BERJASA Johor kerahkan bantuan dan tenaga segera kepada mangsa banjir di Johor Bahru

Johor Bahru : Seramai lebih daripada 300 keluarga di sekitar Johor Bahru terjejas banjir akibat hujan lebat. Semua Mangsa banjir yang terjejas telah berjaya dipindahkan ke  pusat pemindahan sementara (PPS).

Pengerusi Jawatan Kuasa Negeri BERJASA Johor, Izzul Hafiz telah mengerahkan tenaga sukarelawan untuk mengagihkan bantuan kepada mangsa-mangsa banjir di PPS. Turut hadir sama mengetuai kumpula sukarelawan ini adalah Ketua ANGKASA Johor, AD Satiman.

“Kita telah berjaya mengerahkan sukarelawan untuk turun membantu mangsa-mangsa banjir sebentar tadi. Kita juga mengagihkan 100 pak bantuan kepada semua mangsa banjir.

“Kita akan usahakan lagi bantuan susulan yang lebih banyak bagi meringgankan beban mangsa banjir.  Dana sumbangan untuk mangsa banjir kita telah lancarkan sebentar sahaja tadi.

“RM 50, 000 sasaran kita untuk bantuan kali ini bagi meringgankan beban mangsa-mangsa banjir. – tambah beliau.

0 replies

Leave a Reply

Want to join the discussion?
Feel free to contribute!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *