bezanya sekiranya abu mayat itu dibiarkan sahaja berada di tempat asalnya dan berbanding di bawa masuk ke dalam negara?,” soal beliau.

Isu UEC: ‘Menang Sorak Kampung Tergadai’

Wanita Berjasa menyelar tindakan YB Jeck Seng yang memenangi PRK Tanjung Piai baru-baru ini kerana telah terang-terang tidak sabar menuntut komitmen kerajaan PH terhadap laporan akhir kajian pengiktirafan dan implementasi UEC.

Kenapa YB MCA beriya-iya benar mengangkat isu ini ke parlimen sedangkan banyak lagi isu rakyat di Tanjung Piai yang merupakan isu nasional juga seperti isu dadah, pengangguran, kos sara hidup dan lain-lain.

Kenapa tidak biarkan sahaja parti cauvinis DAP dan pertubuhan Dong Zhong yang ‘melalak’ dalam isu UEC? Apa agenda MCA untuk turut serta ‘meroyan’?

Sebelum menang PRK , tidak begitu kedengaran desakan yang terang-terang tentang status laporan UEC daripada MCA. Mengapa sekarang lain pula rentaknya?

Inilah akibatnya apabila memilih pemimpin sebegini. Menang sorak kampung tergadai. Bolehkah pengundi Melayu Tanjung Piai meletakkan harapan ke atas YB Jeck Seng di dalam memperjuangkan nasib mereka. Sedangkan baru jejak kaki ke parlimen, sudah mula menjadi hero pembela kaum sendiri membelakangkan kelompok majoriti.

Bayangkan jika UEC yang tidak mengikut dasar pendidikan negara diktiraf dan digunapakai untuk kemasukan ke institut pengajian tinggi (IPT) diluluskan. Ia sama sekali adalah tindakan yang tidak adil kepada pelajar lepasan SPM dan STPM aliran kebangsaan.

Apakah kelebihan UEC berbanding SPM dan STPM sedangkan umum mengetahui sekolah persendirian cina memilih untuk tidak berada dalam sistem pendidikan negara sedari awal.

Bijaknya kaum cina berpolitik dalam memperjuangkan kepentingan kaum mereka sedangkan bangsa melayu masih taksub dengan blok kepartian bukan memilih pemimpin yang berwibawa, jujur, amanah dan berintegriti yang mampu membela nasib mereka.

Buruk baik di tangan kita,
Anak cucu terpelihara,
Berbaik berpada-berpada,
Jangan cacing naik ke mata.

PUAN HAJJAH AZIZAH BT CHE AWANG
KETUA WANITA BERJASA

UEC dan politik licik orang Cina

Bijak politik orang Cina, mereka memangkah dengan strategi.

Walau sesiapa pun yang bertanding, mesti ‘ikut’ cakap mereka.

Ketika mereka memangkah BN di Tanjung Piai, mereka tahu yang mereka perlu menghantar wakil mereka yang paling berani untuk perjuangkan agenda mereka.

Ketika mereka menghumban BN di PRU-14 dengan memangkah DAP, mereka tahu bahawa keberanian abadi untuk memperjuangkan agenda mereka ada bersama wakil DAP.

Sedang kita, masih lagi malu alah untuk menyeru orang Melayu Islam memangkah dan menghantar wakil orang kita sendiri hatta di kawasan majoriti pengundi orang Melayu sendiri.

Malah masih ada yang mendabik dada, katanya apalah sangat dengan dua kerusi mereka dalam Parlimen. Bukan boleh buat apa pun kata mereka.

Begitu naifnya politik orang kita. Gagal melihat neraca pertimbangan yang lebih besar.

Sehingga seringkali bukan orang lain yang melabel kita rasis, tetapi orang kita sendiri. Hanya kerana kita menyeru untuk dihantar orang kita ke Parlimen agar dapat membawa kestabilan politik orang Melayu Islam yang akhirnya akan membawa kesejahteraan kepada semua kaum di Malaysia.

Perjuangan UEC ini dahulu ketika MCA menjadi kerajaan sedikit demi sedikit diiktiraf, DAP tidak puas hati kerana tamak mahukan lebih lagi untuk kaum Cina. Dari blok pembangkang DAP henyak MCA agar lebih berani. Kini, bila DAP dalam kerajaan, MCA pula berlawan siapa lagi berani. Alang-alang menyeluk pekasam katanya biar UEC menongkat tinggi di tanah Malaysia.

Sedangkan UEC adalah musuh kepada sistem pendidikan negara. UEC adalah double standard kepada bangsa Melayu dan kaum selain Cina juga.

Berdukacitalah duhai pejuang permuafakatan, kini satu persatu, akan terbukti.

Ketika kita mengharap mereka membalun tindakan keji dalang yang membawa abu petualang Chin Peng masuk ke Malaysia, ketika kita mengharap mereka mengeji perbuatan biadab menghina jalur gemilang, semuanya tinggal harapan sahaja.

Kerana mereka punya agenda yang lebih besar. Mereka bersatu walaupun agenda yang jelas mengetepikan kepentingan nasional.

Berdukacitalah wahai perjuang permuafakatan. Semoga kita belajar, belajar dan belajar dari kesilapan.

HAZWAN MOHAMAD
Ketua Penerangan BERJASA Pusat
29 September 2019

Apakah jangka masa Kerajaan mengiktiraf UEC sekiranya laporan Pasukan Petugas Dasar Unified Examination Certificate diserahkan menjelang akhir tahun ini sepertimana yang dinyatakan oleh YB Menteri Pendidikan?• Adakah Kerajaan akan menjamin bahawa pengiktirafan UEC oleh Kerajaan tidak akan mengubah asas-asa dan intipati sistem peperiksaan sijil UEC dan bahawa ianya akan terus dikendalikan oleh Dong Jiao Zong?询问教育部一旦独中统考特别委员会报告今年内出炉后,政府打算什么时候承认独中统考,兑现大选宣言?若政府承认统考文凭,现有由董教总管理的模式会否改变?而政府承认独中统考的主要绊脚石是什么?有何对策以消除部分人士对统考文凭的误解?

Posted by Wee Jeck Seng 黄日昇 on Khamis, 28 November 2019

Isu Chin Peng: Usaha runtuh hegemoni orang Melayu

KOMUNISME dari sudut falsafahnya memang menolak agama; agama itu ‘candu’.

Orang Melayu tak perlu hadir kelas mengenai ideologi komunisme, untuk menolak komunis.

Ini kerana kepercayaan bahawa komunis itu jahat dan bahaya disemai dan ditanam ke dalam hati sanubari orang Melayu melalui kaedah kuasa pengaruh persuasif (hegemoni) Melayu oleh kerajaan dominasi Melayu sebelum ini.

Pengalaman pahit ketika era keganasan komunis dulu telah diceritakan oleh kerajaan terdahulu melalui pelbagai medium; silibus sejarah, dokumentari filem negara, filem, drama Melayu dan lain-lain. Selain itu, penyebaran cerita jahatnya komunis berlaku melalui institusi keluarga Melayu, turun-temurun.

Cerita melalui agensi kerajaan dan melalui kaedah organik institusi keluarga Melayu ini, membentuk cara fikir rakyat yang menolak komunis. Anggapan dan kepercayaan komunis itu jahat dan bahaya adalah salah satu ramuan dalam hegemoni (pengaruh persuasif) Melayu di tanah berdaulat ini.

Hegemoni ini dikawal sepenuhnya oleh pihak yang dominan, iaitu yang berkuasa. Mudah cakap, puak DAP yang dominan dan berkuasa sekarang menggerakkan kaum Cina untuk menyemai hegemoni (kuasa pengaruh persuasif) Cina yang mesra komunis dan dalam masa yang sama berusaha untuk meruntuhkan hegemoni Melayu yang antikomunis.

Pihak yang dominan ada kuasa, sama ada untuk memobilisasi segala sumber untuk menyemai hegemoni pro komunis atau untuk tidak mengambil tindakan ke atas segala perlakuan pro komunis oleh ‘orang perseorangan’ (yang kemungkinan besar dirancang)

Usaha ini akan berterusan, selagi DAP (dan MCA di satu pihak lagi) kekal dominan dalam kerajaan yang memerintah, sehinggalah satu hari nanti generasi orang Melayu yang merupakan penduduk asal dan majoriti ini mempunyai pendirian neutral terhadap komunis dan komunisme.

Isu abu mayat Chin Peng hanyalah satu daripada jutaan usaha yang mereka lakukan untuk meruntuh hegemoni Melayu dan memacak hegemoni Cina. Dan ini bukan isu abu mayat wahai Tan Sri Annuar Musa, yang tidak melanggar mana-mana undang-undang. Jangan jadi naif, tertipu dalam tempurung kepartian, demi menjaga hati MCA.

Ustaz Hazizi Abdul Rahman
Naib Presiden Barisan Jemaah Islamiah Se-Malaysia (Berjasa)

Hina bendera Malaysia boleh dihukum

PUCHONG, 26 Nov- Naib ketua Pemuda Berjasa Mohd Azriq Rosman harini menyelar sikap sambil lewa Persatuan Bola Keranjang Malaysia (Malaysia Basketball Association atau MABA) berikutan kesalahan paparan bendera Malaysia sewaktu acara pembukaan Kejohanan Bola Keranjang Milo Lum Mun Chak ke 28 malam tadi.

“Isu ini bukan perkara yang main-main dan terpencil kerana ianya boleh dianggap sebagai menghina Malaysia,” katanya disini.

Semalam tular sebuah video berdurasi 1minit 42 saat di Facebook yang memaparkan benndera Malaysia yang mempunyai 5 bucu bintang sahaja semasa menyanjukan lagu Negaraku.

Tambahnya, bendera adalah identiti sesebuah negara, perbuatan mengubah dan memperlakukannya secara tidak wajar adalah satu perbuatan biadab dan sebagai menghasut.

Ujarnya lagi, kerajaan harus kuat kuasakan (Akta A1525) Akta lambang dan nama yang membolehkan seseorang itu didapati bersalah sekiranya menghina identiti negara supaya menjadi pengajaran kepada masyarakat awam.

MB Perak jangan tunduk dengan desakan DAP

IPOH, 26 Nov- “Menteri Besar Perak (Ahmad Faizal Azumu) jangan sesekali tunduk dengan desakan DAP Perak yang semakin hari makin rakus menuntut yang bukan hak mereka,” kata Ustaz Shaharuzaman Bistaman Pengerusi Perhubungan Berjasa Negeri Perak.

Beliau ketika dihubungi berkata, ADUN DAP Perak sudah beberapa kali mendesak Menteri Besar Perak supaya memberikan status 999 tahun atau hak milik tetap kepada pajakan tanah di kampung-kampung baru Cina di negeri itu, sedangkan ianya bercanggah dengan Perkara 91 (5) Perlembagaan Persekutuan.

Merujuk kepada kenyataan media kelmarin, Pengerusi DAP Perak, Nga Kor Ming menuntut janji pemberian hak milik kekal tanah kampung baru terhadap orang Cina seperti yang termaktub dalam Manifesto pilihanraya Pakatan Harapan (PH) semasa PRU-14 yang lalu.

Katanya lagi, sikap ini jelas menunjukkan yang sikap semulajadi DAP yang sangat konsisten dalam memperjuangkan agenda kaum Cina di Perak.

“Kalau betullah mereka (DAP Perak) menuntut janji manifesto kenapa tidak dituntut janji-janji yang lain?

“Ini jelas menunjukkan mereka hanya mementingkan hak mereka sahaja,” katanya lagi.

Beliau juga melihat yang MB Perak bersungguh dalam mempertahankan desakan tersebut dan menasihatkan agar jangan sesekali tunduk dengan permintaan yang bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan.

 

 

 

Kerajaan ikut ‘telunjuk’ kapitalis arak

BANGI, 27 Rabiulawal 1441H, Ahad – Kerajaan rasis Pakatan Harapan (PH) sememangnya tidak berani untuk menyuarakan hal berkenaan industri arak yang dikuasai oleh kapitalis besar.

Ketua Penerangan Barisan Jemaah Islamiah Se-Malaysia (Berjasa), Hazwan Mohamad mendakwa, ketidakberanian itu timbul berikutan minuman memabukkan berkenaan adalah penyumbang cukai ketiga terbesar di negara ini.

“Itu belum kira kemungkinan wujud taikun-taikun ini yang merupakan penyumbang terhadap kempen-kempen ketika pilihan raya umum,” katanya ketika dihubungi Ismaweb.net, hari ini.

Terdahulu, Exco Kerajaan Tempatan, Pengangkutan Awam dan Pembangunan Kampung Baru negeri Selangor, Ng Sze Han berkata, tiada peraturan melarang orang ramai minum arak di tempat awam.

Beliau menegaskan, peraturan itu sukar dilaksanakan kecuali terdapat peruntukan undang-undang khusus berhubung perkara itu di peringkat Persekutuan atau negeri.

Lantara itu Hazwan menegaskan, kerajaan tidak akan mampu menegakkan syariat Islam walaupun di dalam negara Islam sendiri, jika tiada keberanian bersuara ke atas sikap tamak haloba kapitalis arak.

“Apatah lagi dalam keadaan sekarang, di mana dari segi dominasi politiknya Melayu Islam sudah tidak lagi dominan.

“Jadi, orang Melayu perlu bersepakat untuk hantar lebih ramai lagi ahli Parlimen Melayu yang berwibawa, yang juga bebas dari segala unsur keterikatan pada mana-mana pihak,” katanya.-Ismaweb

KENYATAAN MEDIA BERJASA BERKENAAN PENAHANAN SERAMAI 680 WARGA CHINA

 

KENYATAAN MEDIA

BERKENAAN PENAHANAN SERAMAI 680 WARGA CHINA

Berjasa memandang serius mengenai penahanan 680 warga China tanpa miliki dokumen perjalanan sah semalam di Cyberjaya.

Berjasa mengucapkan tahniah kepada Jabatan Imigrisen Malaysia(JIM) yang menjalankan operasi tersebut dengan jayanya.

Satu siasatan yang menyeluruh oleh semua agensi penguatkuasa berkaitan penangkapan ini terutama sekali perkara bagaimana begitu ramai warga China boleh membolosi masuk negara kita tanpa dokumen yang sah. Bagaimana juga sebuah operasi kegiatan haram boleh berjalan tanpa dikesan oleh pihak berkuasa.

Tindakan tegas perlu diambil agar kegiatan seperti ini tidak akan berlaku pada masa akan datang yang boleh menjejaskan keselamatan negara. Syarat-syarat ketat memasukki pintu masuk negara mesti dikuatkuasakan agar kemasukan warga asing yang mencurigakan boleh dibenteras.

 

DATO’ Ir. Ts. Dr BADHRULHISHAM ABDUL AZIZ, F.A.Sc

Presiden BERJASA

22 November 2019