Individu luar yang ikhlas, kompeten dan berprinsip berjuang boleh menjadi calon BERJASA

Saya menyeru kepada semua rakyat Malaysia: ahli-ahli akademik, ulama, ahli profesional, penjawat awam, golongan pekerja dan semua lapis masyarakat, memberi peluang kepada BERJASA untuk membuktikan apa yang disebut di atas. Kami yakin kami mampu merubah negara dengan kerjasama dan sokongan anda semua.

Kami percaya jika politik tanahair disertai dan dikuasai oleh mereka yang berkepentingan individu, tamakkan harta dan kedudukan, menjadi boneka, negara akan hancur.

Maka kami ingin membuka peluang seluas-luasnya kepada mana-mana individu yang cintakan tanahair, yang ikhlas berjuang untuk mendaulatkan watan ini dan yakin dengan pendirian dan prinsip kami, untuk menjadi calon BERJASA dalam PRU15 yang akan datang.

BERJASA percaya di luar sana masih ada individu yang berwibawa, ikhlas, berintegriti dan berwawasan yang mahu melihat perubahan lanskap politik negara dalam memperjuangkan kepentingan rakyat. Kita bukan parti yang taksub dengan politk kepartian tapi kami adalah negarawan yang mahu melihat negara dibangun dan diurus kearah satu tamadun unggul berasakan kebenaran dan keadilan. Inilah masuliyah atau tanggungjawab kita bersama. Sila hubungi kami dan kita berbincang dengan hati yang terbuka. – Presiden BERJASA

0 replies

Leave a Reply

Want to join the discussion?
Feel free to contribute!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *