Hina Jawi: Serlah sikap Islamofobia kaum Cina acuan vernakular

 

 

BANGI, 20 Zulkaedah 1441H, Ahad – Kenyataan netizen Cina yang mengecam inisiatif kerajaan mewujudkan ‘Hari Jawi’ pada setiap Jumaat adalah penghinaan terhadap orang Melayu dan berbaur Islamofobia, kata Ketua Wanita Barisan Jemaah Islamiyah Se-Malaysia (BERJASA), Azizah Che Awang.

Hairan dengan perkara itu, Azizah berkata, kaum berkenaan sebaliknya membenarkan tulisan Jawi di guna pakai dalam urusan perniagaan dan pada produk keluaran mereka.

Beliau menegaskan bahawa netizen terbabit perlu sedar bahawa tulisan Jawi adalah sistem tulisan warisan nenek moyang yang menjadi teras kepada budaya dan kesenian Melayu yang mesti dihormati.

“Adakah unsur-unsur kebencian ini merupakan hasil daripada sekolah vernakular yang mengagungkan bangsa Cina dan budaya Cina dalam sistem pendidikan mereka?

“Jelas sekali keengganan mereka ini menunjukkan sikap tidak menghayati keluhuran Perlembagaan seperti di dalam Rukun Negara.

“Mereka lupa pada sejarah dan asal usul nenek moyang mereka sebagai pendatang di Tanah Melayu. Betullah kata pepatah, sikap generasi kaum Cina sekarang bagai kacang lupakan kulit,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Mengulas lanjut, Azizah berkata, insiatif kerajaan memperkasa Jawi pada setiap Jumaat akan membuka peluang kepada kaum Cina dan India untuk mengenali seni tulisan berkenaan sekali gus menjadi satu nilai tambah bagi diri mereka.

Katanya, pembelajaran tulisan Jawi sama sekali tidak menjejaskan budaya Cina dan India, tetapi ia harus dipandang dari sudut ekplorasi ilmu baharu yang perlu diraikan dalam kemajmukan etnik ke arah perpaduan nasional.

Justeru, katanya, pihaknya turut menggesa kerajaan untuk mengambil tindakan tegas dengan melucutkan taraf kewarganegaraan kepada individu yang dikenal pasti menghina keputusan jemaah menteri.

“…agar ianya menjadi pengajaran kepada rakyat Malaysia untuk menunjukkan kesetiaan dan ketaatan terhadap kedaulatan negara. Sudah-sudahlah menzahirkan sikap ‘apologetik’ terhadap kebiadaban ini, “ tegasnya.

Terdahulu, tinjauan Ismaweb.net di ruangan komen Facebook beberapa portal berbahasa Cina pada semalam mendapati, kebanyakan netizen Cina dengan biadab mengecam usaha Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri, selain mendakwa pelaksanaan itu disokong kuat anggota Kabinet MCA.

Di ruangan komen Facebook Malaysiakini versi Cina, beberapa netizen membantah dan memperlekehkan Hari Jawi sebagai usaha ke terbelakang.

“Adakah Jawi budaya Malaysia? Ahli politik yang berbalut kepala! Kita dah capai status negara maju,” tulis Kwee Fatt Chong.

“Tidak perlu memandu kereta lah! Naik unta dan berjalan kaki lebih baik,” tulis Lee Lih Yeong.

“Menteri Pengangkutan dalam Kabinet, Wee Ka Siong masih belum mengeluarkan kenyataan menyalahkan DAP?,” kata Yoon Kah Kian.

Sementara di ruangan komen Sin Chew Daily, pengguna bernama 钱英龙 (Qian Ying Long) menggesa, kaum Cina untuk berhenti berpolitik dan bersatu menentang pelaksanaan itu.

“Adakah ahli politik sedang mengarabkan negara ini? Lupa dirinya Melayu? Sebagai orang Melayu sepatutnya meneruskan komunikasi dalam bahasa Melayu,” tulis Alan Chin Weng Lon.

“Kalau begitu pada hari Jumaat semua orang Melayu makan daging babi,” tulis 阿发 (A Fa).

“Saya menyokong dasar ini, pada hari tersebut saya akan mengadakan jamuan babi, sambil minum arak dan menulis Jawi, baguskan?,” kata 甘子毅 (Gan Zi Yi).

“Kami masyarakat Cina juga mengumumkan hari Jumaat adalah ‘Hari Makan Babi’,” tulis 赖改翔 (Lai Gai Xiang) dalam ruang komen Pocketimes.

sumber – ismaweb

0 replies

Leave a Reply

Want to join the discussion?
Feel free to contribute!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *