BERJASA terbuka demi kepentingan politik Melayu Islam

Johor Bahru, 15 Nov – Parti BERJASA Negeri Johor hari ini mengadakan lawatan ke Pejabat Parti Pribumi Bersatu Malaysia(BERSATU) Negeri Johor yang bertempat di Kempas Utama.

Delegasi Parti BERJASA diketuai oleh Hj Aziz Sardan, Setiausaha Agung BERJASA. Turut sama dalam sesi lawatan tersebut ialah Tuan Izzul Hafizzudin Mohd Solehuddin, Ketua Perhubungan BERJASA Negeri Johor dan Ahli Jawatankuasa BERJASA Negeri Johor telah disambut baik oleh YB Dato’ Dr. Sahruddin Bin Hj Jamal, Setiausaha BERSATU Negeri Johor merangkap Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu Malaysia.

Peluang tersebut diambil bagi memperkenalkan barisan kepimpinan Parti serta wajah baru yang telah dilancarkan pada 12 September lalu disamping turut menyatakan sikap terbuka parti dalam apa jua perbincangan bersama Parti Politik lain khususnya berkaitan kedudukan Melayu dan Islam.

BERJASA telah mendengar pandangan yang diberikan oleh YB Dato’ Dr. Sahruddin berkaitan situasi politik semasa termasuk situasi di negeri Johor. BERJASA juga telah menyuarakan sikap keterbukaan parti yang sentiasa membuka ruang perbincangan dan keterlibatan secara lebih menyeluruh.

Sebagai salah satu parti yang membentuk kerajaan hari ini, adalah diharapkan Parti BERSATU dapat meletakkan soal masa depan Melayu dan Islam dalam apa jua percaturan politik hari ini kerana perpecahan dan perbalahan diantara parti-parti Melayu ini tidak memberikan apa-apa manfaat kepada rakyat.

Kerajaan dilihat memerlukan sokongan semua pihak dalam memutuskan rantaian penularan COVID-19 di negara disamping terus fokus membantu mengembalikan semula prestasi ekonomi dan membantu rakyat yang terkesan.

BELANJAWAN 2021 : Naikkan jumlah BSH kepada RM5000 untuk pulihkan kitaran ekonomi negara

Kuala Lumpur, 5 November : Keadaan ekonomi rakyat yang semakin menghimpit secara tidak langsung telah mengakibatkan impak yang besar kepada keadaan ekonomi negara secara keseluruhannya. Indeks BSKL yang tidak menentu dalam tempoh 2 bulan ini dan ramai pekerja yang diberhentikan kerja secara mengejut adalah kesan yang jelas daripada impak tersebut.

Timbalan Ketua Pemuda BERJASA (ANGKASA), Ad Satiman menjelaskan bahawa untuk memulihkan kitaran ekonomi negara, kerajaan perlu menyuntik semula dana kepada rakyat supaya mereka boleh berbelanja dan menggerakkan kembali kitaran wang dalam ekonomi kita.

“Kita mahu mengesyorkan kepada pihak kerajaan dalam belanjawan kali ini untuk membantu peniaga-peniaga kecil dengan menyediakan geran berjumlah RM5000 bagi menampung kos tetap perniagaan mereka yang ternyata terkesan akibat pandemik Covid-19 ini.

“Dalam masa yang sama, kerajaan juga perlu menambah elaun bantuan sara hidup BSH kepada RM5000 kepada setiap isi rumah yang layak bagi meringankan beban kelompok ini.

“Walaupun ia akan memakan belanja yang besar daripada kerajaan, tetapi itulah kaedahnya untuk memulihkan ekonomi kita dalam pelan jangka masa pendek.

“Jika kerajaan tidak mahu menyuntik dana ini kepada rakyat, kerajaan juga akan terkesan untuk tempoh pelan jangka masa yang panjang apabila ekonomi rakyat semakin lembab,” katanya.

Beliau berkata ketika demikian mengulas Belanjawan Alternatif 2021 yang telah dilancarkan oleh Majlis Tindakan Ekonomi Parti BERJASA Malaysia di Ibu Pejabat BERJASA. – Wartawan BERJASA

BELANJAWAN 2021 : Ganti tanah rezab Melayu dan jadikan statusnya sebagai tanah wakaf

Kuala Lumpur, 5 November : Isu tanah rezab Melayu terus menjadi polemik yang hangat apabila terus semakin terus tergadai kerana kecuaian dan pengurusan yang tidak bertanggungjawab daripada pihak yang sepatutnya.

“Kita mahu menggesa kerajaan untuk memberikan penumpuan
terhadap krisis tanah rezab Melayu dalam belanjawan kali ini. Kerajaan perlu campur tangan supaya polemik ini dapat diselesaikan secepat mungkin.

“Kerajaan perlu mengantikan semula semua tanah rezab Melayu yang telah tergadai dengan nilai harga semasa.

“Semua tanah rezab Melayu yang digantikan ini perlu ditukarkan statusnya menjadi tanah wakaf supaya tanah ini kekal menjadi milik umat Islam selama-lamanya.

“Tidak cukup dengan itu, pelan pengurusan tanaf wakaf perlu diperkasakan kerana ia akan memberi impak kepada ekonomi dan pendidikan umat Islam sekaligus memberikan kebaikan kepada pertumbuhan ekonomi negara bagi jangka masa yang panjang.

Beliau berkata ketika demikian mengulas Belanjawan Alternatif 2021 yang telah dilancarkan oleh Majlis Tindakan Ekonomi Parti BERJASA Malaysia di Ibu Pejabat BERJASA. – Wartawan BERJASA

BELANJAWAN 2021 : Wujudkan pencen sosial sebagai persediaan menuju status negara tua

KUALA LUMPUR, 5 November : Kerajaan perlu melakukan persediaan dalam aspek penyediaan perancangan kewangan kepada rakyat bagi menghadapi status negara tua pada 2030, kata Ketua Angkatan Pemuda-Pemudi BERJASA (ANGKASA), Hazwan Mohamad.

Beliau berkata, negara dijangka akan mencapai status negara tua pada 2030 apabila negara mempunyai penduduk berusia 60 tahun lebih ramai daripada penduduk berumur 60 tahun ke bawah.

“Bagi memastikan warga tua mempunyai pendapatan yang mencukupi ketika persaraan selain pencen yang disediakan oleh majikan, adalah dicadangkan kerajaan mewujudkan sistem pencen sosial yang mana telah banyak diperkenalkan oleh banyak negara yang mempunyai strata penduduk warga tua yang tinggi seperti
Jepun, United Kingdom dan Perancis.

“Tiga contoh negara ini adalah contoh yang boleh kita jadikan kayu ukur untuk menguji dan menilai keberkesanan mereka melaksanakanya,” katanya.

Tambah beliau lagi “Pencen sosial adalah pencen yang disediakan oleh kerajaan kepada semua tidak kira pekerjaan atau sektor mereka berkerja. Sepanjang tempoh berkerja, rakyat akan menyumbang peratusan kecil gaji mereka ke dalam tabung pencen sosial dan kemudian mereka akan menerima sejumlah pendapatan tetap ketika persaraan
mereka,”

Beliau berkata ketika demikian mengulas Belanjawan Alternatif 2021 yang telah dilancarkan oleh Majlis Tindakan Ekonomi Parti BERJASA Malaysia di Ibu Pejabat BERJASA. – Wartawan BERJASA

BERJASA turun bantu penduduk Seremban yang terjejas dilanda banjir kilat

SEREMBAN : Seramai kira-kira lebih 100 penduduk Seremban terjejas apabila dilanda banjir kilat selepas hujan lebat kira-kira tiga jam bermula tengah malam tadi.

BERJASA Negeri Seremban hari ini melalui Ketua Perhubungan, Ustaz Zamani Ibrahim telah mengerahkan tenaga sukalerawan untuk turun membantu penduduk yang terjejas akibat banjir. Pasukan sukalerawan ini telah tiba pada jam 9.30 pagi tadi bagi memulakan operai bantuan.

Selain itu, bantuan kewangan bagi meringangkan beban penduduk setempat juga disampaikan oleh Ketua Pesuruhjaya Negeri.

Slogan kebebasan bersuara hanya alat untuk menghina agama Islam

𝐒𝐋𝐎𝐆𝐀𝐍 𝐊𝐄𝐁𝐄𝐁𝐀𝐒𝐀𝐍 𝐁𝐄𝐑𝐒𝐔𝐀𝐑𝐀 𝐃𝐈 𝐃𝐔𝐍𝐈𝐀 𝐇𝐀𝐍𝐘𝐀 𝐀𝐋𝐀𝐓 𝐔𝐍𝐓𝐔𝐊 𝐌𝐄𝐍𝐆𝐇𝐈𝐍𝐀 𝐀𝐆𝐀𝐌𝐀 𝐈𝐒𝐋𝐀𝐌

Kerajaan Perancis sengaja melancarkan serangan agama ke atas umat Islam apabila presidennya merestui malah menggalakkan penghinaan terhadap Nabi S.A.W. atas alasan “freedom of speech”. Slogan kebebasan bersuara mereka hanyalah alat untuk menghina agama Islam.

Apabila sudah bertubi-tubi Nabi dihina, ditambah sokongan secara terang-terangan oleh Macron, tiada siapa boleh menjamin semua umat Islam boleh menahan sabar. Maka kejadian putus kepala seorang guru Perancis akibat mengajar anak muridnya tentang karikatur penghinaan terhadap Nabi adalah satu kejadian normal.

Manusia normal pasti tidak boleh mendiamkan diri jika ibunya dihina. Jika ada tindak balas, maka itu normal. Oleh sebab itu Islam mengharamkan umatnya menghina sembahan orang lain. Hikmah bagi hukuman itu ialah mengelakkan berlakunya tindak balas.

Perancis sengaja mengundang tindak balas dunia Islam. Lebih malang lagi, Perancis mengangkat slogan “freedom of speech” dan solidariti bersama guru tersebut. Betapa jijiknya perangai mereka di dunia ini apabila hanya berani berselindung kejahatan di sebalik “kebebasan bersuara”.

Di Malaysia juga pernah berlaku tindakan menghina Rasulullah dan ibadah orang Islam. Kerajaan Malaysia mesti membendungnya dengan tegas supaya keharmonian kaum terus terpelihara. Kerajaan Malaysia digesa untuk menyatakan mesej yang jelas kepada kerajaan Perancis, bahawa Malaysia amat memandang serius keharmonian global. Sebarang isu yang berkaitan agama dan boleh mencetuskan kegusaran global mestilah ditangani dengan bijaksana.

Ustaz Zamani Ibrahim
Ketua Penerangan BERJASA

Kenapa Saifuddin Abdullah tidak bantah kempen normalisasi LGBTQ di media ?

Pencabulan kehormatan kedaulatan negara oleh golongan LGBTQ ini semakin menjadi-jadi. Bukan isu yang baharu apabila naratif berunsur liberal ini ingin diangkat setanding dengan budaya watan kita.

Tidaklah terkejut dengan situasi yang berlaku hari ini, kerana usaha mereka dalam mengatur strategi agenda normalisasi dalam minda anak muda kelihatan semakin berjaya kerana usaha ini turut diangkat oleh ahli politikus yang tidak bertanggungjawab dan pengecut dalam mempertahankan dan membebaskan watan ini dari ideologi – ideologi sesat.

Terbukti usaha ini disokong kuat oleh Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) setelah mereka mengiktiraf dan membenarkan bentuk trend ini diadakan di sosial media.

Sosial media sepatutnya menjadi medan penyebaran ilmu dan ideologi yang benar dalam minda masyarakat. Ia merupakan medium utama masa kini yang mampu diakses oleh semua golongan yang semuanya kini dihujung jari.

Bukannya melepaskan batuk ditangga dan memenangkan semua pihak tidak kenal lurus atau bengkok?

Setiap ruang yang mereka buka kepada pihak yang tidak bertanggungjawab ini, akan merosakkan pemikiran dan kesihatan mental anak muda dek terpengaruh dengan sosial media yang kini menjadi musuh dalam selimut.

Selaku pihak yang mempunyai kuasa dan menjadi benteng pertama negara yang juga turut diangkat untuk menjaga mandat rakyat, namun memilih untuk menerima kehadiran trend songsang seolah membenarkan ideologi tersebut untuk diaplikasikan di negara berdaulat ini.

KKMM memainkan peranan penting dalam menyajikan apa jua berita dan informasi dalam mahupun luar negara. Saya menyeru kepada YB Dato’ Saifuddin Bin Abdullah agar meneliti kembali manfaat informasi dan segala bentuk trend sebelum diluluskan oleh KKMM.

Pemimpin muslim berwibawa diperlukan untuk mengisi setiap penjuru aspek politik demi memacu negara ini berpandukan perlembagaan yang selari dengan agama Islam.

Jadikan isu ini sebagai hikmah untuk kita lebih berhati-hati dalam memilih pemimpin yang akan membentuk negara ini pada masa akan datang.

Azrul Azham
Presiden Kelab Mahasiswa BERJASA

KKMM perlu bertindak segera terhadap projek normalisasi LGBTQ

Para menteri jangan berdiam diri dengan kempen LBGT yang sedang rancak berjalan – Mahasiswa BERJASA

Hashtag #tetapbangga yang sedang tular menjadi bukti bahawa penyakit “tiru gaya barat” dalam masyarakat kita, sedang membarah. Ubat perlu diberikan segera supaya barah tersebut tidak terus merebak dan mungkin boleh dihentikan seratus peratus.

Ahli-ahli politik dan para menteri, jangan berdiam diri! Gunakan kuasa anda untuk mengimplimentasi dasar-dasar negara dengan telus. Jangan gentar dengan suara pelampau “hak kebebasan” kerana perkara ini jelas mencabul ketelusan Perlembagaan Persekutuan dan Rukun Negara.

Di dalam al-Quran turut dijelaskan kesan daripada perbuatan songsang yang turut dilakukan oleh Kaum Nabi Luth. Jangan lah kita mengundang lebih banyak masalah di dalam negara ini dengan membiarkan pengaruh-pengaruh barat terus merebak.

Watan ini mempunyai prinsip budaya ketimuran yang perlu dikekalkan. Watan ini mempunyai dasar-dasar negara yang lengkap untuk dijalankan. Watan ini mempunyai kehormatan yang perlu didaulatkan.

Ain Shahadon
Mahasiswa BERJASA

Mohammadin tidak wajar menghina tugas anggota keselamatan sebagai sandiwara

Pencerobohan Lahad Datu pada tahun 2013 adalah pencerobohan keatas keselamatan negara. Mengatakan ianya sebagai sandiwara, lebih lebih lagi untuk dijadikan bahan kempen pilihanraya adalah sangat tidak bijak.

Mana mana ahli politik adalah tidak wajar untuk menjadikan kes pencerobohan tersebut sebagai tarikan kempen demi keuntungan partinya. Sepatutnya semua rakyat , pimpinan semua parti di negara ini meletakkan kedaulatan negara menjadi keutamaan agenda bersama.

Untuk membangunkan watan berdaulat, tidak ada yang lebih utama untuk dijaga bersama melainkan kedaulatan negara. Membangunkan watan berdaulat, tidak ada mana mana parti samada pihak kerajaan mahupun pembangkang boleh memperlekehkan tindakan yang diambil demi menjaga negara dari dicerobohi.

Mengambil sikap untung rugi kepada parti sehingga menghina anggota keselamatan negara, ianya bukan menggambarkan seorang pemimpin sebenar. Seorang pemimpin yang berwibawa mestilah memberikan keyakinan yang jelas serta berwawasan. Idea idea yang dilontarkan mestilah suatu yang dapat memberikan manfaat dan kebaikan kepada semua rakyat yang berbilang kaum di negara ini.

Cukup cukuplah berkempen dengan menjadikan isu keselamatan negara sebagai bahan tawa kembalilah kepada bentuk kempen yang sihat, berwibawa dan bijaksana. Negara kita perlukan kepada pemimpin yang mampu memacu negara bukannya pemimpin yang ketandusan idea.

Ustaz Zamani Ibrahim
Ketua Penerangan BERJASA