Peluang Melayu Tunjuk Dan Guna Kekuatan

Peristiwa demi peristiwa dalam kemelut politik tanah air patut diambil iktibar dan persediaan akan datang.

Sungguh menjijikkan apabila mereka yang sebelum ini menghina dan memperkecilkan Raja-Raja Melayu, tiba-tiba menaburkan pujian melangit kepada YDPA.

Dap dan kuncu-kuncunya yang rakus dan tidak berhenti memperkecil dan menyerang orang Melayu dan Islam, mula sedar akan kebencian orang Melayu terhadap tindak tanduk mereka. Mereka juga mula mengangkat dan menyokong Tun Mahathir yang sebelum ini menekan Tun untuk melepaskan jawatan. Sifat hipokrit dan lalang mereka ini, jangan kita lupa buat selama-lamanya.

Disinilah sepatutnya orang Melayu menggembeling tenaga dan usaha mereka untuk menjadi dominasi faktor utama politik dan pemerintahan negara. Ini adalah Persekutuan Tanah Melayu dan dengan fakta yang kita adalah majoriti, maka kaum lain perlulah menghormati dan mengiktiraf perkara ini.

Ini bukan bermakna hak dan keabsahan kaum lain dipinggirkan, malah sejak merdeka mereka telah berjaya dalam ekonomi dan politik, atas sifat pemurah dan mulia serta keadilan Islam yang dianuti oleh orang Melayu.

Sebab itu kami yakin kesepakatan dan kesatuan orang Melayu adalah kunci keharmonian dan ketenteraman negara. Dominasi orang Melayu dalam negara akan membawa kesejahteraan masyarakat dan negara.

Atas kesedaran ini, orang Melayu dengan keislamannya, perlu sedar mereka punya kekuatan dan menjadi tonggak negara ini sebagaimana yang termaktub dalam perlembagaan.

Oleh itu, marilah kita bersepakat dan bersatu dengan meletakkan pemimpin yang berintegriti dan berwibawa untuk memimpin negara demi kemakmuran bersama untuk semua. Ujudkan agenda utama untuk kuatkan bangsa, agama dan negara dan bebaskan negara dari korupsi, fahaman asing, pencetus huru-hara dan penghasut yang cuba membuang identiti Melayu Islam dari negara ini.

Dato Dr Ir Ts Badhrulhisham Abd Aziz
Presiden BERJASA

26 Februari 2020

0 replies

Leave a Reply

Want to join the discussion?
Feel free to contribute!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *