Platform Politik Liberal

Liberal boleh ditakrifkan dengan pelbagai maksud mengikut kepada kerangka fikir individu itu sendiri. Dato Sri Anwar Ibrahim pernah mengakui beliau ialah seorang yang liberal yakni mendengar pandangan daripada semua pihak tak kira agama mahupun bangsa. Manakala matlamat kelima Wawasan 2020 yang tak berjaya dicapai telah menyatakan bahawa

“Mewujudkan masyarakat liberal dan bertolak ansur, dengan rakyat Malaysia pelbagai kaum bebas mengamalkan adat, kebudayaan, dan kepercayaan agama mereka dan pada masa yang sama meletakkan kesetiaan mereka kepada satu negara”.

Kerangka politik boleh jadi terlalu fleksibel dan terbuka, bilamana impian PAS mahu menjadikan Malaysia sebagai “Negara Islam” telah bertukar kepada “Negara Berkebajikan”. Walaupun pemimpin tersebut hanya bermain kata, namun sedikit sebanyak telah mewujudkan sifat keterbukaan kepada semua pihak.

Disebabkan sifat keterbukaan yang tidak berprinsip inilah telah menjadikan anak muda Melayu memilih platform bangsa lain untuk ke pentas politik. Saya pasti anak muda ini mempunyai agenda dan kepentingan yang tersendiri. Mempunyai sebab yang “kukuh” dan “utuh”, namun sayangnya hak dan batil sentiasa terpisah. Harapan bangsa ini ialah anak bangsa sendiri, bukan kaum lain. Dahulu, pahlawan Melayu berjuang keringat menentang komunis, hari ini anak bangsa sendiri sertai komunis. Berhenti mencari silap dan salah. Semua penggerak parti politik Melayu perlu muhasabah. Inisiatif BERJASA yang menubuhkan pentas politik baharu yang menolak warload dan politik wang seharusnya diangkat dengan bangganya oleh semua anak muda. Bukannya platform politik liberal.

Azrul Azham
Presiden Wibawa BERJASA

0 replies

Leave a Reply

Want to join the discussion?
Feel free to contribute!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *