Penerokaan mineral nadir bumi di Kedah adalah satu usaha strategik yang penting

ππ„ππ„π‘πŽπŠπ€π€π πŒπˆππ„π‘π€π‹ ππ€πƒπˆπ‘ ππ”πŒπˆ πƒπˆ πŠπ„πƒπ€π‡: 𝐒𝐀𝐓𝐔 𝐔𝐒𝐀𝐇𝐀 π’π“π‘π€π“π„π†πˆπŠ π˜π€ππ† ππ„ππ“πˆππ†

1. BERJASA menyambut baik usaha Kerajaan Negeri Kedah dalam membangunkan industri nadir bumi dengan memberi dan meluluskan permit kepada sebuah syarikat tempatan bagi menerokai mineral tersebut yang dianggarkan bernilai RM60 billion.

2. Malaysia yang kaya dengan mineral perlu mengambil peluang ini dengan membangunkannya secara holistik termasuk mengambil kira penjagaan dan kelestarian alam sekitar.

3. Untuk membangunkan industri nadir bumi dari peringkat melombong sehingga kepada pengeluaran logam dan produk hiliran, negara memerlukan bukan sahaja sumber mineral tersebut, tetapi banyak lagi perkara-perkara penting yang akan menyokong industri itu.

4. Antaranya adalah polisi dan dasar yang baik; sumber manusia yang kompeten; penyelidikan dan pembangunan teknologi tempatan berkaitan; dana pelaburan yang mencukupi dan juga peraturan keselamatan dan alam sekitar yang mantap.

5. Adalah diharapkan Kerajaan negeri Kedah dan juga kerajaan Persekutuan dapat memastikan industri ini dapat dibangunkan menggunakan tenaga pakar tempatan dan juga dibangunkan oleh syarikat tempatan tanpa bergantung kepada pihak luar.

6. Sudah sampai masanya pihak Kerajaan memberi kepercayaan, peluang dan memenafaatkan sumber manusia tempatan dalam bidang industri mineral ini.

7. Malah banyak usaha-usaha tempatan telah dilakukan oleh pakar-pakar kita dalam mengenengahkan bidang strategik ini. Akademi Sains Malaysia telah menerbitkan beberapa dokumen termasuk satu β€˜blueprint’ yang komprehensif mengenai nadir bumi pada tahun 2012. Bukan itu sahaja, Universiti Malaysia Pahang telah menubuhkan Rare Earth Research Center pada tahun 2014 di Gambang dan yang terkini, Universiti Malaysia Kelantan telah mengumumkan penubuhan pusat nadir bumi, emas dan mineral yang diketuai oleh pakarnya, Dr Hafidz Yusoff, dengan kerjasama Kerajaan Negeri Kelantan.

8. Kewujudan syarikat pemprosesan nadir Bumi, Lynas, di Kuantan juga dengan majoriti tenaga kerjanya adalah anak tempatan, membuktikan Malaysia mampu membangun, mengurus dan memperkasakan industri nadir bumi yang amat strategik pada masakini dan di masa akan datang.

Dr Badhrulhisham Aziz

Presiden BERJASA
0 replies

Leave a Reply

Want to join the discussion?
Feel free to contribute!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *