Kembalikan Rakyat Kepada Semangat Watan

Dalam krisis ekonomi dunia , Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) , World Bank atau Bank dunia dan International Monetary Fund (IMF) mula memasang perangkap masing-masing. Kumpulan rahsia Iluminati yang terdiri dalam kalangan konglomerat yahudi terkaya mempergunakan badan-badan besar dunia ini untuk merealisasikan agenda tersembunyi mereka. Nama-nama yang tidak asing seperti Rothschild dan rakan-rakannya mula mengatur strategi jahat yang licik dan sistematik.

Negara-negara yang dianggap kerdil di mata dunia yang mengalami kejatuhan ekonomi terpaksa bergantung dengan menjadikan World Bank dan IMF adalah pilihan sebagai penyelesai masalah dengan membuat pinjaman. Negara-negara ini ibarat “Keluar mulut buaya, masuk mulut harimau”. Harapan mereka menjadikan dua badan ini sebagai solusi kepada masalah ekonomi Negara yang melanda tetapi mereka sebenarnya sedang menempa satu masalah lain. Pada masa ini, mereka yang mengawal World Bank iaitu Rothschild dan sekutu-sekutunya bertepuk tangan menandakan jerat sudahpun terkena kepada Negara-negara yang dilanda masalah ekonomi Negara.

Kaedah rahsia yang serupa juga dilakukan oleh konglomerat kapitalis dalam sesebuah Negara. Kapitalis akan mula memegang dan mengikat tampuk kepimpinan sesebuah Negara dan mengambil segala kesempatan yang ada selari dengan agenda licik mereka ibarat “menangguk di air yang keruh”. Sudah menjadi kelaziman dunia iaitu yang kaya akan terus berkuasa sementara yang kerdil dan miskin akan terus ditindas. Inilah hakikat dunia kita yang sementara.

Sebagai umat Islam, kita diingatkan supaya sentiasa untuk berdoa, bantu-membantu malah berpesan-pesan agar kita tidak terperangkap dengan percaturan dan niat jahat mereka. Pelbagai saluran rasmi termasuk masjid dan surau haruslah kita gerakkan di seluruh negara ditambah dengan saluran maklumat secara peribadi. Kita haruslah menanamkan rasa sayang- menyayang antara satu sama lain. Dalam masa yang sama juga, kita perlu berdoa agar saudara-saudara kita tidak terperangkap dengan muslihat jahat seperti ceti wang haram (Ah Long) dan mereka yang mengambil kesempatan atas penderitaan orang lain.

Saya mengharapkan agar semangat ini terus mekar dalam sanubari setiap insan dan mengharapkan agar ianya menjadi realistik di negara kita yang tercinta. Gandingan pemimpin dan rakyat dalam satu semangat watan harus terus mekar. Inilah tanah air, tanah tumpah darah kelahiran kita dan bumi tercinta yang harus kita junjung tanpa mengenal erti kepayahan.

Sayangilah saudara dan negara kita yang tercinta.

A. Aziz Bin Sardan
Setiausaha Agung BERJASA

0 replies

Leave a Reply

Want to join the discussion?
Feel free to contribute!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *