Entries by thalhah kamarol

PERLU SEPAKAT KEMBALIKAN DOMINASI POLITIK MELAYU

BANGI, 27 Rejab 1440H, Rabu – Perpaduan dan kesepakatan parti-parti Melayu perlu terus diperkasa bagi mengembalikan semula kuasa dominasi politik orang Melayu yang kian hilang. Presdien Parti Barisan Jemaah Islamiah SeMalaysia (Berjasa), Datuk Dr Badhrulhisham Abdul Aziz berkata, hanya dengan dominasi kuasa Melayu sahaja akan mampu mengekalkan survival Islam di negara ini. Katanya, dahulu umat Islam […]

Salam Takziah Dari Seluruh Warga Berjasa

Innalillahi wa inna ilaihi rajiun. Dari Allah kita datang dan kepada Allah kita akan kembali. . Seluruh Jawatankuasa Pusat Barisan Jemaah Parti Islam Se-Malaysia (BERJASA) ingin mengucapkan salam takziah kepada Mohamad Hazwan bin Mohamad, Ahli Jawatankuasa Strategik BERJASA di atas pemergian ayahanda yang dikasihi, Hj Mohamad @ Awi pada jam 2.42 petang tadi di Hospital […]

BERJASA SOKONG UNDI CALON MUSLIM BERWIBAWA DI PRK RANTAU

Rantau, 30 Mac- Berjasa akan terus menyokong agenda meramaikan wakil rakyat Muslim Berwibawa bagi memastikan negara ini diperintah dengan adil berlandaskan syariat Islam. Perkara ini dinyatakan oleh Setiausaha Agung Berjasa, Tuan Abdul Aziz Bin Sardan ketika hari penamaan calon PRK Dun Rantau pada sabtu lalu. Delegasi Berjasa yang diketuai oleh Naib Presiden, Tuan Haji Shokri […]

BERJASA – PAS PERKUHUH KERJASAMA STRATEGIK

Berjasa-Pas Perkukuh Kerjasama Strategik Kuala Lumpur, 25 Mac- Pimpinan Berjasa hari ini telah mengadakan kunjungan muhibbah ke Pejabat Agung Pas bagi mengeratkan kerjasama dua hala antara dua parti itu. Kujungan ini telah disambut oleh Timbalan Presiden Pas, YB Dato’ Tuan Ibrahim Tuan Man dan pimpinan tertinggi Pas yang lain. Antara perkara yang dibincangkan merangkumi kerjasama […]

Adakah IFC Akan Kembali?

Malaysian Consultative Council of Budhism, Christianity, Hinduism and Sikhs (MCCBCHS) pada tahun 2001 telah menubuhkan sebuah gerakan dinamakan Interfaith Commission (IFC). Sejurus selepas penubuhan IFC, sebanyak 14 tuntutan telah diluahkan kepada kerajaan Malaysia iaitu; i. Seorang anak yang dilahirkan oleh ibu bapa Islam tidak mengharuskan secara terus menjadi orang Islam. ii. Orang bukan Islam yang […]

Kerajaan Perlu Lebih Proaktif Dalam Tragedi Pasir Gudang

Tragedi yang menimpa pelajar sekolah di kawasan Pasir Gudang, Johor adalah tragedi hitam buat negara. Kesihatan dan keselamatan orang awam terancam dan perlu tindakan segera untuk menangani perkara ini. Saya menyeru pihak berkuasa untuk mengambil tindakan setegas-tegasnya dalam hal ini. Punca kejadian mestilah dikenalpasti dan kilang-kilang yang terlibat dibawa ke muka pengadilan dengan segera. Tidak […]

Adakah Lim Guan Eng Masih Mempunyai Kredibiliti Menerajui Kewangan Negara?

Artikel Bloomberg yang bertajuk “Malaysia’s Stock Market Is Asia’s Only Loser of 2019” bertarikh 12 Mac merupakan indikator jelas mengenai kelemahan kerajaan dalam menerajui ekonomi negara. Tanda Aras Index KLCI telah jatuh lebih daripada 1 peratus menghampiri suku pertama 2019 berbanding Singapura dan Indonesia masing-masing meningkat sebanyak 4 dan 3 peratus. Lebih memeranjatkan apabila Menteri […]

Rakyat muak dengan helah Guan Eng

BANGI, 1 Rejab 1440H, Jumaat – Walaupun Lim Guan Eng telah mengubah kenyataan yang menggambarkan kerjasama UMNO-PAS sebagai ‘pengisytiharan perang’ terhadap bukan Melayu kepada ‘menyasarkan’, ia tetap tidak mampu mengalih perhatian umum. Setiausaha Agung Barisan Jemaah Islamiah Se-Malaysia (Berjasa), Abd Aziz Sardan menegaskan, rakyat muak dengan helah Guan Eng, lebih-lebih lagi apabila mengetahui beliau tidak layak […]

Maqasid Syariah: Cegah kemungkaran LGBT sebelum jadi fenomena

SALAH satu bab yang penting dalam tajuk Maqasid Syariah ialah Saddu Zaraik ( سد الذرائع ). Berdasarkan dalil spesifik dan analisis induktif keseluruhan al-Quran dan as-Sunnah, jelas sekali Syariah mempunyai tabiat dan sifat untuk membendung dan mencegah maksiat sebelum ianya terjadi. Bukan sahaja Syariah menghendaki pintu-pintu kejahatan ditutup, malah pintu-pintu kebaikan hendaklah dibuka, atau disebut sebagai […]

Berjasa Meneruskan Semangat dan Perjuangan Arus Baru

Melalui kepimpinan baharu, Berjasa bertekad untuk meneruskan aspirasi dan cita-cita perjuangan Arus Baru bagi mengembalikan dominasi Orang Melayu sebagai kaum majoriti di persada politik tanah air. Dengan laungan ‘Melayu Sepakat Islam Berdaulat’, Berjasa beriltizam untuk memastikan kesepakatan Melayu yang bakal dicapai akan menjamin kestabilan dan keharmonian negara Malaysia. Gaya politik baharu yang ditampilkan Arus Baru […]