Kenapa Saifuddin Abdullah tidak bantah kempen normalisasi LGBTQ di media ?

Pencabulan kehormatan kedaulatan negara oleh golongan LGBTQ ini semakin menjadi-jadi. Bukan isu yang baharu apabila naratif berunsur liberal ini ingin diangkat setanding dengan budaya watan kita.

Tidaklah terkejut dengan situasi yang berlaku hari ini, kerana usaha mereka dalam mengatur strategi agenda normalisasi dalam minda anak muda kelihatan semakin berjaya kerana usaha ini turut diangkat oleh ahli politikus yang tidak bertanggungjawab dan pengecut dalam mempertahankan dan membebaskan watan ini dari ideologi – ideologi sesat.

Terbukti usaha ini disokong kuat oleh Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) setelah mereka mengiktiraf dan membenarkan bentuk trend ini diadakan di sosial media.

Sosial media sepatutnya menjadi medan penyebaran ilmu dan ideologi yang benar dalam minda masyarakat. Ia merupakan medium utama masa kini yang mampu diakses oleh semua golongan yang semuanya kini dihujung jari.

Bukannya melepaskan batuk ditangga dan memenangkan semua pihak tidak kenal lurus atau bengkok?

Setiap ruang yang mereka buka kepada pihak yang tidak bertanggungjawab ini, akan merosakkan pemikiran dan kesihatan mental anak muda dek terpengaruh dengan sosial media yang kini menjadi musuh dalam selimut.

Selaku pihak yang mempunyai kuasa dan menjadi benteng pertama negara yang juga turut diangkat untuk menjaga mandat rakyat, namun memilih untuk menerima kehadiran trend songsang seolah membenarkan ideologi tersebut untuk diaplikasikan di negara berdaulat ini.

KKMM memainkan peranan penting dalam menyajikan apa jua berita dan informasi dalam mahupun luar negara. Saya menyeru kepada YB Dato’ Saifuddin Bin Abdullah agar meneliti kembali manfaat informasi dan segala bentuk trend sebelum diluluskan oleh KKMM.

Pemimpin muslim berwibawa diperlukan untuk mengisi setiap penjuru aspek politik demi memacu negara ini berpandukan perlembagaan yang selari dengan agama Islam.

Jadikan isu ini sebagai hikmah untuk kita lebih berhati-hati dalam memilih pemimpin yang akan membentuk negara ini pada masa akan datang.

Azrul Azham
Presiden Kelab Mahasiswa BERJASA

0 replies

Leave a Reply

Want to join the discussion?
Feel free to contribute!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *