Cukup-Cukuplah Perkelahian Mahathir-Anwar Menghuru-Harakan Negara!

 

  1. Perebutan sengit menentukan calon Perdana Menteri dalam Pakatan Harapan bukan lagi menjadi satu rahsia. Mesyuarat blok pembangkang antara pemimpin tertinggi PH dan Tun Mahathir baru-baru ini tanpa apa-apa keputusan konkrit jelas membuktikan hal tersebut.

 

  1. Bagi rakyat, pergaduhan antara Anwar dan Tun Mahathir selama lebih 20 tahun tidak menguntungkan mereka dan negara. Malah angkara merekalah, politik negara tidak harmoni.

 

  1. Sudah sampai masanya mereka berdua ini menggantung ‘racket’ mereka dan bersara dengan aman. Negara ini tidak kurang dengan pemimpin-pemimpin lain yang lebih muda dan berkaliber untuk mentadbir negara.

 

  1. Beri peluang pada generasi muda untuk mengemudi negara – terbukti beberapa negara yang mempunyai kepimpinan muda seperti New Zealand dan lain-lain mampu membawa negara mereka ke arah yang lebih baik dengan idea-idea yang bernas dan berinovasi.

 

  1. Membiarkan negara dipimpin oleh mereka yang masih membawa politik ‘dinasour’ adalah satu kesilapan besar yang membawa padah dengan gejala habuan politik, salah guna kuasa, rasuah dan kronisme berleluasa, tidak berubah dan dengan cerita yang sama. Mereka yang pandai mengampu tanpa had dan berlakon dalam arena politik diberi ganjaran dengan perlantikan dalam GLC, Dewan Negara dan lain-lain. ‘Rule of Law’ tidak lagi menjadi amalan dalam pemerintahan.

 

  1. Negara memerlukan reformasi politik yang drastik, pelan perancangan ekonomi yang mantap, pembangunan bersepadu sektor sosial, sistem kehakiman yang bebas dan bersih serta rombakan sistem pendidikan terancang, untuk menghadapi norma baru akibat Covid-19.

 

  1. Semoga negara kita yang tercinta ini akan dikurniakan oleh Allah swt pemimpin-pemimpin yang benar-benar berwibawa, ikhlas dan berjiwa rakyat, bukan pemimpin-pemimpin yang hanya mengejar dan mengira-ngira bilangan kerusi parlimen cukup untuk memerintah.

 

Dato’ Ir Ts Dr Badhrulhisham Abdul Aziz, F.A.Sc
Presiden, Parti BERJASA

13 Jun 2020

1 reply
  1. Muhammad Rizal
    Muhammad Rizal says:

    Assalamualaikum. Saya Muhammad Rizal dari Pulau Pinang ingin bertanya adakah parti Berjasa mempunyai cawangan di Pulau Pinang?

    Reply

Leave a Reply

Want to join the discussion?
Feel free to contribute!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *