Pengecualian visa pelancong China dan India undang risiko

PUCHONG, 31 Dis- Langkah kerajaan memberi pengecualian visa selama setahun mulai tahun depan kepada pelancong dari China dan India dilihat akan memberikan banyak risiko kepada negara berbanding kelebihan.

Menurut Timbalan Presiden Berjasa, Ustaz Hamidi bin Abu Hassan,  perkara ini akan memberi risiko keselamatan dalam negara seperti pelancong akan tinggal lebih lama (overstay), jenayah domestik dan risiko jenayah cross-border (penyeludupan).

Bahkan, katanya risiko yang paling besar adalah, pelancong yang tak balik ke negara mereka dan guna pelbagai helah untuk menetap di Malaysia, dengan perlindungan atau kerjasama daripada Cina di Malaysia.

Beliau juga mempersoalkan langkah-langkah keselamatan yang diambil oleh kerajaan bagi menangi risiko yang bakal berlaku ini.

“Saya ingin bertanya kepada kerajaan apakah ada langkah-langkah yang dibuat untuk mengatasi semua risiko yang ada ini?

“Memandangkan sistem yang dibuat juga sangat mudah bagi pelacong India dan Cina ini untuk masuk ke dalam negara kita,” katanya ketika dihubungi.

Mengikut laporan media, pelancong dari China dan India hanya perlu berdaftar dalam sistem pendaftaran dan maklumat perjalanan elektronik, secara sendiri atau melalui agensi pelancongan yang berdaftar dengan pejabat perwakilan Malaysia di China atau India.

0 replies

Leave a Reply

Want to join the discussion?
Feel free to contribute!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *