Perutusan Isra’ Mikraj

Peristiwa Isra’ Mikraj merupakan peristiwa agung dalam sejarah Islam dan juga kehidupan umat Islam. Ianya pasti disambut saban tahun oleh umat Islam seluruh pelusuk dunia.

Hari ini negara kita Malaysia diuji Allah dengan kehadiran covid19 yang sangat menakutkan, saban hari kita semua sentiasa saling pesan memesan supaya sama sama mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan yang telah dikuatkuasakan oleh kerajaan.

Sempena dengan kedatangan Isra’ Mikraj ini, marilah sama sama menghayatinya dan mengadu kesedihan kita kepada Allah melalui solat lima waktu sehari semalam. Ianya bukan sekadar kita menunaikannya, malah kita jadikan sebagai mikraj kita kepada Allah dengan mengadu kesedihan dan memohon agar Allah melimpahkan kasih sayang kepada kita semua dengan mengangkat ujian covid19 ini dari kehidupan kita.

Allah swt telah menghilangkan kesedihan kekasihNya dengan petistiwa Isra’ Mikraj. Menjemput Rasulullah s.a.w sebagai tetamu agung untuk dianugerahkan ibadah solat lima waktu sehari semalam. Oleh itu, walupun kita ada kekangan untuk menunaikannya secara berjamaah dimasjid atau surau, jadikanlah kekangan tersebut sebagai peluang untuk kita menunaikan solat berjamaah dirumah bersama ahli keluarga.

Akhirnya, saya berdoa agar kita semua diberikan kekuatan dan keselamatan dalam menghadapi ujian covid19 ini. Sama samalah kita meningkatkan kualitikan solat kita dan menjadikan ibadah solat ini sebagai mikraj kita kepada Allah swt.

 

Dato Dr Ir Ts Badhrulhisham Abd Aziz
Presiden BERJASA

0 replies

Leave a Reply

Want to join the discussion?
Feel free to contribute!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *