Jangan pecah belahkan kaum, kembali kepada roh asal pendidikan negara ini

Penyata Razak 1956 berdiri atas matlamat besar. Waktu itu semua bersetuju dengan tujuannya.

“…tujuan dasar pelajaran hendak menyatukan budak-budak daripada semua bangsa di dalam negeri ini dengan memakai satu peraturan pelajaran yang meliputi semua bangsa dengan menggunakan bahasa kebangsaan sebagai bahasa pengantar yang besar,walaupun perkara ini tidak dapat dilaksanakan dengan serta merta melainkan hendaklah diperbuat dengan beransur-ansur.” (Federation of Malaya 1956: Perenggan 12)

Ketiadaan pemimpin yang berjiwa besar menyebabkan kita jauh dari beransur-ansur untuk melaksanakan tujuan ini, malah kita pula semakin ditolak beransur-ansur. Tidak ada lagi walau seinci ruang melepasi garis sempadan tanah Malaysia ini yang masih mengekalkan sistem vernakular, melainkan negara kita.

Sistem yang selama ini menjadi batu tembok penghalang pada sebuah impian melihat anak bangsa Malaysia tidak terpisah-pisah dinding dan bumbung sejak usianya mengenal dunia. Kita perlukan pemimpin yang berjiwa besar melawan agenda sekumpulan manusia yang tidak sedar dek untung. Menuntut macam-macam perkara yang anti nasional.

Kita juga perlukan keberanian untuk memilih pemimpin yang tidak diikat kaki dan tangannya serta jiwanya oleh sekumpulan manusia yang rasis dan kiasu.

Hazwan Mohamad,
Ketua Angkatan Pemuda-Pemudi Parti BERJASA
0 replies

Leave a Reply

Want to join the discussion?
Feel free to contribute!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *