Signifikankah satu kerusi Berjasa di Parlimen?

Bersempena Pilihan Raya Kecil P165 Tanjung Piai, ada rakyat yang bertanya kepada pihak BERJASA:

“Adakah signifikan satu kerusi BERJASA di parlimen sekiranya Tok Badh menang dalam Pilihan Raya Kecil Tanjung Piai?”

Jawapan kami ialah ya, sangat signifikan berdasarkan 3 sebab berikut:

1. Berjasa mengajak rakyat Malaysia mengetepikan amalan politik kepartian yang sempit apabila berbicara berkenaan isu kemaslahatan ummah;

2. Keperluan dan kepentingan meramaikan muslim berwibawa di parlimen;

3. Menjaga hak keistimewaan orang Melayu, kedaulatan Islam serta hak kaum-kaum lain berteraskan Perlembagaan Persekutuan.

Menolak amalan politik kepartian sempit demi kemaslahatan ummah

Berjasa sedar dan faham bahawa dalam sistem demokrasi negara, peranan nombor dan jumlah ahli parlimen daripada sesebuah parti amat memainkan peranan yang penting.

Disebabkan itu, Berjasa amat memuji tindakan dan keputusan UMNO dan PAS yang bersepakat menolak tuntutan meratifikasi ICERD suatu ketika dahulu sehingga berjaya membentuk Muafakat Nasional UMNO-PAs pada hari ini.

Permuafakatan umat Melayu islam tanpa mengira parti politik inilah yang diperlukan demi menjaga hak-hak orang Melayu dan kedaulatan islam dalam negara.

Sekiranya MCA dan DAP boleh bersepakat dalam mempertahankan sistem persekolahan vernakular dan mengiktiraf UEC, mengapa tidak parti-parti politik Melayu islam bersepakat dalam mempertahankan hak orang Melayu dan kedaulatan Islam sebagai agama persekutuan?

Seruan kesepakatan umat Melayu Islam demi kemaslahatan ummah inilah yang diperjuangkan oleh Berjasa tanpa mengira parti politik.

Keperluan dan kepentingan meramaikan Muslim berwibawa di Parlimen

Pasca PRU-14 yang lepas, pelbagai isu yang melukakan hati umat islam di Malaysia telah berlaku seperti sokongan parti DAP terhadap pengganas LTTE, isu penyebaran komik mempromosikan fahaman komunis di sekolah-sekolah, pemergian arwah Adib, usaha meratifikasi ICERD, golongan LGBT yang semakin lantang bersuara dan pelbagai lagi isu cukup mendukacitakan umat islam di Malaysia.

Tapi sayang seribu kali sayang, ahli-ahli parlimen muslim, khususnya dalam Pakatan Harapan telah gagal membawa suara umat islam di parlimen kerana terpaksa tunduk dengan tuntutan DAP, konflik dalaman dan pecah belah sesama parti, terlalu sibuk merebut jawatan dan pelbagai lagi isu yang jelas membuktikan ketidakwibawaan mereka dalam menerajui kerajaan yang merupakan mandat daripada rakyat.

Oleh itu, dalam kerangka pemikiran yang lebih besar, dengan menangnya Tok Badh dalam Pilihan Raya Kecil Tanjung Piai, bukan sekadar BERJASA mendapat satu kerusi, bahkan sebenarnya kita sedang meramaikan jumlah ahli parlimen muslim berwibawa untuk mempertahankan kedaulatan islam dalam negara.

Menjaga hak keistimewaan orang Melayu, kedaulatan Islam serta hak kaum-kaum lain berteraskan Perlembagaan Persekutuan

Seperti mana yang kita tahu, undang-undang tertinggi dalam negara ialah Perlembagaan Persekutuan yang menjaga hak keistimewaan orang Melayu, kedaulatan islam sebagai agama persekutuan serta hak-hak kaum-kaum lain di Malaysia.

Pun begitu, saban hari semakin ramai pihak yang mencabar keluhuran perlembagaan yang selama ini menjadi benteng yang memelihara kesejahteraan dan keharmonian kaum di Malaysia.

Oleh itu, BERJASA akan terus setia mempertahankan hak orang Melayu, kedaulatan islam serta hak-hak kaum lain seperti mana yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

Bahkan Tok Badh juga seringkali menyatakan dengan tegas bahawa:

“Kesepakatan Melayu tanpa menafikan kaum-kaum lain di Malaysia ialah kunci kepada sebuah kerajaan yang kukuh.”

Cukup dengan tiga hujah ini, maka terbuktilah bahawa kemenangan Tok Badh daripada BERJASA, atau dalam kerangka yang lebih besar, kemenangan calon muslim berwibawa adalah sangat signifikan serta memberi banyak manfaat khususnya kepada umat islam di Malaysia, dan umumnya kepada seluruh rakyat Malaysia! InsyaAllah.

Ingat! Undi Calon Muslim Berwibawa! Islam Berdaulat Malaysia Sejahtera!

Oleh:

Ad Satiman

Ketua Pemuda Berjasa Johor

KENYATAAN MEDIA – BERJASA HANTAR CALON P165 TANJUNG PIAI

Pasca PRU 14 menatijahkan kehilangan dominasi kuasa politik Melayu dan Islam, sedangkan kestabilan politik negara bergantung pada dominasi tersebut selama lebih 60 tahun merdeka.

Sehubungan itu, pelbagai fenomena yang diungkapkan sebagai “Islam dibuli” telah membangkitkan rasa tidak puas hati dalam kalangan umat Islam di sepanjang lebih setahun pemerintahan PH.

Berjasa bersetuju dan menyokong kerjasama PAS dan UMNO demi mengukuhkan kesepakatan sesama parti politik Melayu. Namun laluan yang BN beri kepada MCA untuk bertanding di Tg Piai kali ini langsung tidak membawa aspirasi orang Melayu Islam masa kini.

Berjasa menghormati keputusan tersebut, namun merasa bertanggungjawab untuk memenuhi hasrat pengundi Melayu Islam yang mahukan calon muslim berwibawa.

Sehubungan itu, Berjasa mengambil keputusan untuk menghantar calon ke PRK Tg. Piai dalam rangka sistem demokrasi yang meraikan kepelbagaian dan perbezaan secara harmoni.

Prinsip Berjasa masih sama iaitu mahu mengangkat mesej ‘Undilah Calon Muslim Berwibawa’ di kawasan yang majoritinya adalah pengundi Melayu Islam.

Berjasa berharap agar pengundi Melayu Islam di Tg Piai membuat pilihan yang wajar dan bijak, berikutan kegagalan Pakatan Harapan (PH) dalam menunaikan janji dalam pilihanraya lepas, malahan kuasa mereka juga didominasi oleh DAP.

Dalam masa yang sama keutamaan untuk mendapatkan semula dominasi kuasa politik Melayu melalui calon muslim berwibawa adalah satu keperluan nasional dan Tg. Piai tidak terkecuali dalam merealisasikan keperluan utama ini.

Kita juga mengharapkan pengundi Tg. Piai dapat menghantar mesej kepada umat Islam seluruhnya akan kegusaran umat Islam.

Sekian.

Dato’ Ir. Ts. Dr. Badhrulhisham bin Abdul Aziz,

Presiden Berjasa

1 November 2019

KENYATAAN MEDIA BERJASA PUSAT PRK P.165 TANJUNG PIAI

1. Barisan Jemaah Islamiah Se-Malaysia (BERJASA) mengikuti rapat perkembangan pengumuman calon parti-parti yang bertanding dalam PRK P.165 Tanjung Piai.

2. BERJASA mendengar dan memahami isi hati serta hasrat pengundi Melayu Islam di Tanjung Piai dalam suasana politik tanahair yang penuh cabaran hari ini.

3. Justeru atas dasar prinsip serta memeriahkan sistem demokrasi di Malaysia dan menimbang peri pentingnya memberi pilihan kepada pengundi Melayu Islam mengundi calon Muslim berwibawa untuk dihantar ke Parlimen, BERJASA dengan ini mengumumkan akan bertanding di P.165 PRK Tanjung Piai.

4. BERJASA telah pun membuat pembayaran deposit kepada kepada Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) pada pagi ini.

5. BERJASA akan mengadakan sidang media pengumuman rasmi calon pada hari esok, Jumaat 1 November 2019, jam 3 petang bertempat di Ibu Pejabat Rasmi BERJASA. Semua rakan media dan penyokong dijemput hadir. Untuk makluman lanjut berkenaan sidang media boleh hubungi Pegawai Media BERJASA ditalian +601328175904 atau +60125553435.

Salam Juang | Undi Calon Muslim Berwibawa

Hazwan Mohamad,
Ketua Penerangan BERJASA Pusat
31 Oktober 2019

 

PRK Tanjung Piai: Budaya pertahan kerusi tradisi dah lapuk

BANGI, 30 Okt – MCA nampaknya masih angkuh dengan pendirian sendiri apabila masih mahu mengetengahkan calon dari partinya untuk Pilihan Raya Kecil (PRK) Tanjung Piai, tanpa mengambil kira kemahuan rakyat tempatan yang lebih cenderung kepada calon Melayu.

Ketua Pemuda Barisan Jemaah Islam SeMalaysia (Berjasa), Iqbal Hakim Abdul Razak menegaskan, budaya mempertahankan kerusi tradisi pada hari ini sudah lapuk dan perlu kepada pendekatan lebih segar. 

“Kali pertama kerusi Tanjung Piai dipertandingkan menyaksikan pertembungan antara calon bukan Melayu. PRU 2008 dan PRU 2013 pula menyaksikan pertembungan calon MCA dgn Calon Melayu daripada DAP. 

“Kecenderungan pengundi Tanjung Piai berubah dengan BN-MCA menang kerusi tersebut dengan majoriti semakin berkurang. PRU14 calon Melayu daripada Bersatu melawan calon MCA dan natijahnya kerusi ini jatuh ke tangan PH,” katanya kepada Ismaweb.net.

Beliau turut mempersoalkan apa salahnya MCA menunjukkan semangat mereka menyokong usaha murni Muafakat Nasional dengan memberi laluan kepada UMNO untuk bertanding di Tanjung Piai.

“Rakyat Malaysia tidak pernah lupa peristiwa PRK Balakong yang menyaksikan betapa angkuh MCA mencampak ke tepi semangat politik muafakat dengan bertanding menggunakan lambang parti sendiri, tidak menggunakan lambang Barisan Nasional. Akhirnya, MCA malu sendiri,” katanya.

Mengulas lanjut, beliau berkata, MCA tidak boleh menafikan pengundi Melayu mulai mengubah kecenderungan untuk menyokong calon Melayu di tempat mereka. 

“Dan adakah perkara itu sesuatu yang pelik? Tidak. Yang pelik adalah bila nampak nyata pola pengundi mulai berubah, namun, orang yang nak bertanding degil dan tidak mahu berubah. Itu pelik.

“MCA selayaknya menunjukkan sikap boleh bertolak ansur dengan kehendak rakyat, terutama kehendak penduduk Tanjung Piai.

“Bukan sedikit yang menyuarakan kemahuan mereka untuk mendapat wakil daripada orang Melayu, bersesuaian dengan komposisi majoriti masyarakat Melayu di Tanjung Piai,” katanya.

Apa yang lebih perlu diutamakan, katanya, adalah kesepakatan dalam blok pembangkang berbanding mementingkan diri, semata-mata ingin mendapat kerusi dalam parlimen dan kononnya mempertahankan kerusi tradisi.

“Berubahlah kepada gaya berpolitik yang lebih sihat dan matang, bukan kekal di takuk lama,” katanya.

PRK Tanjung Piai diadakan berikutan kematian penyandang kerusi itu, Datuk Dr Md Farid Md Rafik, 42, yang juga Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri 21 September lalu akibat komplikasi jantung.

Barisan Nasional (BN) dilaporkan akan mengumumkan calon pilihan raya kecil (PRK) Parlimen Tanjung Piai hari ini.

Presiden MCA, Datuk Seri Wee Ka Siong berkata, pengumuman akan dibuat di Pusat Gerakan BN selepas solat Isyak.-Ismaweb

Calon dari kaum majoriti pengaruhi undi: Berjasa

BANGI, 29 Okt – Calon daripada kaum majoriti penduduk di sesebuah kawasan Parlimen atau Dewan Undangan Rakyat (DUN) penting untuk mempengaruhi sokongan dan jumlah undi.

Ketua Penerangan Parti Jemaah Islamiah Semalaysia (Berjasa), Hazwan Mohamad berkata, langkah itu telah dilakukan parti berkenaan pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) lalu, apabila mempertaruhkan sekurang-kurangnya lapan calon di kawasan majoriti Melayu.

“Berjasa pada PRU-13 sebelum ini, ada mendesak Barisan Nasional (BN) dan juga Pakatan Rakyat untuk membuat perkara sama, namun mereka tetap menghantar calon yang bukan daripada kaum majoriti untuk mewakili Parlimen atau Dun yang mereka tandingi,” katanya dalam temubual Cakap Serupa Bikin dengan topik PRK Tanjung Piai: Calon Muslim atau Calon Tradisi, di TV Pertiwi hari ini.

Melalui usaha itu, Hazwan berkata, ia tidak memutuskan semangat Berjasa untuk terus berjuang dan memperkenalkan slogan baharu iaitu mendidik rakyat supaya tidak melihat undi semata-mata dalam pilihan raya.

“…tetapi kata kuncinya adalah kestabilan penduduk yakni 70 peratus majoriti orang Melayu berada di Malaysia,” katanya.

Beliau berkata, BN dan Pakatan Rakyat telah mengikut jejak langkah Berjasa kerana semakin sedar perubahan pada PRU14 perlu dibuat seperti yang diunjurkan.

Beliau berkata, hal ini kerana kedua-dua parti itu telah mengimbas kembali kesalahan yang mereka lakukan pada PRU-13, iaitu tidak meletakkan calon dari kaum majoriti sesuatu kawasan yang ditandingi.

Katanya, kedua-dua parti itu juga melihat Berjasa melalui calon-calon dan slogan-slogan yang dibawa.

“Akhirnya selepas PRU-14 ini, rata Melayu telah sedar, bahkan Cina dan India turut sedar bersama pendapat yang sama untuk kita lihat kepada kestabilan majoriti kaum penduduk di Malaysia.

“Kalau orang Melayu yang membentuk majoriti masyarakat di Malaysia ini stabil ekonominya, stabil sosio politiknya, maka tidak mustahil dna tidak dinafikan bahawa kaum-kaum lain yang menduduki Malaysia juga bakal mendapat manfaat yang sama iaitu kestabilan,” katanya.Ismaweb.

Perbuatan mungkar DAP punca Melayu, Islam tertindas

BANGI, 29 OktAda sebab orang Melayu tidak boleh menerima calon Cina dan India menjadi pemimpin mereka, terutama di kawasan majoriti umat Islam, kata Ketua Penerangan Parti Jemaah Islamiah Semalaysia (Berjasa), Hazwan Mohamad.

Beliau berkata, banyak perkara mungkar dilakukan parti rasis dan cauvinis, DAP sehingga menyebabkan orang Melayu berasa terancam di tanah air sendiri.

Katanya, melindungi liberalisme dan pluralisme adalah salah satu daripada perbuatan mungkar DAP, yang membuatkan orang Melayu dan Islam tertindas.

“Sesiapa sahaja yang berada bersama DAP tidak akan mampu untuk membela nasib orang Melayu Islam. Ianya terbukti apabila hari ini Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad diberi tekanan begitu hebat oleh parti rasis dan cauvanis DAP”“Belum pernah berlaku dalam sejarah politik tanahair apabila perdana menteri kemukakan arahan atau cadangan, rakan daripada parti komponen sama mengeluarkan kenyataan yang bercanggah dengan arahan Perdana Menteri tersebut. Ini berlaku hari ini adalah kerajaan PH.

“Sebab kita mendesak agar keluarkan Pakatan Harapan menceraikan DAP,” katanya dalam temubual Cakap Serupa Bikin dengan topik PRK Tanjung Piai: Calon Muslim atau Calon Tradisi, di TV Pertiwi, malam tadi.

Sementara itu, menjawab soalan moderator Dinie Asyraf mengenai tindakan Berjasa sekiranya Barisan Nasional meletakkan calon Cina pada PRK kali ini, Hazwan berkata: “Kalau PH dah letak orang Melayu, tiba-tiba MCA letak kaum Cina, maka Berjasa akan masuk mewakili orang PAS dan UMNO.

“…yang kecewa kerana mereka selama ini menyokong dan mengangkat perpaduan ummah, tetapi akhirnya kaum ini letak orang Cina di kawasan majoriti Melayu dan Islam,” katanya.

Semalam, Pakatan Harapan (PH) mengumumkan Ketua PPBM Tanjung Piai, Karmainie Sardini, 66, seorang ahli perniagaan, sebagai calon untuk PRK Tanjung Piai 16 November ini.

Kerusi Parlimen itu kosong berikutan kematian penyandangnya, Dr Md Farid, 42, pada 21 September lalu.

Pada Pilihan Raya Umum ke-14, MCA meletakkan Ketua Bahagian Tanjung Piai, Wee Jeck Seng untuk mempertahankan kerusi itu. Wee menyandang kerusi itu selama dua penggal sejak 2008. Wee tewas kepada Farid dengan majoriti 524 undi.-Ismaweb.

Layaklah Bersatu ceraikan DAP

BANGI, 25 Okt- Sekiranya Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) mempunyai suara dan sokongan yang kuat dalam Pakatan Harapan (PH), mustahil untuk ahli DAP ‘membaham’ rakan komponennya sendiri, kata Iqbal Hakim Abdul Razak.

Ketua Pergerakan Pemuda Parti Barisan Jemaah Islamiah (Berjasa) itu berkata, mustahil juga untuk DAP dan ahlinya memperguna wang kerajaan mengikut kehendak mereka dan melihat PH didominasi parti itu.

Menyifatkan nasib Bersatu seperti habis madu sepah dibuang, beliau berkata, DAP dan pengikutnya sedang menunggu masa untuk menurunkan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad daripada tampuk kepimpinannya.

“Bagi mereka, lebih cepat lebih bagus kerana ternyata pada pandangan mereka yang bermanfaat dalam PPBM hanyalah Tun Mahathir seorang, yang lain itu tidak.

“Pakatan rapuh yang diwujudkan semata-mata untuk memenangi pilihanraya, dengan jalan menabur fitnah dan mengadu domba, bukanlah pakatan yang boleh kekal lama,” katanya kepada Ismaweb.net, hari ini.

Iqbal menyifatkan PH hanya kelihatan cantik pada permukaannya sahaja, namun isinya hodoh dan penuh dengan budaya politik kuno yang saling mencantas dan menjatuhkan antara satu sama lain.

“Apatah lagi bila dalam parlimen satu parti komponen itu punya suara (jumlah kerusi) yg sedikit, pasti sekali tidak mengundang hormat daripada parti komponen yang lain. Itulah yang dihadapi oleh PPBM dalam pakatan Harapan yang didominasi oleh DAP.

“Layaklah untuk PPBM menceraikan DAP dengan apa yang mereka zahirkan pada hari ini,” katanya.

Beliau berkata, kesepakatan orang Melayu sebagai rakyat majoriti dalam negara perlu diutamakan kerana dengan stabilnya politik untuk majoriti, maka ia seimbangkan iklim politik negara keseluruhannya.

“Pintu masih terbuka, tangan masih mampu dihulurkan untuk Bersatu turut sama menjayakan agenda kesepakatan orang Melayu bersam-sama dengan Berjasa, PAS, UMNO dan rakan komponen parti pembangkang yang lain.

“Ketepikan ego diri, utamakan kesejahteraan untuk rakyat dan negara,” katanya.

Hubungan DAP dan Bersatu dilihat tegang kebelakangan ini susulan kenyataan Ahli Jawatankuasa Kerja Pusat (CEC) DAP, Ronnie Liu yang menyatakan gabungan PH akan kekal kukuh sebagai kerajaan walaupun tanpa Bersatu.

Ronnie turut memberi amaran Dr Mahathir sebagai Pengerusi Bersatu sering membuat keputusan yang bercanggah dengan kepimpinan PH.

Kenyataan Ronnie mengundang pelbagai respon terhadap pemimpin itu, termasuk Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu, Maszlee Malik menyifatkannya sebagai biadab kerana merendah-rendahkan Bersatu.-ISMAWeb

 

AHLI POLITIK MASAKINI TIDAK BOLEH DIPERCAYAI DAN DIHARAP?

Ketika saya berforum dalam Wacana Sinar bertajuk Melayu Islam Pasca PRU15 pada bulan Ogos lepas, dua orang ahli panel banyak kali menekankan sebelum mengemukakan hujah mereka, mereka adalah bukan ahli politik.

Penafian ini menarik minat saya walaupun ianya adalah tepat dan sesuai dengan jawatan mereka selaku penyelidik, ahli akademik atau penganalisa politik.

Perkara yang sama juga berlaku, pada 16hb Oktober yang lalu, ketika saya mengikuti sebuah forum mengenai sejarah konsep rahmatan lil alamin di sebuah universiti tempatan dimana seorang panel mengemukakan pendapat beliau yang mengkritik ahli-ahli politik di Malaysia bertanggung jawab dengan kemelut negara pada hari ini dengan menjadikan rakyat sebagai mangsa mainan dan agenda peribadi mereka.

Tetapi mesej yang hendak digambarkan seolah-olah pendapat, cakap dan idea ahli politik tidak boleh dipercayai sebab ada kepentingan parti dan peribadi. Ini juga pandangan sebahagian rakyat Malaysia yang sudah muak dan mual dengan gelagat ahli politik sekarang ini yang tidak ada prinsip dalam memperkatakan tentang apa-apa isu, lebih-lebih lagi dalam membuat sesuatu keputusan.

Kepercayaan kepada ahli politik sememangnya pernah berada di tahap yang rendah pada satu ketika dulu dan semakin teruk, sejak akhir-akhir ini.

Parti Berjasa mengambil pendekatan berbeza dalam hal ini dengan menampilkan kelainan ahli-ahli politiknya. Sebagai sebuah parti yang telah lama ditubuhkan (1977) dan pernah memerintah sebuah negeri selama sepenggal, berada dalam pakatan kerajaan dan pakatan pembangkang, Berjasa bertekad untuk keluar sebagai parti politik yang matang dan segar serta menampilkan pemimpin politik yang berwibawa dan berjiwa rakyat.

Pemimpin politik yang ingin ditampilkan dan dibangunkan adalah satu kumpulan pemimpin yang ikhlas, bersih dan sarat dengan idea-idea bernas untuk membangunkan negara. Pemimpin yang mampu menyelami jiwa rakyat dan berusaha mengutarakan model-model penyelesaian masalah negara dan rakyat.

Integriti dan jatidiri yang bersandarkan al-Quran dan Sunnah akan menjadi ciri utama pemimpin politik yang mendapat kepercayaan rakyat. Bukan itu sahaja, pemimpin politik yang diharapkan ini mempunyai harga diri, berjiwa besar, berprinsip dan tidak goyah dengan perkara-perkara yang berlaku disekelilingnya. Memimpin melalui teladan dan berorientasikan tindakan juga adalah sebahagian ciri-ciri pemimpin politik yang diidam-idamkan.
Setelah sekian lama rakyat Malaysia berketuakan pemimpin-pemimpin politik yang tidak berprinsip, hidup untuk kepentingan diri sendiri, rakus mengejar pangkat dan harta, membawa agenda asing, memungkiri janji manifesto dan berpura-pura, sudah sampai masanya rakyat Malaysia berhak mendapat pemimpin yang jauh lebih baik untuk memimpin mereka.

Keadaan negara yang berada dalam kacau bilau disebabkan kepimpinan politik yang rapuh dan tidak berintegriti, perlu diubah kepada sebuah negara yang dipimpin oleh pemimpin-pemimpin Melayu Islam yang berwibawa yang memahami tuntutan Ilahi untuk bangkit sebagai khalifa.

Walaupun dianggap oleh banyak pihak, ini adalah terlalu ideal, kami ingin nyatakan ianya boleh menjadi kenyataan dan dengan ini sahaja yang akan dapat menyelamatkan ummah ini dari terus terjebak dalam kancah penghinaan dan dicucuk hidung, menurut hawa nafsu dan acuan Barat.

Pemimpin sejati yang berwibawa akan dapat membangunkan sebuah peradaban yang kita impikan yang akan membawa manusia kepada kebahagian dan kesejahteraan dimasa akan datang. Dengan ini pemimpin politik yang dipilih oleh rakyat nanti, bukan sahaja mendapat kepercayaan dan keyakinan mereka, malah akan dihormati kerana meletakkan kepimpinan politik itu di satu tahap yang unggul, yang diharap dapat membangunkan sebuah negara peringkat yang gemilang.

Dato’ Ir Dr Badhrulhisham Abdul Aziz, F.A.Sc
Presiden BERJASA

Kongres Melayu buang masa

MELAYU sudah hilang maruah apabila kuasa politik di Tanah Melayu ini diserahkan dominasinya kepada bukan muslim, diterajui oleh DAP.

Melayu sudah hilang maruah apabila undang-undang Syariah milik urusannya sendiri dibentak pindaan penambahbaikannya oleh bukan muslim, dikepalai DAP dan disokong oleh MCA dan Hindraf.

Melayu sudah hilang maruah apabila nyawa seorang anak bangsanya cuba dipersampahkan oleh Peguam Negara secara terang-terangan.

Melayu sudah hilang maruah apabila ekstremis Hindraf yang memfitnah muslim negara ini di luar negara dilantik sebagai Menteri Perpaduan, P Waytha Moorthy kemudian bertindak menuduh pihak polis secara melulu hingga mengakibatkan rusuhan dan melayangnya nyawa Allahyarham Muhammad Adib Mohd Kassim.

Melayu sudah hilang maruah apabila lebih 300 ribu menandatangani petisyen meminta Waytha Moorty dipecat, tapi dia masih di situ mentertawakan Melayu.

Melayu sudah hilang maruah apabila berbilion-bilion aset negara yang menjadi tunjang ekonomi Melayu dan bumiputera dijual, bagi memiskinkan negara, supaya satu hari nanti Melayu terpaksa sujud kepada kapitalis ultra kiasu.

Melayu sudah hilang maruah apabila agamanya sering dibuli.

Jadi, apa Kongres Maruah Melayu boleh buat?

Bubarkan sahaja Parlimen jika benar-benar mahu menebus maruah Melayu. Tolak sebarang kerjasama dengan DAP jika kamu jujur dengan agenda Islam dan Melayu. Tak perlu main persepsi dan sentimen. Jangan buang masa kami. Jangan nak tipu kami lagi.

Ambil tindakan berprinsip, bukan berhimpun beretorik. Serah semula kuasa kepada umat untuk beri mandat baharu kepada kepimpinan Islam dan Melayu.

Ustaz Hazizi Abd Rahman
Naib Presiden Berjasa

BERJASA sedia tawar calon Muslim berwibawa ke PRK tanjung Piai

Oleh : Nursabihah Mohtar

JOHOR BHARU, 10 Okt – Barisan Jemaah Islamiah Semalaysia (BERJASA) bersedia menghantar calon Muslim berwibawa sekiranya Gagasan Sejahtera tetap untuk menghantar calon dari MCA ke Pilihanraya Kecil (PRK) Tanjung Piai.

Ketua Perhubungan Negeri BERJASA Johor Izzul Hafizuddin  berkata “Ini merupakan salah satu desakan kami kepada mana-mana parti yang bertanding untuk pilihanraya kecil Tanjung Piai, kami hadir untuk memastikan mesej kami jelas iaitu undilah calon muslim berwibawa ataupun kami akan menggerakkan agenda vote for muslim first , jika anda masih lagi tidak meletakkan calon muslim di kawasan majoriti muslim,” katanya ketika menerima tag dan borang pencalonan dari Pegawai Unit Pendaftaran Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia, Samsudin bin Abd Kadir di Pejabat Suruhanjaya Pilihanraya Johor Bahru siang tadi.

Ujarnya lagi, BERJASA sudah menyediakan tiga orang calon dari parti BERJASA dan Gagasan Sejahtera johor bharu untuk bertanding sekiranya, BN meletakkan calon MCA untuk bertanding.

“Jadi mesej kami jelas, undilah calon muslim berwibawa, sekiranya tidak ada calon muslim yang berwibawa, BERJASA yang akan menghantar calon,” katanya lagi.

Pada PRU lepas calon dari BERJASA bertanding di Parlimen Tanjung Piai atas tiket PAS.