Pekebun Durian menceroboh Tanah Kerajaan : Menegakkan Benang yang Basah – WIBAWA

Pekebun Durian menceroboh Tanah Kerajaan : Menegakkan Benang yang Basah

Sedangkan barang yang dipinjam perlu dikembalikan kepada tuannya, inikan pula apabila barang tersebut dipinjam tanpa izin daripada tuannya. Tidak wajar jika si peminjam tanpa izin itu memberontak apabila tuan empunya barang menuntut kembali haknya.

Begitu juga dengan isu pekebun durian musang king yang telah menceroboh tanah kerajaan, berdemonstrasi beramai-ramai tanpa jarak fizikal yang selamat. Setelah 4 dekad mereka menikmati hasil tanaman tanpa membayar sebarang cukai. Hal ini adalah tindakan yang sangat tidak bermoral. Mereka seharusnya akur apabila dituntut oleh kerajaan. Manfaat cukai yang seharusnya diperoleh selama 40 tahun bukan sahaja mampu membantu menaik taraf fasiliti awam di Raub, malah dapat disalurkan ke institusi pengajian didalam negeri Pahang seperti UiTM Raub dan Universiti Malaysia Pahang.

WIBAWA dan seluruh Mahasiswa berpendirian bahawa pekebun-pekebun tersebut adalah dipihak yang salah, menegaskan agar pihak kerajaan perlu mengambil tindakan tegas seperti yang termaktub dalam perundangan yang ada, contohnya Kanun Tanah Negara 1965. Undang-undang kita bukan sekadar hiasan tetapi perlu dilaksanakan dengan komited. Jangan terperdaya dengan permohonan rundingan ‘win-win’ yang ingin dibuat, kerana ihsan kita telah dimanipulasi oleh mereka selama 40 tahun! Parti politik berkepentingan dalam isu ini perlu MALU kerana tindakan mereka yang mempertahankan pesalah-pesalah tersebut, menjadi bukti buat mahasiswa bahawa mereka tidak seharusnya memimpin kerajaan dan ini menjadi peringatan buat PRU-15 nanti.

Mahasiswa jangan berlembut dalam mempertahankan hak kita. Maqasid syariah juga menuntut kita untuk menjaga harta kita, iaitu tanah kerajaan tersebut. Ayuh mahasiswa berganding bahu dengan menutup segala pintu rundingan kepada perompak berumur 40 tahun ini! Ini Tanah Kita, Ini WATAN Kita!

0 replies

Leave a Reply

Want to join the discussion?
Feel free to contribute!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *