Jangan jadikan jawatan dan kedudukan itu jalan untuk mendapatkan habuan dunia

Buka semula kitab, bagi mereka yang sudah lupa. Capai al-Muwafaqat, sebagai contoh.

Sesiapa yang berkecimpung dalam profession Wilayah Ammah, dia kena ingat dia tak boleh jadikan jawatan dan kedudukan itu sebagai habuan dan wasilah untuk mendapatkan habuan dunia.

Daripada sekecil-kecil Wilayah Ammah, seperti ketua kampung dan ketua taman, sampai ke ketua pengarah jabatan kerajaan, hinggalah ke profession ahli politik dan jawatan menteri.

Apakah maksud tiada habuan itu bermakna tidak boleh ambil gaji dan kemudahan?

Tidak. Ambil gaji dan elaun untuk buat kerja, tak ada masalah.

Tapi, dua perkara yang jelas daripada ciri ambil habuan dunia.

Pertama, menjadikan jawatan dan kedudukan Wilayah Ammah itu sendiri sebagai habuan, atau sebagai wasilah untuk mendapatkan habuan, menerusi kontrak-kontrak perbekalan, pembangunan dan lain-lain.

Ambil habuan daripada peruntukan kerajaan.

Kedua, menjadikan jawatan dan kedudukan Wilayah Ammah seperti milik peribadi dan parti, mengetepikan pihak lain yang lebih layak, hanya kerana berlainan parti.

Tidak peduli mengenai kredibiliti dan merit, yang penting dia sokong parti aku.

Apabila Wilayah Ammah dijadikan sebagai habuan atau sebagai wasilah untuk mendapatkan habuan, maka segala kuasa digunakan untuk mengekalkan jawatan dan kedudukan.

Jawatan dan kedudukan itu bukan digunakan untuk mencari pengganti kepimpinan yang paling bermutu dalam kalangan jutaan rakyat, sebaliknya digunakan untuk mencipta pengikut yang akan terus menyokongnya.

Oleh itu, ramai orang yang bermutu tidak diberi laluan. Akibatnya kepimpinan negara di semua peringkat semakin melemah, yang mendedahkan negara kepada isu keselamatan kedaulatan negara.

Itulah silsilah kerosakan akibat daripada sikap menjadikan Wilayah Ammah sebagai habuan.

Tulisan : Ustaz Hazizi Abd Rahman

0 replies

Leave a Reply

Want to join the discussion?
Feel free to contribute!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *