Entries by thalhah kamarol

Polis Perlu Siasat Fitnah Aktivis LGBT

Nu’man Afifi yang mengaku secara terbuka bahawa beliau merupakan seorang gay dan juga aktivis LGBT sekali lagi mencetuskan huru-hara apabila memuatnaik gambar tidak lengkap berkenaan penulis dan panel garis panduan identiti gender untuk klinik-klinik kesihatan seluruh Malaysia. Seolah-olah barisan panel hanya dalam kalangan pegawai agama daripada Jakim dan Jawi walhal senarai penuh panel terdiri daripada […]

Kerajaan PH Tidak Serius Tangani Isu Pengangguran

Data terbaru daripada Jabatan Statistik Negara sekali lagi menunjukkan peningkatan peratus kadar pengangguran di Malaysia daripada 3.3% pada Februari 2019 kepada 3.4% pada bulan March 2019. Menjadikan jumlah pengangguran dalam pasaran buruh sebanyak 521,300 orang, meningkat sebanyak 1% berbanding bulan lepas. Jumlah pengangguran telah meningkat sebanyak 2.5% dalam masa setahun antara bulan Mac 2018 dan […]

Saifuddin Abdullah Bukan Menteri Muslim Berwibawa

Menteri Luar Saifuddin Abdullah yang juga merupakan Ahli Parlimen Indera Mahkota sepanjang setahun di dalam kerajaan ternyata menunjukkan sokongan beliau terhadap gerakan LGBT yang semakin mendapat tempat di era Malaysia Baharu. Beliau sering mengongsi hantaran dari aktivis LGBT seperti Nu’man Afifi dan Comango serta menunjukkan sokongan terhadap gerakan ini tetapi menunjukkan sikap yang begitu dingin […]

LAUNGAN ASLI PERPADUAN UMMAH BERJASA

Hari ini kita banyak mendengar slogan-slogan manis berkenaan perpaduan Melayu terutamanya yang dicanangkan oleh UMNO dan PAS. Berjasa menyambut baik kerjasama erat ini kerana tiadalah dapat kita nafikan bahawa kunci utama kepada kemakmuran dan kestabilan negara ini adalah dengan perpaduan Melayu. Berjasa terus menyokong usaha-usaha kearah perpaduan Ummah malah menyambut baik sekiranya kerjasama ini melangkaui […]

Kerajaan PH Defisit Integriti

1.Setahun berlalu, Pakatan Harapan menduduki Putrajaya. Umum mengetahui bahawa PH memenangi undi di Pilihanraya Umum ke-14 (PRU14) yang lalu adalah hasil dari kelemahan kepimpinan Kerajaan Barisan Nasional yang dituduh penuh rasuah dan kleptokrat. 2.PH, lantas menjanjikan sesuatu yang kononnya lebih baik dan manis. Selain dari menjanjikan bulan dan bintang kepada anak muda seperti tol dihapuskan, […]

KERUGIAN BESAR JIKA LYNAS BERPINDAH KELUAR NEGARA

Tindakan demi tindakan yang diambil oleh kerajaan PH terhadap pengeluar bahan nadir bumi, Lynas sejak akhir-akhir ini telah menyebabkan pihak Lynas mencari alternatif lain termasuk berpindah. Desakan yang tidak berasas seperti mengembalikan sisa yang terbukti tidak merbahaya dari kilang Lynas (erdasarkan kepada kajian-kajian dan laporan terdahulu), ke tempat asal menjadi bahan tertawa dunia. Malah kerajaan […]

PIMPINAN MUDA IMPIAN BERJASA

Malaysia dari sudut perlembagaannya memposisikan bangsa Melayu, agama Islam dan intitusi Raja Melayu dengan tersusun sesuai dengan sejarah negara dan faktor komposisi kaum. Maka penguasaan politik perlu kembali kepada Melayu Islam demi kestabilan negara. Kestabilan jangka panjang ini juga akan turut di nikmati oleh kaum kaum lain. Adakah kita telah bersedia untuk tugas yang berat […]

ORANG MELAYU PALING MALANG MENJELANG HARI RAYA

Tiada lagi ungkapan yang lebih tepat untuk diungkapkan selain ‘malang’ untuk orang Melayu menjelang hari raya di bawah pemerintahan kerajaan PH ini. Beberapa hari sebelum hari raya kita dimaklumkan bahawa tiada duit raya untuk peneroka Felda tahun ini. Peneroka Felda yang selama ini bersusah payah bertungkus lumus berkerja membangunkan Felda, akhirnya dibalas dengan tanpa sebarang […]

KESATUAN DAN PERPADUAN MELAYU ISLAM JAMINAN KESTABILAN NEGARA

Sempena 10 hari terakhir bulan Ramadhan yang mulia ini, marilah kita sama-sama merenung sebentar perintah Allah dalam permulaan ayat 103 surah al-Imran bermaksud: “Dan berpegang teguhlah sekalian dengan tali Allah dan janganlah kamu bercerai berai”. Sehubungan dengan itu juga, kalau kita imbas kembali seerah Nabi di mana kesatuan dan persaudaraan orang Ansar dan Muhajirin menjadi […]

SIRI 3: BERJASA PARTI PIMPINAN MUDA

Hati yang kukuh dengan akidah Islamnya dan minda yang berisi ilmunya. Istiqomah pendirian dan bangkit mengharungi arus liberal yang sedang mengancam agama, bangsa dan negara. Membaca tentang budaya, sosial, politik, ekonomi, isu dalam negara dan antarabangsa. Pemuda yang tidak sekadar dengan hasil kajian nya sendiri kini berkolobrasi dengan pusat-pusat kajian dan pusat-pusat latihan kepimpinan yang […]