Jawi juga agen perpaduan kaum

PUCHONG, 6 Jan- Baru-baru ini media telah melaporkan tentang sebuah bengkel mempelajari seni kaligrafi Cina kepada rakyat Malaysia yang dilihat sebagai salah satu cara untuk memupuk perpaduan kaum.

Perkara ini mendapat perhatian daripada Ketua Wanita Berjasa, Azizah Che Awang yang menyifatkan sebagai laporan berat sebelah.

“Mual rasanya tekak ni apabila media melaporkan yang kaligrafi cina ini sebagai salah satu daripada cara untuk memupuk perpaduan, sedangkan jawi juga mempunyai peranan yang sama tetapi tidak dihebahkan, “katanya.

Ujarnya, sekiranya rakyat Malaysia khususnya masyarakat Cina dan India boleh menerima tulisan kaligrafi Cina ini sebagai satu seni budaya masyarakat Cina yang boleh dipelajari, mengapa tidak dengan tulisan jawi.

“Tulisan Jawi juga merupakan sebahagian daripada sejarah Malaysia. Tidak salah untuk mempelajari tulisan jawi kerana kita adalah rakyat Malaysia.

“Pada masa yang sama tulisan jawi merupakan warisan negara yang sepatutnya dihormati individu yang mengaku diri rakyat Malaysia,” katanya yang merupakan bekas guru.

0 replies

Leave a Reply

Want to join the discussion?
Feel free to contribute!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *