Isu Air Selangor : ANGKASA desak MB dan Exco letak jawatan

ISU AIR SELANGOR: ANGKASA DESAK MB SELANGOR DAN EXCO LETAK JAWATAN

1.Setiap tahun, berjuta rakyat di negeri Selangor yang dikenali sebagai negeri maju dan kaya di Malaysia perlu menanggung beban akibat kegagalan urustadbir kerajaan negeri yang memerintah.

2. Lebih menyedihkan apa yang sedang ditanggung 1.2 juta rakyat marhaen di Selangor hari ini dan beberapa hari lagi bukanlah yang pertama.

3. Laporan Panduan Industri Air Malaysia (MWIG) mendedahkan negeri Selangor mencatatkan jumlah aduan masalah perkhidmatan dan gangguan bekalan air tertinggi berbanding negeri-negeri lain.

4. Kadar ini jika mengikut skala peratusan, ianya bermakna 50% daripada gangguan bekalan air yang dilaporkan di negara ini berlaku di Selangor sahaja. Cukup memalukan bagi sebuah negeri yang diuar-uarkan sebagai maju dan kaya.

5. Janji reformasi politik di negeri ini hanya manis ketika Pilihanraya. Bekalan air yang amat penting bagi kehidupan dipolitikkan. Yang menjadi mangsa adalah rakyat marhaen.

6. Dalam isu terbaru ini, ANGKASA diberi maklum bahawa pencemaran sungai yang berlaku adalah berpunca dari sebuah kilang yang pernah dikompaun RM60,000 atas kesalahan yang sama juga.

7. Ini bermakna tindakan yang sudah diambil tidak memberi kesan kepada pemilik kilang. Kompaun yang dikenakan terlalu kecil berbanding hasil keuntungan operasi kilang tersebut.

8. Insiden ini berulang namun tiada tindakan tegas. Kerajaan Negeri Selangor dilihat acuh tidak acuh sahaja dalam isu air ini. Jika tidak masakan, insiden yang sama berulang kembali?

9. Pengoperasian kilang di Selangor perlu pemantauan dan penguatkuasaan yang tegas. Namun, kegagalan urustadbir kerajaan negeri Selangor amat mendukacitakan.

10. Menteri Besar Selangor dan Exco terlibat perlu letak jawatan segera. Ternyata kegagalan demi kegagalan dalam pengurusan krisis air Selangor ini mengundang persoalan integriti dan kecekapan pengurusan kerajaan negeri Selangor.

11. Jutaan rakyat negeri Selangor mahukan sebuah kepimpinan negeri yang cekap dalam mengurus air dan tidak berdaya lagi mahu menanggung beban derita dalam isu ini saban tahun. Cukuplah.

Hazwan Mohamad,

Ketua Angkatan Pemuda-Pemudi BERJASA
0 replies

Leave a Reply

Want to join the discussion?
Feel free to contribute!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *