MCA Sila Pilih Kawasan Majoriti Cina Sekiranya Benar Benar Nak Lawan DAP

Betul ke MCA ni memang tidak sehaluan dengan DAP atau hanya atas pentas politik sahaja, namun belakang tirai mereka sentiasa bertemu untuk makan besar.

PRU15 nanti mari kita uji MCA, tak usah sibuk hendak mengaku kerusi di kawasan majoriti melayu.
Silalah pilih dari sekarang untuk bertanding dikerusi majoriti cina dan selama ini dimenangi oleh DAP parti tamak haloba.

MCA dari sekarang kena isytiharkan DUN dan Parlimen mana yang mereka hendak bertanding. Pastikan DUN dan Parlimen itu adalah kawasan majoriti cina, ini baru betul betul tidak sehaluan dengan DAP. Terdapat 41 kawasan Parlimen dan 96 DUN, jumlah ini cukup banyak untuk MCA buat pilihan, kenapa Tg Malim yang dibisingkan. MCA sebenarnya nak tunjuk kuat dengan UMNO atau DAP.

Ini tidak, sibuk mengisytiharkan hendak bertanding di kawasan majoriti melayu. Bagi saya MCA parti melampau, sanggup ugut untuk keluar BN kalau selera rakusnya tidak dilayan. Ugutan ini menyebabkan UMNO longgar lutut untuk melangkah kehadapan.

MCA jangan hendak menambah kekuatan DAP dengan cara mencari kerusi di kawasan majoriti melayu. Mereka sedar kerugian besar kepada agenda bangsanya kalau sekiranya MCA bertanding melawan DAP.

Sekali lagi saya ingin menegaskan supaya MCA tunjukkan bahawa mereka tidak sehaluan dengan DAP. MCA hendaklah dari sekarang isytiharkan DUN dan Parlimen mana mereka hendak bertanding untuk merebut kerusi dari DAP.

Saya yakin UMNO dan PAS akan memberikan sokongan padu niat murni MCA terbut. MCA mesti hentikan kerja bodoh untuk bertanding di kawasan majoriti melayu, sudah terbukti MCA adalah parti sampah dari kacamata bangsanya.

Hj. Zamani bin Hj. Ibrahim
Ketua Penerangan
BERJASA Pusat.

0 replies

Leave a Reply

Want to join the discussion?
Feel free to contribute!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *