Mohammadin tidak wajar menghina tugas anggota keselamatan sebagai sandiwara

Pencerobohan Lahad Datu pada tahun 2013 adalah pencerobohan keatas keselamatan negara. Mengatakan ianya sebagai sandiwara, lebih lebih lagi untuk dijadikan bahan kempen pilihanraya adalah sangat tidak bijak.

Mana mana ahli politik adalah tidak wajar untuk menjadikan kes pencerobohan tersebut sebagai tarikan kempen demi keuntungan partinya. Sepatutnya semua rakyat , pimpinan semua parti di negara ini meletakkan kedaulatan negara menjadi keutamaan agenda bersama.

Untuk membangunkan watan berdaulat, tidak ada yang lebih utama untuk dijaga bersama melainkan kedaulatan negara. Membangunkan watan berdaulat, tidak ada mana mana parti samada pihak kerajaan mahupun pembangkang boleh memperlekehkan tindakan yang diambil demi menjaga negara dari dicerobohi.

Mengambil sikap untung rugi kepada parti sehingga menghina anggota keselamatan negara, ianya bukan menggambarkan seorang pemimpin sebenar. Seorang pemimpin yang berwibawa mestilah memberikan keyakinan yang jelas serta berwawasan. Idea idea yang dilontarkan mestilah suatu yang dapat memberikan manfaat dan kebaikan kepada semua rakyat yang berbilang kaum di negara ini.

Cukup cukuplah berkempen dengan menjadikan isu keselamatan negara sebagai bahan tawa kembalilah kepada bentuk kempen yang sihat, berwibawa dan bijaksana. Negara kita perlukan kepada pemimpin yang mampu memacu negara bukannya pemimpin yang ketandusan idea.

Ustaz Zamani Ibrahim
Ketua Penerangan BERJASA

0 replies

Leave a Reply

Want to join the discussion?
Feel free to contribute!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *