BELANJAWAN 2021 : Wujudkan pencen sosial sebagai persediaan menuju status negara tua

KUALA LUMPUR, 5 November : Kerajaan perlu melakukan persediaan dalam aspek penyediaan perancangan kewangan kepada rakyat bagi menghadapi status negara tua pada 2030, kata Ketua Angkatan Pemuda-Pemudi BERJASA (ANGKASA), Hazwan Mohamad.

Beliau berkata, negara dijangka akan mencapai status negara tua pada 2030 apabila negara mempunyai penduduk berusia 60 tahun lebih ramai daripada penduduk berumur 60 tahun ke bawah.

“Bagi memastikan warga tua mempunyai pendapatan yang mencukupi ketika persaraan selain pencen yang disediakan oleh majikan, adalah dicadangkan kerajaan mewujudkan sistem pencen sosial yang mana telah banyak diperkenalkan oleh banyak negara yang mempunyai strata penduduk warga tua yang tinggi seperti
Jepun, United Kingdom dan Perancis.

“Tiga contoh negara ini adalah contoh yang boleh kita jadikan kayu ukur untuk menguji dan menilai keberkesanan mereka melaksanakanya,” katanya.

Tambah beliau lagi “Pencen sosial adalah pencen yang disediakan oleh kerajaan kepada semua tidak kira pekerjaan atau sektor mereka berkerja. Sepanjang tempoh berkerja, rakyat akan menyumbang peratusan kecil gaji mereka ke dalam tabung pencen sosial dan kemudian mereka akan menerima sejumlah pendapatan tetap ketika persaraan
mereka,”

Beliau berkata ketika demikian mengulas Belanjawan Alternatif 2021 yang telah dilancarkan oleh Majlis Tindakan Ekonomi Parti BERJASA Malaysia di Ibu Pejabat BERJASA. – Wartawan BERJASA

0 replies

Leave a Reply

Want to join the discussion?
Feel free to contribute!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *