BERJASA bertanding dalam PRU-15 atas tangunggjawab untuk menyelamatkan negara

Keputusan BERJASA untuk bertanding dalam PRU-15 nanti didorong rasa tangunggjawab untuk menyelamatkan negara ini daripada anasir luar dan tangan-tangan jahat yang tidak bertanggungjawab. Jika anda semua sayangkan negara, dan risaukan masa depan generasi kita yang seterusnya ayuhlah bersama-sama kami.

Ketika rakyat seakan sudah hilang harapan dan buntu melihat masa depan negara yang kabur, BERJASA tampil dengan agenda yang besar dan imej yang segar. Parti ini memperjuangkan satu gagasan kepimpinan baharu yang belum pernah diketengahkan oleh mana-mana parti politik di Malaysia sebelum ini. Kami amat yakin dan percaya, kepimpinan baharu acuan BERJASA inilah solusi tuntas yang telah lama dinantikan oleh seluruh rakyat Malaysia.

BERJASA menawarkan diri bagi memimpin negara bukan sekadar untuk menambahbaik urus tadbir negara, namun lebih dari itu kami ingin merubah peradaban rosak yang berteraskan atheism pada hari ini kepada peradaban yang berteraskan aqidah Islam sepenuhnya. Bersendikan falsafah peradaban inilah, BERJASA akan membangunkan kekuatan sistem yang tersendiri mencakupi semua elemen yang perlu bagi membentuk kekuatan nasional.

Sedar atau tidak, kerosakan dalam sistem politik Malaysia hari ini adalah disebabkan falsafah perjuangan yang terpesong, diwariskan oleh kuasa penjajah serta didominasi oleh golongan elit liberal dan kapitalis ekonomi. Lantas, integriti, kompetensi mengurus, kedaulatan negara dan kepentingan rakyat menjadi perkara sampingan bahkan terkadang disorok ke tepi, terbiar ibarat layang-layang yang putus tali.

Kepimpinan baharu BERJASA menjanjikan pemerintahan berasaskan hikmah untuk menegakkan kebenaran dan keadilan demi keamanan, kemakmuran dan kebahagiaan insan melalui dominasi dan hegemoni politik. Jika terminologi ini saudara saudari rasakan terlalu asing, mari kita terangkan secara mudah citra baharu Malaysia jika BERJASA berada di tampuk pemerintahan negara.

Dato’ Ts. Ir. Dr. Haji Badhrulhisham bin Abdul Aziz

 

 

0 replies

Leave a Reply

Want to join the discussion?
Feel free to contribute!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *