Mengharamkan penjualan arak sepatutnya tidak menjadi isu

Malaysia adalah sebuah negara Islam yang sedang menuju kesempurnaan. Bilangan MP muslim adalah cukup ramai dan sepatutnya tidak timbul lagi isu penjualan arak ini dikedai kedai runcit dan kedai serbaneka.

Dalam isu ini BERJASA amat mementingkan watan dan sentiasa bertindak bijaksana selari dengan tuntutan syariat. Penjualan arak memang menyumbang kepada ekonomi negara melalui kutipan hasil cukai, namun keburukan juga sangat besar kesannya keatas watan.

Berdasarkan pertimbangan neraca hikmah, keburukan yang menimpa watan disebabkan kerugian hasil cukai kerana mengharamkan penjualan arak adalah sangat kecil berbanding keburukan yang akan ditanggung oleh watan sekiranya dibenar penjualan arak dimerata rata kedai runcit dan serbaneka.

BERJASA bersama PEMBELA dari sudut memperjuangkan agenda ummah dan watan. Sepatutnya Pengerusi PEMBELA sudah boleh memikirkan agenda lain, ini kerana barisan MP muslim yang boleh bersuara di parlimen sepatutnya bersuara dan zahirkan sokongan dalam isu arak ini. Lebih malang lagi terdapat juga MP muslim lebih sudu daripada kuah dalam mempertahankan penjualan arak.

BERJASA sangat bersetuju pengharaman menjual arak. Ini kerana rakyat secara umumnya inginkan negara ini menjadi sebuah negara bebas arak. Keredhaan Allah adalah matlamat sebuah negara Islam. BERJASA cukup yakin, negara kita tidak akan menjadi miskin sekiranya tidak dapat mengutip hasil cukai penjualan arak.

**Zamani bin Ibrahim**
Ketua Penerangan BERJASA Pusat.

0 replies

Leave a Reply

Want to join the discussion?
Feel free to contribute!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *