Tindakan SPRM melancarkan portal rasmi dalam bahasa Mandarin amat mendukacitakan

Tindakan pihak SPRM untuk melancarkan portal rasmi dalam bahasa mandarin, amat mengecewakan rakyat Malaysia kerana hal ini sudah termaktub didalam perlembagaan, bahawa bahasa melayu adalah bahasa kebangsaan yakni bahasa rasmi negara Malaysia. Benar, kita perlu memudahkan setiap rakyat untuk mendapatkan informasi dengan jelas tetapi tetap ada had nya. SPRM yang merupakan badan kerajaan juga tetap terikat dengan Perlembagaan Persekutuan untuk mengutamakan Bahasa Melayu.

WIBAWA tegas dengan pendirian kami, bahawa Bahasa Melayu perlu diutamakan dalam setiap sektor kerajaan mahupun dalam kalangan masyarakat. Bahasa Melayu bahasa perpaduan. Bahasa Melayu bahasa watan. Bangkit mahasiswa! Pertahankan identiti kita!

0 replies

Leave a Reply

Want to join the discussion?
Feel free to contribute!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *