BERJASA Johor sokong tindakan letak calon UMNO PRU15, mahu PN ketengah calon Melayu di DUN

PONTIAN, 25 Mac – BERJASA Johor mengikuti rapat perkembangan semasa politik terutamanya melibatkan kawasan Tanjung Piai.

Perebutan kerusi bagi DUN dan Parlimen antara BN dan PN yang masih belum selesai bahkan bertambah panas sehingga berlaku persaingan sihat antara kedua-dua jentera parti yang rancak bergerak menyantuni masyarakat sekarang ini.

Mengulas kenyataan Datuk Jefridin Atan, Ketua Umno Bahagian Tanjung Piai yang menyatakan bahawa Kerusi Tanjung Piai adalah milik Umno pada PRU 15 sebagaimana janji presiden yang dibuat pada PRK yang lalu.

Pengerusi Perhubungan BERJASA Johor, Mohd Izzul Hafizuddin berkata, “Berjasa Johor menyokong tindakan untuk meletakkan calon Umno pada PRU 15 nanti kerana itulah mesej yang kita mahu sampaikan. Kawasan majoriti Melayu selayaknya diwakili oleh wakil rakyat Melayu.” Beliau berkata demikian ketika menyampaikan sumbangan bantuan persekolahan kepada penerima di Kampung Parit Bilal, Rambah, Pontian.

Namun BERJASA akan terus bergerak di kawasan Tanjung Piai kerana mahu fokus menyantuni dan membantu seramai mungkin masyarakat di sini. Sebarang perubahan atas desakan MCA yang jika berlaku saat akhir memungkinkan Berjasa akan meletakkan calon sebagai alternatif kepada pengundi.

0 replies

Leave a Reply

Want to join the discussion?
Feel free to contribute!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *