Entries by azura ali

Menangani Perubahan Sosioekonomi Pasca Covid-19

Wabak Covid-19 yang melanda dunia pada hari ini akan memberi kesan yang besar kepada semua sektor dan individu. Kita akan berdepan dengan satu keadaan yang disebut ‘new normal’ dan juga ‘no more business as usual’. Semua perancangan negara sama ada ekonomi mahupun sosial, akan berubah. Di sinilah kepentingan sebuah kerajaan yang stabil dan berwibawa yang […]

Rentap Jeriji Besi Untuk Selamatkan Jiran

Seremban – 27 April, laungan suara meminta tolong awal pagi tadi telah menyelamatkan mangsa dan sebuah rumah daripada hangus dijilat api di Taman Sri Rembau di sini awal pagi tadi. Jeritan suara yang kuat sekitar jam 2.40 pagi tadi menyebabkan Pengerusi Berjasa Negeri Sembilan, Ustaz Zamani Ibrahim seisi keluarga yang juga jiran mangsa bergegas bangun […]

Salam Ramadhan Al-Mubarak

1. Alhamdulillah, kita bersyukur ke hadrat Allah swt kerana dengan limpah kurnia dan inayahNya, Allah panjangkan umur kita, bertemu sekali lagi bulan Ramadhan, bulan yang penuh dengan keberkatan dan kemuliaan. 2. Ramadhan boleh dianggap sebagai madrasah atau universiti tarbiyah yang mana keluaran atau graduannya yang lulus dengan cemerlang mengharapkan keampunan, rahmat dan kebebasan dari api […]

Impak Penurunan Harga Minyak Dunia Kepada Negara

Kebergantungan negara terhadap hasil petroleum naik sehingga ke 30% selepas GST dihapuskan oleh kerajaan pemerintah 22 bulan. Menteri Kewangan dari parti rasis dan cauvanis DAP, Lim Guan Eng membuat Bajet 2020 dengan andaian harga minyak $62 setong! Hari ini dalam sejarah buat pertama kali harga dagang minyak Amerika Syarikat (WTI) jatuh ke paras negatif! Harga […]

Antara Dua Darjat: Di Mana Integriti Kerajaan?

Setiap hari, bilangan penduduk yang melanggari perintah PKP bertambah dilaporkan di media massa oleh kerajaan. Mereka bukan sahaja disaman, malah ada yang terus dibawa ke balai untuk dihadapkan ke mahkamah. Malangnya, tindakan tegas dan drastik yang sama, tidak diambil kepada VIP dan pemimpin negara walaupun telah jelas dilaporkan dalam media sosial melalui facebook dan sebagainya. […]

Peluang Keemasan Kerajaan PN Untuk Jujur Buat Perubahan

Wabak covid-19 yang melanda negara kita Malaysia memberi kesan kepada semua lapisan masyarakat. Kehidupan seharian rakyat telah berubah dan dijangka akan berubah dengan banyak selepas wabak ini reda. Kerajaan yang ada pada hari ini berada dalam situasi yang genting yang bukan sahaja kena berhempas pulas mengatasi krisis ini tetapi juga berhadapan ujian ketahanan dan keutuhan […]

‘TikTok’: Menteri KPT Tiada Agenda Bina Generasi Muda

Penganjuran pertandingan ‘TikTok’ membuktikan Menteri Pengajian Tinggi tiada agenda yang jelas untuk membina generasi pemimpin masa depan, kata Naib Presiden Barisan Jemaah Islamiah Se-Malaysia (BERJASA), Ustaz Mohd Hazizi Ab Rahman. Menyifatkan aplikasi TikTok sebagai hiburan, beliau berkata, pertandingan seumpama itu tidak memberikan sebarang faedah kepada pelajar sekolah apatah lagi Institusi Pengajian Tinggi (IPT). “Hiburan ada […]

Cadangan Kepada Pentadbir, Pensyarah Dan Mahasiswa Universiti Ketika PKP

1. Universiti merupakan institusi yang amat penting dalam pembangunan sesebuah negara. Di sinilah tempatnya yang akan membekalkan sumber manusia berkualiti yang diperlukan di semua sektor. Di sini juga hasil-hasil penyelidikan dan perundingan yang kreatif dan inovatif dibangunkan untuk kemajuan dalam sains, teknologi dan lain-lain bidang. Selain daripada itu, di institusi ini berkumpulnya para sarjana pelbagai […]

Penganjuran “TikTok Contest” Sangat Memalukan, Batalkan Segera

Baru-baru ini tular berkaitan sebuah video “Tiktok Contest” yang mana kelihatan kelibat seorang menteri dan bersama dua orang “influencer”. Video tersebut mempromosi pertandingan yang dianjurkan.   Dalam tempoh PKP yang dihadapi oleh rakyat ketika ini yang seharusnya dimanfaatkan sebaik mungkin, timbul pula suatu idea yang sangat memalukan daripada wakil kerajaan.   Adakah serendah itu pemikiran […]

ANGKASA Gesa Kerajaan Batalkan Kebenaran Pengecualian Operasi Syarikat Arak

Merujuk kepada satu surat pengesahan pengecualian operasi oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) kepada syarikat pengeluar arak Heineken Malaysia Berhad yang tular di kalangan warga maya, Angkatan Pemuda-Pemudi BERJASA (ANGKASA) memandang serius perkara ini dan sekiranya benar, menentang dan menggesa supaya KPDNHEP membatalkan kebenaran tersebut. Ketika para petugas di barisan hadapan […]