BAHASA MELAYU ADALAH BAHASA KEBANGSAAN DAN IDENTITI WATAN

Semua bangsa harus belajar menghormati Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan juga bahasa watan, ini kerana ianya adalah identiti nasional atau identiti watan.

BERJASA berpandangan, tindakan menggunakan Bahasa Tamil di media sosial dalam segala urusan rasmi adalah satu pencerobohan kepada Perkara 152 memperuntukkan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan sekali gus mencabar identiti watan itu sendiri.

Merujuk kepada satu poster ucapan ulang tahun ke 74 RTM kepada Menteri Sumber Manusia Datuk Seri M Saravanan yang ditulis dalam Bahasa Tamil adalah menggambarkan mereka tidak sedar dimana negara mereka duduk.

Sebagai warganegara Malaysia hendaklah sedar bahawa semua bangsa mesti menghayati dan menghormati identiti watan negara ini iaitu Islam, Melayu dan institusi raja.

Ustaz Zamani Ibrahim
Ketua Penerangan BERJASA

0 replies

Leave a Reply

Want to join the discussion?
Feel free to contribute!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *