Proses Kembalinya Rakyat Kepada Semangat Watan

Rakyat telah melalui zaman di mana Barisan Nasional (BN) yang diterajui UMNO dibenci dan dicemuh. Tidak dinafikan bahawa semasa pemerintahan negara yang ditadbir oleh parti BN ternyata banyak pembangunan yang dapat kita lihat. Namun sebahagian daripada pemimpin mereka yang terlibat dalam rasuah dan penyalahgunaan kuasa dan semakin menular sehingga ke penghujung pentadbirannya. Namun pada masa yang sama, Pakatan Harapan (PH) telah mengambil kesempatan dengan mengeksploitasi isu-isu yang melibatkan 1MDB, Rosmah dan Najib. Akhirnya pertama kali dalam sejarah BN tewas disebabkan  kesilapan mereka sendiri. Tambahan lagi dengan pelbagai cerita yang di tokok tambah dan dimanipulasi oleh PH sehingga BN hilang kepercayaan di mata rakyat.

Kemenangan PH sebenarnya atas dasar hilangnya kepercayaan rakyat terhadap BN dan pemimpinnya iaitu Dato Sri Najib semata-mata. Malah PH sendiri tidak menjangkakan kemenangan mereka dalam PRU yang lepas. Namun apabila pentadbiran Negara diambil alih oleh PH mereka tidak dapat melaksanakan manifesto yang dijanjikan dalam masa yang ditetapkan oleh mereka sendiri. Tambahan pula mereka juga tidak bersedia untuk mentadbir negara. DAP yang dilihat dominan dalam PH semakin rakus merancang strategi dalam menghapuskan keistimewaan Melayu, Islam dan Institusi Raja-Raja di Malaysia. Keadaan ini telah mencetuskan kemarahan rakyat Malaysia sehingga timbul slogan yang diciptakan oleh rakyat sendiri iaitu “PH kencing rakyat”.

Kerakusan Democratic Action Party (DAP) dengan bantuan Parti Amanah Negara (PAN) bukan sahaja di nilai oleh rakyat umum malah menimbulkan rasa kurang selesa di kalangan sebahagian pemimpin dalam PH sendiri . Banyak sejarah negara lain di dunia menyaksikan apabila kaum minoriti menguasai kaum majoriti maka negara tersebut tidak akan pernah stabil dan aman .

Rentetan daripada peristiwa tikus memperbaiki labu serta terjun dengan labu nya kini telah membuka mata rakyat . Dengan menginsafi keadaan ini , pimpinan kerajaan baharu telah dibina yang dikenali sebagai Pakatan Nasional (PN). Pentadbiran yang ditadbir oleh gabungan parti kali ini adalah tanpa DAP yang dulu pernah menjadi sebahagian daripada Pakatan Rakyat ,BN dan juga PH. Mereka telah berganding bahu bersama rakyat membina semula negara tercinta dengan semangat watan yang baru . Harapan saya adalah bina lah semangat watan ini dengan tidak mengulangi kesilapan yang lalu.

Rakyat berdoa semoga ujian semasa wabak dan ekonomi yang sedang melanda akan pulih segera .

 

A.Aziz Bin Sardan

Setiausaha Agung BERJASA

0 replies

Leave a Reply

Want to join the discussion?
Feel free to contribute!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *