3000 facemask berjaya diagihkan kepada warga kotaraya KL oleh WIBAWA

Kuala Lumpur : 3000 facemask telah berjaya diagihkan oleh 2O orang aktivis Kelab Mahasiswa BERJASA.

Ketua Pengarah Program, Ahmad Muntasir berkata “program ini adalah satu inisiatif mahasiswa turun berjumpa masyarakat dan menyampaikan facemask kepada mereka untuk digunakan dalam suasana Covid19 yang belum lagi reda.

“NGO PAKUAM, Pertubuhan Amal Kebajikan Ukhwah Anak Malaysia juga turut sama turun membantu dalam edaran kali ini.

“Kita menyasarkan edaran ini kepada setiap warga kotaraya yang lalu-lalang disini untuk memastikan warga kotaraya terus mematuhi SOP KKM dengan sentiasa memakai facemask.

“Usaha ini adalah sebagai satu tanda komitmen mahasiswa dan NGO tempatan membantu kerajaan untuk memberikan kesedaran kepada rakyat Malaysia.

“Kita akan teruskan lagi edaran facemask ini dari masa ke semasa selepas ini. Kita akan mengerakkan lebih ramai kumpulan mahasiswa untuk terlibat di dalam projek ini pada masa akan datang. – katanya kepada Wartawan BERJASA.

0 replies

Leave a Reply

Want to join the discussion?
Feel free to contribute!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *