Vernakular sudah menjadi barah, orang muda kena betulkan keadaan negara ini sekarang !

Vernakular sudah menjadi barah, marilah kita bersama-sama membetulkan keadaan negara ini !

1. Sekolah vernakular adalah kesilapan pemimpin generasi yang sudah menjadi barah kepada generasi kita. Anak-anak kita berpecah kerana dipisah-pisahkan bumbung pendidikan mereka. Bumbung pendidikan adalah alat untuk menyatukan anak kita semua.

2. Kita adalah generasi muda yang perlu segera memperbetulkan keadaan negara ini, jangan takut pada golongan tua yang hanya memikirkan kepentingan jawatan dan undi sahaja.

3. Semua ketua-ketua Pemuda Parti Melayu perlu bersuara, ini bukan masa untuk kita ‘playsafe’ lagi. Kita kesuntukan masa jika kita terus berlengah.

4. Sistem pendidkan kita sudah lama tidak diperbetulkan, hari ini dibuktikan apabila kerajaan Malaysia disaman oleh beberapa NGO untuk mengembalikan sistem pendidikan kita kepada landasan yang sebenarnya.

5. Perpaduan Nasional hanya menjadi retorik jika kita tidak mempunyai keinginan membetulkan keadaan ini.

Asyraf Badhrul
Ketua Penerangan ANGKASA

0 replies

Leave a Reply

Want to join the discussion?
Feel free to contribute!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *