BERJASA akan bina metod politik baru supaya rakyat tidak taksub kepada parti

PUCHONG – Presiden BERJASA hari ini mengajak semua pihak untuk bersama-sama keluar daripada ketaksuban parti supaya kepentingan agama, bangsa dan negara tidak tergadai kerana kerasukan politikus mengejar jawatan dan pangkat dalam politik.

Sekarang bukan lagi masa untuk orang mencari laba politik, sebaliknya adalah masa untuk rakyat bangkit menuntut bela maruah dan hak kita yang telah tergadai.

Dato Dr Badhrulhisham berkata pada sesi media sebentar tadi, “mari duduk bersama semua pihak dan mengetengahkan calon-calon yang paling terbaik untuk negara. Banyak negara lain yang sudah mulakan”. Bukan lagi masa untuk meletakkan calon yang tidak kompeten kerana menjaga kepentingan parti dan pihak tertentu.

 

0 replies

Leave a Reply

Want to join the discussion?
Feel free to contribute!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *