Kebiadaban DAP : Agenda ‘Malaysian Malaysia’

Angkatan Pemuda-Pemudi BERJASA (ANGKASA) Melaka menyeru pemuda pemudi supaya tidak lagi tertipu dengan parti tamak haloba, DAP. Parti tersebut juga menggunakan strategi pecah dan perintah untuk kekal berkuasa yang menyaksikan perpecahan Melayu Islam; bangsa majoriti di Malaysia. Hal ini telah terbukti ketika Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) dimana Melayu dengan majoriti 60 peratus, tetapi berpecah kepada beberapa penjuru menyebabkan DAP yang minoriti menang besar dan dominan mencatur kerajaan Pakatan Harapan (PH).

BERJASA terus konsisten membawa agenda jati diri watan Malaysia yang berteraskan Islam, Melayu dan Raja bermula sejak PRU-13 lagi. Walaupun ketika PRU-13 seruan ‘Melayu Sepakat Islam Berdaulat’ tidak mendapat sambutan masyarakat, namun kini ia terbukti menjadi solusi kepada kedaulatan Islam yang tercinta. Natijahnya parti rasis dan cauvinis tersebut telah hilang kuasa dan menyebabkan DAP terdesak menjaja perpecahan sesama Melayu menerusi kenyataan biadab serta hasutan pemimpinnya. Kejatuhan kerajaan PH setelah 22 bulan pemerintahan telah menghalang DAP membawa agenda mereka untuk mengubah identiti negara kepada ‘Malaysian Malaysia’ yang jelas bertentangan dengan sejarah kedaulatan tanah Melayu ini.

Sepanjang pemerintahan kerajaan PH, DAP mencatur kerajaan PH telah menimbulkan banyak isu-isu hangat yang mengguris perasaan orang Melayu contohnya pengiktirafan UEC yang dibawa Dong Zong, penghinaan tulisan Jawi, pengedaran arak, mencalarkan kedaulatan raja, kemasukan pelancong China secara haram dan sebagainya. DAP juga konsisten tidak suka kepada identiti Islam dan Melayu, mana mungkin DAP akan menjaga kebajikan dan ekonomi orang Melayu sebagai majoriti penduduk negara ini. Malah lebih teruk lagi, negara telah terjebak kepada penambahan hutang kerana urus tadbir menteri-menteri DAP yang tidak kompeten.

Justeru, kerajaan Perikatan Nasional (PN) seharusnya memperjuangkan agenda Melayu dan Islam serta menjaga kesepakatan majoriti orang Melayu jika mahu kekal berkuasa. Tidak mustahil mereka juga akan menerima nasib yang sama, jika perpecahan dalaman dan perebutan kuasa yang tidak berkesudahan.

ANGKASA juga menyeru anak muda untuk mendaftar sebagai pengundi dan menunaikan tanggungjawab mengundi demi menjaga kedaulatan jati diri watan Malaysia yang berteraskan Islam, Melayu dan Raja. Para pengundi yang bijak menilai diseru tidak lagi mengundi wakil rakyat DAP setelah kerosakan negara yang telah mereka lakukan. Kita harap DAP terus ditolak sehingga mereka tidak mampu menang kerusi Parlimen mahupun Dun dan terus terkubur bersama agenda mereka.

Nurul Adzim Bin Zakaria
Ketua Angkatan Pemuda-Pemudi BERJASA (ANGKASA) Melaka.

0 replies

Leave a Reply

Want to join the discussion?
Feel free to contribute!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *