Portal SPRM Versi Mandarin: BERJASA akan serahkan memo dan petisyen minggu depan

KUALA LUMPUR – BERJASA melalui Angkatan Pemuda-Pemudi BERJASA (ANGKASA) akan menghantar memorandum dan petisyen bantahan kepada Ketua Pengarah SPRM bagi menuntut penjelasan dan menuntut SPRM untuk menutup portal rasmi berbahasa mandarin.

Memorandum tersebut akan diserah kepada Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Azam bin Baki di Putrajaya.

Ketua ANGKASA, Hazwan Mohamad berkata, ia merupakan memorandum penting yang dihantar oleh rakyat bagi menuntut penutupan portal rasmi SPRM berbahasa mandarin yang dilihat bercanggah dengan perlembagaan dan semangat cintakan bahasa kebangsaan.

Katanya, langkah itu tercetus selepas kenyataan media SPRM mengumumkan pelancaran portal rasmi berbahasa mandarin minggu lepas.

Sementara itu, Ketua Penerangan ANGKASA, Asyraf Badh berkata, isu berkaitan penguasaan bahasa kebangsaan bukan isu kecil, ia isu penting yang perlu diselesaikan oleh kerajaan segera.

“Kita akan desak sehingga SPRM akur dengan perlembagaan Malaysia. Pekara sebegini tidak boleh dibiarkan kerana akan menjadi titik tolak kepada banyak lagi tindakan yang sama akan berulang pada agensi lain,” jelasnya. – Wartawan BERJASA

0 replies

Leave a Reply

Want to join the discussion?
Feel free to contribute!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *