Rentap Jeriji Besi Untuk Selamatkan Jiran

Seremban – 27 April, laungan suara meminta tolong awal pagi tadi telah menyelamatkan mangsa dan sebuah rumah daripada hangus dijilat api di Taman Sri Rembau di sini awal pagi tadi.

Jeritan suara yang kuat sekitar jam 2.40 pagi tadi menyebabkan Pengerusi Berjasa Negeri Sembilan, Ustaz Zamani Ibrahim seisi keluarga yang juga jiran mangsa bergegas bangun dan keluar dari rumah untuk melihat kejadian yang berlaku.

Melihat api yang mula marak dan asap yang telah memenuhi ruang rumah, beliau cuba untuk masuk ke dalam rumah itu namun gagal kerana berkunci.  Dengan segera grill pintu yang berkunci direntap sekuat hati oleh Ustaz Zamani untuk membantu menyelamatkan jirannya yang sedang terperangkap di dalam sebuah bilik.

“Alhamdulillah grill pintu rumah itu terbuka, selepas saya merentapnya sekuat hati, ujar Ustaz Zamani.

“Di luar jangkaan saya, grill yang keras menjadi lembut dengan izin Allah, tatkala saya rentap sekuat hati dengan tangan,” katanya lagi.

Kemudian beliau dengan pantas pergi ke grill tingkap bilik di mana semua mangsa terperangkap. Kemudian, dengan pantas grill tingkap itu pula ditendang sekuat hati oleh Ustaz Zamani dengan kakinya pula.

“Alhamdulillah grill itu terbuka sedikit dan kesemua mangsa berjaya dibawa keluar melalui tingkap tersebut. Beliau yang dibantu oleh menantunya, Encik Elkamel Alias dengan segera menyimbah air ke atas api yang sedang marak membakar kusyen rumah itu dan berusaha memadamkan api daripada terus merebak.

Kebakaran dapat dihentikan dan kesemua mangsa berjaya diselamatkan. Ustaz Zamani cedera ringan dan tiada kemalangan jiwa dilaporkan. Siasatan lanjut masih dijalankan oleh pihak bomba bagi mengesahkan punca kebakaran.-Fb Isma Seremban

0 replies

Leave a Reply

Want to join the discussion?
Feel free to contribute!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *