BERJASA serah memorandum bantahan kepada SPRM

KUALA LUMPUR: Angkatan Pemuda Pemudi BERJASA (ANGKASA) tampil menyerahkan memorandum bantahan kepada SPRM pada pagi ini susulan kenyataan pelancaran portal rasmi SPRM berbahasa mandarin yang dilihat bercanggah dengan perlembagaan dan semangat cintakan bahasa Melayu.

Exco ANGKASA, Hazry Saimin menyerahkan memorandum berkenaan kepada pegawai SPRM untuk disampaikan kepada Ketua Pesuruhajaya SPRM, YBhg. Datuk Seri Azam bin Baki di Ibu Pejabat SPRM, Putrajaya, kira-kira jam 9.30 pagi.

Hazry Saimin berkata, ANGKASA mengutuk sekeras-kerasnya tindakan ini kerana imej agensi kerajaan perlu selari dengan perlembagaan Malaysia yang menganggkat bahasa Melayu sebagai bahasa utama bagi institusi dan agensi kerajaan. Bahasa selain bahasa kebangsaan sepatutnya tidak diberikan layanan supaya budaya tidak memahami bahasa kebangsaan di kalangan rakyat Malaysia berjaya dihapuskan.

“Kita beri masa dua minggu kepada SPRM untuk menyemak kembali tindakan mereka dan mengambil tindakan yang sepatutnya.

“Jika dalam tempoh tersebut, mereka gagal untuk bertindak. Kita akan sekali lagi turun untuk menghantar memorandum yang lebih tegas, katanya. – Wartawan BERJASA

0 replies

Leave a Reply

Want to join the discussion?
Feel free to contribute!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *