Ucapan Tahniah Kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin Atas Perlantikan Sebagai Perdana Menteri Ke-8

  1. Parti BERJASA ingin mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Yang Berhormat Tan Sri Muhyiddin Yassin diatas perlantikan beliau sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-8. Semoga dengan perlantikan beliau oleh Ke bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang diPertuan Agong akan menamatkan kemelut politik yang berpanjangan selama seminggu ini.
  2. BERJASA berdoa semoga Allah swt memberi hidayah-Nya kepada Tan Sri Muhyiddin Yasin untuk memimpin Malaysia ke arah negara yang aman, makmur dan stabil dengan identiti negara. Di samping itu, BERJASA mengharapkan Tan Sri Perdana Menteri akan membentuk sebuah kabinet yang terdiri dari pemimpin-pemimpin yang berintegriti dan berwibawa serta berjiwa rakyat yang mampu memikul tanggungjawab dan mengangkat agenda negara ke hadapan.
  3. Di kesempatan ini juga, BERJASA ingin melahirkan rasa bersyukur dan menjunjung kasih kepada DYMM Tuanku diatas segala budibicara, tindakan dan keputusan DYMM Tuanku yang mencerminkan keperihatinan, kebijaksanaan dan keadilan DYMM Tuanku sebagai Ketua Negara yang disanjung rakyat. Daulat Tuanku!
  4. Kepada kita semua rakyat Malaysia, semoga kemelut politik yang berlaku selama seminggu ini dijadikan pengajaran berharga kepada kita untuk menginsafi dan menghargai peranan penting Raja-raja dalam pentadbiran negara.
  5. BERJASA menyeru kita semua, pada masa hadapan, memberi pertimbangan yang bijak dan sewajarnya dalam melantik pemimpin yang benar-benar layak dan berwibawa untuk memimpin Negara, tidak memberi ruang kepada mereka yang hanya memikirkan agenda peribadi dan ketaksuban parti sehingga mengakibatkan krisis politik berlarutan yang merugikan rakyat jelata.
  6. Kita doakan semoga perpaduan rakyat majmuk negara ini terus utuh dalam sebuah watan Malaysia dan semua permasalahan rakyat dapat diselesaikan melalui pendekatan berhikmah oleh pemimpin-pemimpin negara yang berintegriti dan berjiwa rakyat.

 

Dato Dr Ir Ts Badhrulhisham Abd Aziz
Presiden BERJASA

02 Mac 2020

0 replies

Leave a Reply

Want to join the discussion?
Feel free to contribute!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *