Pengkhianatan buat bumi Palestin – WIBAWA

Sdr. Azrul Azham, Presiden WIBAWA telah menyatakan ketidakpuasan hati beliau sewaktu persidangan konferensi virtual pimpinan WIBAWA bersama pimpinan-pimpinan tertinggi gerakan mahasiswa, antaranya ialah Sdr. Hafifi Hassan, Presiden PERINTIS. Sdr. Iqmal Asyraf, Presiden WAWASAN dan beberapa gerakan mahasiswa yang lain.
Pengkhianatan yang sangat dahsyat dan amat tidak wajar dilakukan oleh kerajaan Emeriah Arab Bersatu (UAE) terhadap umat Islam khususnya Palestin, iaitu bersetuju mengadakan hubungan diplomatik dengan menandatangani perjanjian damai antara UAE dengan negara rejim zionis ISRAEL.
“Saya tidak faham mengapa langkah ini diambil secara penuh tanpa melihat kepada kesan penderitaan rakyat Palestin yang masih berjuang sehingga hari ini untuk tanah mereka sendiri. Adakah ini perdamaian ISRAEL dengan negara arab atau negara arab mula mengikut telunjuk ISRAEL?”
Tindakan ini dianggap sebagai pengkhianatan terbesar yang dilakukan, lantaran kerajaan UAE sepatutnya menjadi pembela keadilan buat umat Islam khususnya di Palestin.
“Inilah hasilnya jika keuntungan politik diutamakan tanpa mengambil kira sentimen perikemanusiaan yang telah dilakukan oleh rejim zionis mezalimi nyawa umat Islam yang tidak bersalah. UAE adalah negara arab yang ketiga selepas Mesir dan Yordania mengiktiraf negara rejim zionis tersebut dengan menjalinkan hubungan diplomatik secara sah. Maka dengan ini secara rasminya pembukaan kedutaan besar, penerbangan langsung dan kesepakatan-kesepakatan bilateral yang lain akan ditubuhkan di antara dua negara ini” tambah beliau.
Kami mewakili mahasiswa seluruh Malaysia menentang sekeras-kerasnya perjanjian UAE dan ISRAEL serta berpegang teguh bahawa Baitul Maqdis adalah ibu negara berdaulat negara Palestin dan kerakyatan mereka adalah sah seratus peratus tanpa ada sebarang keraguan.
“Jika mahu melihat masa depan sesebuah negara, lihat generasi muda mereka pada hari ini” – Saidina Ali R.A. Ayuh kita bangkit bersama sebagai satu pasukan dan sumbangkan kebijaksanaan, kekuatan dan keberanian mahasiswa didalam satu tenaga bersama WIBAWA.
0 replies

Leave a Reply

Want to join the discussion?
Feel free to contribute!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *