AHLI JAWATANKUASA

Puan Asral Widad bt Ahmad Asnawi

Asral Widad Binti Ahmad Asnawi, dilahirkan pada 19 September 1976 di Jitra, Kedah.

Akademik :

Mendapat pendidikan awal di St. Sidwell’s School Exeter, United Kingdom & Convent Girls School Kajang. Kemudian melanjutkan pelajaran di SMKA Maahad Hamidiah, Kajang dari tahun 1989 hingga 1991. Beliau menempa kecemerlangan di dalam SRP dan menerima tawaran melanjutkan pelajaran ke Kolej Islam Sultan Alam Shah (KISAS) dari tahun 1992 hingga 1993.

Kemudian beliau melanjutkan pelajaran di Asasi Undang-undang Universiti Islam Antarabangsa dan berjaya menjadi antara pelajar terbaik dengan mendapat keputusan cemerlang Dean’s List bagi 2 semester. Kejayaan ini telah melayakkan beliau melanjutkan pelajaran dalam dua bidang sekaligus iaitu Undang-undang Sivil dan Undang-undang Shariah di University Islam Antarabangsa dan beliau telah menamatkan pengajian Bachelor in Laws (LL.B) pada 2000. Beliau telah melanjutkan pengajiannya dalam Masters in Law (LL.M) di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan menamatkan pengajiannya pada 2003.

Pengalaman kerja:

2003-2007 : Menjadi pensyarah separuh masa mengajar subjek Cyber Law, Malaysian Business Law dan Company Law di beberapa Universiti seperti Kuliyyah Information Centre & Technology (KICT) UIAM, Kuliyyah Ekonomi (KENMS) UIAM, Open Universiti Malaysia (OUM). 

2004-2005 : Mengajar subjek Principles of Law, Law of Contracts, Law of Torts untuk A-Level Students di INTI Kolej Subang Jaya.

2005-2007 : Mengajar Principles of Law, Law of Contracts, Law of Torts Intellectual Property Law, Business Law dan Cyber Law di Lim Kok Wing University College (LUCT), Cyberjaya.

2019 : Mentor kepada usahawan muda PACU Publishing, Dapur Acu, Kembara Battuta, KALAM, EduvaletPACU  dan Akademi Hazen.

Aktivisme dan NGO :

2010 : Pengasas Raudhatul Huffaz dan kini 57 cawangan seluruh Malaysia dan telah menyantuni ribuan pelajar termasuk 17 cawangan di Sabah (343 pelajar ‘stateless’ dan muallaf).

2013 : Pengasas dan Pengerusi Pusat Jagaan dan Pendidikan Wargaemas Darul Insyirah yang kini mempunyai 4 cawangan.

2015 : Pengasas dan Pengerusi Pusat Kecemerlangan Pendidikan Ummah dibawahnya inisiatif untuk membangunkan ummah melalui pendidikan :

Projek Tusyen Ummah  (PROTU) – memberi tusyen matematik dan sains di pangsapuri kos rendah PPRT (300 pelajar).

i-Backyardscience – menggubal modul Sains Tauhidik yang digunapakai sebagai kelab di sekolah swasta dan di program cuti sekolah seluruh Malaysia dan di Singapore.

i-Backpackers : Kembara Varsiti & Kerjaya – menggubal modul dan membawa pelajar ke Universiti dan berjumpa CEOs ke arah melahirkan graduan Muslim hebat.

Pencapaian

2015 – Mendapat undian tertinggi dikalangan pengendali wargaemas peringkat kebangsaan anjuran MyAgeing UPM dan seterusnya dilantik sebagai Presiden Pertubuhan Pengendali Wargaemas Se-Malaysia (AGECOPE)

2016 – Dilantik sebagai ahli Majlis Perunding Wanita Islam Malaysia (MPWIM) dibawah YADIM

2017 – Timbalan Pengerusi WAFIQ

2018 – Menerbitkan buku bertajuk ‘Di Sebalik 114 Nama-nama Surah’ dibawah PACU Publishing