BERJASA akan bertembung kerusi tradisi PAS dan UMNO jika terus bacul dengan MCA dan MIC

KUALA LUMPUR : BERJASA bukan lagi sekadar parti yang bertanding di kawasan majoriti Melayu yang diberi kepada calon MCA dan MIC, seperti pada PRU13.

Kawasan-kawasan itu tetap dalam senarai BERJASA, namun kebaculan parti-parti Melayu di depan MCA dan MIC menyebabkan BERJASA membuat keputusan untuk menyasarkan kawasan tradisi calon UMNO dan PAS juga.

Kemenangan mungkin sukar dicapai pada PRU15, tetapi langkah untuk muncul sebagai parti harapan seluruh anak watan pada PRU16 dan PRU17 perlu dimulakan sekarang.

BERJASA menyusun langkah maju ke hadapan berbekalkan aset calon yang berwibawa dan berintegriti. Jujur setia pada agama, bangsa dan negara.

Kenyataan ini dikeluar oleh Naib Presiden BERJASA.
0 replies

Leave a Reply

Want to join the discussion?
Feel free to contribute!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *