BERJASA serius mengembalikan peranan wanita sebagai fungsi penting negara – Pemudi BERJASA

PUCHONG – BERJASA amat serius dalam mengembalikan fungsi utama wanita kepada negara ini. Ketua Pemudi BERJASA, Nurul Nazura Salim berkata “kita melalui sayap pemudi dan wanita BERJASA akan mengambil peranan sebagai ‘caretaker’, ‘penjaga’, ‘ibu’ kepada anak bangsa”. Fungsi ini cukup penting bagi mengembalikan negara ini kepada landasan yang betul untuk menjadi negara maju yang terbaik.

Tambah beliau lagi, “Kenapa wanita? Kerana wanita adalah ibu dan pembentuk generasi masa hadapan.  Ketikamana barat memperlekehkan peranan seorang ibu, seorang suri rumah, memperlekehkan usaha pembentukan generasi, kami di BERJASA berasa bangga dan bertanggungjawab untuk mengambil dan menggalas peranan sebagai ‘ibu’ kepada anak watan ini. Kerana kami amat yakin bahawa ‘tangan yang mengayun buaian itu mampu menggoncangkan dunia”.

0 replies

Leave a Reply

Want to join the discussion?
Feel free to contribute!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *