BERJASA Kapar tambah 100 keahlian baru daripada kalangan anak-anak muda

Klang, 20 Syaaban 1442H, Sabtu – Barisan Jemaah Islamiah Se-Malaysia (BERJASA) Bahagian Kapar dengan berbesar hati telah menyerahkan 100 borang keahlian jawatankuasa penajaan kawasan Kapar kepada Naib Presiden BERJASA Tn. Hj Abd Samad Bin Ashaari.

100 orang ahli jawatankuasa penajaan ini lebih menyasarkan kepada penyokong-penyokong BERJASA sejak PRU 13 lagi, ini termasuklah pimpinan-pimpinan setempat, golongan anak muda, persatuan-persatuan dan kumpulan seperti Kelab Motosikal Kuda Besi, Madrasah Annawawi, Pusat Pengajian Al Quran Anjung Lestari, rakan-rakan strategik daripada kalangan peminat idea, wawasan dan prinsip yang diperkenalkan oleh BERJASA dan orang perseorangan.

Hasil tinjauan mendapati mereka ini majoritinya adalah daripada golongan anak muda. Hal ini telah menunjukkan bahawa BERJASA semakin mendapat sambutan sehingga ia sanggup didokong dan disokong oleh anak muda dan seterusnya secara tidak langsung sebagai langkah persediaan untuk menggalakkan anak muda supaya lebih cakna dan peka untuk keluar mengundi kelak.

Seterusnya, BERJASA juga komited membuka ruang dan pentas untuk anak muda berjuang didalam politik negara ini.

BERJASA bahagian Kapar juga bersedia untuk memahamkan anak muda berkenaan konsep dan prinsip dalam memahami isu-isu politik di dalam negara.

Hal ini supaya satu hari nanti tampuk kepimpinan boleh disandang oleh anak muda dalam membawa nafas baharu berkaitan isu politik dan dapat memberi keseimbangan tenaga kerja kepada golongan veteran yang berpengalaman dan golongan anak muda yang penuh semangat.

Sehubungan itu, mantan calon BERJASA yang bertanding di parlimen Kapar, Ustaz Mohd Fathan Bin Husin yang telah mendapat sokongan sebanyak 7000 undian pada ketika itu telah menyiapkan jentera yang dibinanya sejak PRU 13 demi menghadapi PRU 15 yang akan mendatang.

Akhir sekali, BERJASA bahagian Kapar akan terus menawarkan solusi, agenda dan perjuangan ikhlas, bukan retorik janji-janji manis manifesto semata-mata kepada rakyat Malaysia.

0 replies

Leave a Reply

Want to join the discussion?
Feel free to contribute!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *