Aktiviti keagamaan di sekolah tidak jejas prestasi pelajar

PUCHONG, 22 Jan- Laporan dari portal FMT yang menyiarkan keluhan ibu bapa yang mendakwa amalan ritual dan aktiviti keagamaan di sekolah berasrama kerajaan mencapai suatu tahap yang memberi kesan kepada prestasi akademik dan membuatkan pelajar jadi keletihan.

Perkara ini mendapat perhatian Ketua Wanita Berjasa Azizah Che Awang yang juga merupakan seorang bekas guru yang menyifatkan laporan tersebut harus di teliti dengan baik.

“Kalau ibu bapa berkenaan mengatakan ‘amalan’ berlebihan ini menjejaskan prestasi sekolah ianya tidak benar, apabila kita lihat kebanyak sekolah berasrama kerajaan mendapat ranking yang terbaik semasa peperiksaan.

“Contohnya, sekiranya anak-anak sekadar perlu mengikut solat sunat tambahan seperti solat hajat, dan sebagainya itu adalah amalan yang seharusnya ibu bapa sokong kerana ianya aktiviti yang boleh memantapkan kerohanian pelajar dalam menghadapi peperiksaan besar disekolah,” katanya.

Tambahnya lagi  “Selaku seorang bekas guru, saya sangat yakin setiap apa yang pihak sekolah lakukan semuanya pasti untuk kebaikan murid dan sekolah.

Ujarnya lagi, perkara ini boleh jadi adalah kes-kes terpencil yang datang dari ibu bapa yang tidak biasa dengan ‘ritual’ yang berlebihan ini.

Sungguhpun begitu, beliau menasihati ibu bapa berkenaan untuk duduk berbincang dengan pihak yang sekolah supaya perkara ini dapat diselesaikan.

0 replies

Leave a Reply

Want to join the discussion?
Feel free to contribute!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *