Kerajaan jangan teruskan kesilapan dalam konflik UEC

BERJASA : Kerajaan jangan teruskan kesilapan dalam konflik UEC

Jawapan Menteri Pendidikan, Dr Radzi Jidin, kepada soalan Dr Maszlee Malik, bahawa penerimaan pemegang Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC) untuk mengikuti Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) di Institut Pendidikan Guru (IPG) sudah bermula sejak 2011, telah menghangatkan semula perbincangan tentang sijil milik pertubuhan rasis Dong Zong.

BERJASA menganggap keputusan kerajaan pada 2011 itu adalah satu kesilapan besar dan tidak harus diteruskan. Ini berdasarkan perkara-perkara berikut:-
1- Sistem pendidikan vernakular adalah punca kepada lahirnya generasi rakyat yang mempunyai ideologi bertentangan dengan aspirasi Perlembagaan Persekutuan, yang merupakan tiang seri perpaduan negara.
2- Sebarang pengiktirafan kerajaan terhadap UEC adalah satu langkah menyempurnakan strategi Dong Zong untuk memecah belahkan rakyat Malaysia dan meruntuhkan perpaduan negara, melalui sistem pendidikan vernakular selama ini.
3- Negara kita mempunyai aset yang mencukupi dan berupaya untuk mengeluarkan tenaga pengajar terlatih bahasa Cina, tanpa mengharapkan UEC. Langkah kerajaan untuk mengiktiraf sijil milik Dong Zong adalah tindakan dayus kerana tunduk pada pertubuhan rasis yang mempunyai sejarah penentangan yang begitu lama terhadap aspirasi Dasar Pendidikan Kebangsaan.
4- Kewibawaan Dasar Pendidikan Kebangsaan telah diperlekehkan menerusi langkah politik BN pada 2011 dan diteruskan oleh PH dan PN, dengan pengiktirafan terhad UEC ini. Kita semua tahu, sikap memandang remeh terhadap Dasar Pendidikan Kebangsaan, akan memecah belahkan masyarakat dan lambat laun membawa negara ke arah kehancuran.
Sehubungan itu, Berjasa mendukung cita-cita untuk menyatupadukan anak watan Malaysia menerusi sistem pendidikan satu aliran di peringkat kebangsaan, berpaksikan aspirasi Perlembagaan Persekutuan sebagai tiang seri perpaduan negara.
Bahasa ibunda dan budaya etnik seharusnya diajar dalam kerangka sistem pendidikan satu aliran tersebut, tanpa perlu adanya sekolah vernakular, apatah lagi UEC.
Tiada sebarang kompromi politik yang boleh memadamkan cita-cita dan agenda nasional yang Berjasa dukung dan perjuangkan ini.
Mohd Hazizi bin Ab Rahman
Naib Presiden Berjasa
0 replies

Leave a Reply

Want to join the discussion?
Feel free to contribute!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *